Thursday, March 20, 2014

travelogue umrah 2014 | makkah yg penuh berkah [part 1]


ni masa menunggu bas datang pick-up kitaorg utk pergi ke makkah. mutawwif tu bgtau sesape yg nk terus buat umrah, kena pakai pakaian ihram siap2 dr hotel. mudahkan kerja... perjalanan dr madinah ke makkah roughly around 6~7 jam jugak kalu x silap.
dan bas x berhenti pun kat tempat miqat [bir ali].. niat semuanya dlm bas. 


bg aku... ni benchmark utk ke Masjidilharam. Zamzam Tower. 
dia ada jam yg sgt besar which kitaorg boleh nampak dr bilik penginapan [masjidil haram ~ our hotel : jln kaki dlm 30mnt]
hotel ni betul2 mengadap pintu King A.Aziz a.k.a pintu utama masjid.

kitaorg sampai Makkah dalam kul 10pm. Mutawwif bagi masa 1 jam utk dinner, check-in bilik dan siap2 apa yg patut. So semua jemaah kena berkumpul dalam kul 11pm dan akn dibawa utk melakukan umrah pertama. unluckily, aku ada masalah teknikal yg menyebabkan kitaorg ditinggalkan dan teruslah en.epol naik pangkat jd mutawwif.

actually bdn agak penat [w/pun sepanjang perjalanan tu aku+kechek tido].. tp nasib baik semangat tu kuat.
g masjid je amik roughly 30mnt... sampai sana tgk Ya Allah.... ramainya manusia w/pun masa tu dh dkt kul 12 tgh mlm.. kitaorg msk kat pintu King A.Aziz... solat sunat dan terus menuju tempat tawaf.

1st time dpt tengok kaabah for real... subhanAllah.. speechless.... dan tetiba air mata meleleh... lebih dr masa tgk part sedih citer korea maupun hindustan. 

so before start tawaf tu en.epol dah pesan... andai kata terpisah masa tgh tawaf... just carry on sampai habis. bila dh settle just tunggu kat area blkg lampu hijau @ blkg makam n.ibrahim..
unluckily [2nd time], masa tgh tawaf tu wuduk aku terbatal... sakit perut yg amat... masa tu en.epol bwk adam+kakak. mak dan kechek dgn aku. kitaorg sempat buat 1 pusingan je before aku keluar baris.

perasaan aku?? sedih gila... so utk stabilkan emo, aku considered tu sbg kifarah. dlm hati aku cakap... Allah bagi sikit je.... sabarlah.. mintak ampun byk2.. mintak tlg Allah permudahkan urusan.. lama jugak kot baru aku ok... dan lama jugak kitaorg ddk kat perkarangan masjid. kalu x silap lbh 3x kali aku berulang g toilet. 

disebabkan dah lama sgt.. aku wat decision tunggu en.epol siap tawaf. jumpa dia kat mana2 then aku ngan mak pulak g tawaf. en.epol mcm tau2 je kan.... habis je tawaf dia terus tepon tanya kitaorg kat mana.


lepak gile bdk2 ni.. dorang terus tido sebaik je habis tawaf sampai la aku ngan mak pulak settle.
nasib baik kechek x meragam.




aku ngan mak wat tawaf kat atas.
mencari pintu nk ke atas tu agak lama jugak.. bila tanya security, dia kata yg kat atas tu cuma yg pakai wheelchair saja. then aku cuba nasib tanya org2 kat situ... semuanya x leh communicate in english.. signboard pun semuanya dlm bahasa arab..
ok.... meh le kita tawaf masjid dulu sblm tawaf kaabah..

finally about 1/2 hour jugak baru jumpa jlnnya.. tu pun kebetulan ada cleaner indon bgtau... 
sebenarnya takut2 jugak nk masuk situ sbb ada security jaga.. aku doa byk2 moga security kat situ x tahan sbb mak x pakai wheelchair pun. alhamdulillah..... lepas.

personally, aku prefer tawaf kat atas compared kat bwh sbb kat atas ni kurang crowded. so boleh la aku feel dan baca doa lbh sket. tp ada org ckp, baraqah nya kurang sikit.. tu aku x sure betul ke tdk.
habis tawaf... kitaorg solat sunat dan ddk sekejab [lama jugak kot] pandang kaabah..
berjurai lg air mata... aku rasa sepanjang tawaf tu pun mmg aku menangis.
aku ni dh la cengeng.... kat sana bertambah cengeng jadinya.



penuhkan manusia.
kalu nampak mcm ni, x rasa boleh menyelit ke tdk... tp percaya la... there's a space for everyone.
alhamdulillah.. sepanjang kitaorg tawaf, xde insiden yg mengerikan jadi.. setakat tolak2 manja tu kitaorg mmg dah jangka..



ni contoh situation masa nk solat.. sempit??? ya. nasib baik time tu aku mmg solat duduk. kalu solat mcm biasa, tak tau mana aku nk sujud. 
most of the time kitaorg solat kat tingkat atas. ingatkan dapatlah solat jemaah sambil memandang direct to kaabah.. x dpt rupanya sbb baris2 dpn tu dikhaskan utk lelaki. jadi kena la tunggu waktu2 lain kalu nk ddk kat bhgn dpn tu.



ni tempat solat wanita kat basement. sini cam x sesak sgt.
kerusi kat gambar atas ni sgt byk kat dlm masjid. ada yg masjid sediakan dan ada yg jemaah bwk sndr.


sama mcm kat masjid nabawi... air zamzam disediakan di merata2 tempat.
jadi tak yah risau kalu kehausan.
dan air zamzam sini cam lg sedap rasanya dr kat madinah [bagi aku la]..



ni la pintu msk utk jemaah yg nak tawaf kat tingkat atas.
boleh lalu sini, atau masuk dr pintu no.6 yg ada escalator. x sure la sbnarnya boleh ke tdk yg x pakai wheelchair wat tawaf kat atas. yg aku perasan... boleh. ramai je yg sihat walafiat wat tawaf kat bhgn atas.



kitaorg siap settlekan umrah pertama ni slps waktu solat subuh.
3 pusingan saie sblm solat.. dan 4 lagi selepas solat. total hour yg diambil lbh kurang 8 jam..
serius lama... en.epol kata biasanya kalu semuanya ok, dalam 3~4 jam dah boleh settle.
alhamdulillah, sepanjang kat Makkah, kaki mak ok. kadang2 dia jln lagi laju dr aku.. terror kan. kesihatan dia pun baik w/pun ada masa dia skip amik ubat darah tinggi [ni aku tau bila dh blk umh]


ni saie yg terakhir.. aku dokong kechek 4 pusingan sbb masa tu en.epol bwk adam g toilet.
pastu en.epol sambung dokong dia lg 5 pusingan.
bdk ni x leh nampak ibu dia... menangis nangis mintak aku dokong. en.epol x bg sbb aku kan pregnant, tp ye la... kalu suara dia dh bergema kat tmpt saie tu, maunya aku x amik dia. kesian jemaah lain nk concentrate. 


adam ngan en.epol dapat solat kat roof top. ni masa solat jumaat kalu x silap
masa tgk kat tv... bukan setakat dlm masjid yg penuh... dorang solat sampai ke jln raya.. punyalah ramai.

utk kali ni.. aku mampu buat 3x umrah je. 2x dgn mak.. lg sekali dgn en.epol.
rasa byk perkara yg aku x sempat nk buat... rasa sedih pun ye jugak. sepatutnya, aku paksa diri aku utk fit.. utk sabar.. utk lbh effort sepanjang kat sana. 

kita merancang.. tp Allah yg tentukan. kalu rezekinya mmg banyak tu bersyukurlah.
harap2 Allah sudi lg menjemput aku ke sana.

Sunday, March 02, 2014

travelogue umrah 2014 | madinah yg dirindui


madinah..
kalu tanya org yg dah pernah sampai, jawapan semua org mesti sama.. best, aman, tenang, tenteram, etc..
mmg tu pun apa yg dirasa... tempat yg paling tenang pernah aku jejak.

kitaorg kat madinah cuma 2.1/2 hari. since masing2 mmg lepak yg teramat.. maghrib tu baru start solat di masjid nabawi.. tu pun dapat solat ngam2 kat pintu msk. isyak baru dapat solat kat dalam.. nak kata dtg lmbt tak jugak [kot]... then blk je dr masjid terus aku salin waktu solat. make sure kena kuar at least 45 minit awal kalu nk dapat solat dlm masjid. kat perkarangan tu pun ok gak sebenarnya kalu belah mlm.... berangin je.. tp bila habis solat, tak bleh la nk bertenang2... sbb org akn lalu lalang.

dan mlm masa hari 1st tu sepatutnya ada ziarah dalam. tp ketua group aku kata dia x larat nk bawak...
then aku pun g merayap mana ntah ngan en. epol. bila blk je nampak m.ton tgh join 2nd group kat lobi nk gerak wat ziarah dalam... huhuhu.... sikit pun x tau.

sabar je kan...... mungkin bukan rezeki aku kot msk raudhah time tu. but terkilan sampai skang. masa m.ton ajak tu, aku dgn takde telekungnya.. takde wuduk... dan bila dah msk bilik, belum tentu bleh boloskan diri+mak nk turun semula... so sangatlah x sedap ati nk mintak jemaah lain tunggu aku bersiap. 

nasib baik la siang tadi en.epol dah bwk pusing2 sekitar masjid nabawi. x dapat doa kat depan makam Rasulullah.. dr luar pun jadilah...



the next day kami g ziarah luar. tempat2 nya adalah :

  • Masjid Quba - menurut mutawwif, brg siapa yg berwuduk siap2 dr hotel dan kemudiannya solat 2 rakaat di masjid ni, insyaAllah dia beroleh ganjaran seperti melakukan satu umrah

  • Ladang Kurma - kat sini ada mcm2 jenis kurma, kekacang dan lain2 mknan sunnah. ada jugak disediakan teh o free. kitaorg cuma beli buah zuriat yg dikatakan dpt membantu mengatasi masalah kesuburan lelaki & wanita.

  • Tanah Perkuburan Bukit Uhud




last day di Madinah... aku request dgn mak nk g solat subuh sendiri dgn epol. kebetulan masa kuar tu bdk2 belum bgn tido lagi.. alhamdulillah aku dapat solat kat saf dpn sekali utk bhgn perempuan. actually bhgn perempuan ni ada 2... 1 utk yg bawak ank, satu lagi yg x de ank kecik. 

pas solat tu ingat nk cuba msk raudhah.... penjaga kat situ pun dah srh tunggu kat pintu no. 5 (m.ton kata kalu nk lg dekat tunggu kat pintu 25).. kebetulannya masa tu mmg x ramai org. hati ni mmg cam confident je bleh msk. tp tgk jam dah kul 7 lbh... sebelum tu dah janji ngan en.epol lepas je solat kena terus kuar sbb nk beli kurma dan nk cr minyak habbatus sauda'... 

aku ni berkira2.... kalu nk cuba msk raudhah, aku kena tunggu lg 1/2 jam. sedangkan aku dh janji ngan en.epol yg lepas solat kena terus kuar.... serba salah yg teramat. ikut hati mmg nk stay... last2 aku kuar jugak. janji harus ditepati kan.. punyalah aku mencari dia kat luar masjid, rupa2nya dia dah sampai hotel. tak tahan nk buang air katanya... sungguh cis kan. nasib baik aku tunggu kat luar tu tak lama sgt.. sempatlah dok usha2 shawl dan jubah 30 riyal... (^_^)

so aku make conclusion sndr... rezeki aku nk msk raudhah mmg xde kali ni.. DIA soh doa byk2 + datang lain kali.. insyaAllah, ada rezeki pasti aku sampai.

before zohor tu kami p buat ziarah wida'.... sayu je hati nk tinggalkan madinah. for the last time.... aku doa sebanyak yg mampu. x tau kan bila bleh dpt peluang mcm ni lg. pastu wat solat jamak dan gerak ke hotel. masa tu beg semuanya dh standby kat lobi.. tinggal yg hand carry je masih kat bilik. entah mcm mana kunci blk bleh hilang entah ke mana. nasib baik x kena charge. sampai kat Mekah baru jumpa semula....... dan kunci/kad tu kitaorg bleh guna utk bilik hotel kat mekah.... suka3....





TIPS RINGKAS BILA DI MADINAH :

  • bulan februari ni cuaca di Madinah agak sejuk [berangin].. make sure bdk2 pakai sweater kalu nk g jalan2 sekitar hotel. 

  • sampai je hotel cuba ty staf kat situ ada provide laundry service tak. mcm yg kitaorg kena... iklan ada tampal, tp orgnya x muncul2 bila mintak dtg collect baju. aku x perasan lak ada kedai dobi sepanjang jln dr hotel yg kitaorg stay tu sampai ke masjid. takde rasanya.

  • sila shopping di Madinah. baik kurma maupun souvenir utk family dan kengkawan. kat luar kwsn masjid adalah sgt happening dgn aktiviti jualan. al.quran, jubah, baju bdk, minyak wangi, buah2an, jam tangan, celak, etc.. mmg macam2 ada. sedia je la duit.

  • sebelum g masjid, settlekan buang air + amik wuduk siap2 sbb toilet dia agak jauh. 

  • jgn lupa bwk uncang utk isi kasut. aku letak ribbon siap2 kat uncang tu supaya senang nk direcognize. jgn lupa hafal pintu mana masa msk awal tadi. aku x hafal no pintu, tp aku ingtkn no toilet... serius, no toiletnya mmg ditulis beso dan lbh senang nk diingat. 

  • jgn lupa gak bawak sejadah siap2.. kot2 x dapat solat kat dlm. actually kat dalam tu pun bukan semua area dipasang carpet.

  • kalu bawak budak2, sediakan jajan, mainan yg simple2 dan buku2 coloring. benda2 ni sgt membantu agar dorang ni x boring dan kacau kita nk solat/mengaji. air zam2 byk kat dlm masjid, so takyah risau kehausan. larat dgn tidak le nk minum.

  • let's say kalu ada org mintak sedekah... tgk keliling dulu. kalu rasa ok baru kuarkan duit. sebaiknya standby je duit kat tgn siap2.. apa yg aku kena... ada sorang perempuan approach aku mintak duit. dan aku pun terkial2 bukak beg sandang nk kuarkan duit. sebaik je aku pass duit tu, terus yg lain2 dtg serbu aku serentak... ramai pulak tu. mau aku x terkejut.. terus aku lari. M.Ton citer pernah ada kes, dorang ramai2 kepung si fulan yg nk bg duit ni dan terus samun dia. ngeri kan.. ingatkan kat sini xde org jahat.

  • selain tu, doa lah banyak2. mintak dipermudahkan urusan ibadah kat sana. cuba elakkan fikir benda2 negatif. bak kata erul masa kat airport... apa yg kita fikir, tu lah yg kita akn dpt kat sana. dan kalu nampak benda/kelakuan yg pelik... diam2 je. mungkin Allah tunjukkan perkara tu utk kita fikir2kan ataupun dijadikan pengajaran.

Friday, February 28, 2014

travelogue umrah 2014 | dup dap dup dap.... the journey has begin

JB - KLIA 

plan awal nk g 2/2... but luckily aku dengar ckp k.beso n others utk gerak sehari sblmnya. malam tu je jln kat seremban jammm.. kalu 2/2 baru gerak... tak mustahil kena tinggal flight. dan nasib baik la erul x kisah tetiba tukor plan. buatnya dia ada keje mlm tu.... ish2.. next time kena plan lg proper.

that night kitaorg stay kat homestay cenderawasih. rumahnya selesa.. facilities pun ok.. nk cr sarapan pun senang. rate nya pun affordable, $180/night.. rasanya yg ni lg dekat dgn airport compared to yg kitaorg ddk last time.

flight kul 3.15pm... kitaorg kuar dlm kul 11.45am++. x sampai 10 minit kot dh sampai KLIA.
that time m.ton lom sampai lg... jemaah yg lain pun (cr yg bwk beg CS Holidays) mcm x nampak bayang.. bdk2 ni pulak dah excited nk naik flight... nak main game katanya.. but finally semuanya run smoothly. 



masa dlm flight tu ada 1 incident. ada sorang jemaah dr indon mcm x sehat dan stewardess wat announcement kalu ada sesiapa yg berkenaan bleh tlg. nasib baik ada.... kecoh gak masa tu. dengarnya makcik tu penat sgt.. dan dia physically pun mmg dh agak berumur.  



JEDDAH - MADINAH

perjalanan ke Jeddah roughly dlm 9 jam. sakit pinggang ni sbb lama sangat ddk. 
bdk2 so far alhamdulillah... masih behave w/pun ada masa2nya mcm mintak pelempang ibu dia.. sgt la x reti ddk diam... nak main game sndr tp x tau function.. x mau mkn.. x mau tido... merengek x tentu hala... huhuhu.. sabo je la bebanyak. 

nasib baik mknan dia not bad. semuanya aku mkn... nk tido x dapat. nk bukak movie cam rasa melampau pulak (ko nk g umrah kan... blk2 nanti je tgk movie bleh x.. hahaha...) but lastly tertido jugak dgn si kechek.. en.epol je aku rasa mcm x lena sgt sbb sibuk melayan kerenah yg bertiga ni.. eh! berempat ni.

sampai Jeddah dalam kul 1.00am (m'sia).. kat sana dlm kul 9pm.. masa kat airport tu aku dh teringat2 pasal org citer yg immigration dorang yg slow mcm siput tu.. yup quite slow, lagipun ramai manusia kan. that time, dorang separate kan antara ladys n gents.. tmpt ladys ok, lbh kurang 1 jam dh settle. kitaorg sempat amik luggage, solat isyak, berpicnic sambil tunggu gents selesai. kalu x silap dorang settle slps 6 jam++.. owh mesti sgt tensi. yg kesiannya en epol sbb kechek dgn dia. sure la berdukung x nk ddk bawah. nenek, adam n ana ijah dgn aku. 

then semua jemaah naik bas (another 6/7 hours) g ke madinah.. . trip CS holidays kali ni ada 2 group. kalu x silap each group ada 40pax. family aku n nurul je yg bwk bdk2... in between perjalanan tu singgah 1 musolla utk dinner dan sesape yg x solat isyak lg. sampai madinah dlm 4.30am... check in hotel n take rest. 


serius lepak gile...... masa sampai tu, nampak ramai yg dah mula gerak ke masjid.. azan subuh rasanya dlm 5.30am++. tp kena g awal sbb nk dapatkan tempat solat dlm masjid. kalu lmbt... solatlah kat luar masjid.

Saturday, February 22, 2014

travelogue umrah 2014 | a days before

yg ni lbh kpd persediaan diri sebelum ke sana..

so far in term of kesihatan, alhamdulillah. semuanya dalam keaadaan sehat dan agak fit. cuma emak je masa nk g tu sakit kaki dan kena gout. tp mmg dah standby ubat siap2, baik utk mak maupun utk bdk2 ni. kot2 tetiba dorang demam/batuk/selsema/etc. en.epol pun siap bwk g jogging lg. practice katanya.. bukan dekat2nye tempat.. duduk kat PG, jogging kat desaru.... over kan. hahaha....

pakaian.... yg paling mudah adalah part en.epol a.k.a lelaki. cuma 2 psg kain ihram, 2 helai t.shirt putih yg ada kocek tu, 3 psg jubah, 1 helai seluar putih, sepasang baju utk tidur, towel mandi n sapu tangan. aku ngan mak msg2 bwk 2 helai telekung (kain x yah), 2 psg jubah putih (last2 pakai 1 je), 3/4 psg baju harian (jubah/baju labuh), tudung berdagu, baju+seluar kecik secukupnya, sehelai kain batik+baju tido dan stokin wudhuk+sarung tangan.

cuma bdk2 je kena lebihkan sket baju. masing2 sepasang ihram / jubah putih, 3 psg jubah, 4 psg baju biasa, towel, sweater, stokin, pampers. other than that, hanger+sepit+pepayung kecik... tali nk wat ampai (x guna pun sbb blk takde tmpt nk gantung), jajan sebnyk mungkin, toiletries, wet tissues, ubat2an, coloring book+pencil color, benang+jarum jahit, marker pen+masking tape.

sebenarnya kalu baju x cukup boleh je beli kat sana sbb jubah yg jenis biasa2 harganya agk murah. 30 riyal dah bleh dapat. jubah en epol yg bg aku ok la jugak baru 50 riyal. kalu kat sini mau harga dlm 80 ke atas. baju bdk2 pun banyak. tinggal lg duit je banyak x banyak.....

kalu x sempat nk basuh baju sndr.. bleh la hantar kat dobi. tp tlg jgn terkejut dgn chargenya... personally bagi aku chargingnya sgt mahal. pakkal la masa tu mmg xde choice.. utk 30++ helai baju/seluar dan 2 psg kain ihram... the cost is almost 300 riyal.. terkejut?? cam nk pitam aku dengar. terus aku bercita2 nk bukak kedai dobi kat sana.. charge dorang adalah per helai bukan per kg.



1st and foremost sebenarnya persediaan rohani.. tang ni paling penting. utk 1st timer, silalah g kursus.. banyak kan membaca + bertanya pada yg pakar dan yg dah pernah pergi.. selain tu.. buat la revision pasal solat2 (wajib+sunat), wudhuk, bab najis, mengaji dan terapkan nilai2 positif (esp sabar) dalam aktiviti harian.. 

unless kalu mcm aku ni yg mmg kategori x penyabar... tahan2 jugak.. tp ko tetap nk wat pe'el baik kan.. warning 6,7 kali x jalan.. aku mmg x bagi hanger.. ketilan aku ni yg akn ko rasa. but aku tabik spring la kat en.epol... dia sgt penyabar kat sana. dia laaayan je.. tp sekali dia sound mcm nk pecah gegendang telinga aku. 

other than that, kalu sempat... cubalah wat KPI @ listkan target apa yg kita nk achieve kat sana. ada member tu siap pesan..... soh bwk buku doa n buat list doa (termasuk yg sedara/kwn2 mintak tlg doakan), so senang sket nanti. katanya lg bukan kita x tau nk doa apa... tp bila dah kat sana.. byk sgt yg nk didoa sampai x tau nk sebut yg mana satu dulu... yg ni aku agree sbb masa 1st time aku kat depan kaabah.. mulut dah x mampu nk b'ckp. air mata je la yg kuar.. doalah apa yg termampu aku ingat. but then bila dah kuar dr masjid rasa mcm "i should doa this.... i should do this....".. rugi pulak rasanya.



Monday, January 13, 2014

travelogue umrah 2014 | perasaan yg pelbagai rasa

hari tu bila en.epol kata nk bawak kitaorg sekeluarga g umrah... aku mcm caya x caya je..
ye la, dia kan baru je pergi bulan mei hari tu...  
cara dia bgtau pun xde la style serius... tu yg x berapa nk caya

but then bila dia dah suruh g amik gambo passport.. amik injection... 
insyaAllah 50% confirm lah ni kot kami semua akn pergi wat umrah


photos ~ en.google


alhamdulillah... alhamdulillah... alhamdulillah...
syukur Ya Allah sebab sudi menjadikan kami sekeluarga tetamuMU
bersyukur yg amat sbb diberi rezeki dan kelapangan utk beribadah + berziarah di Mekah dan Madinah

my feeling?
sangat excited but takut. maklum la org banyak dosa mmg feel mcm ni kot. huhuhu..
ni dah siap2 set dlm hati... kalu boleh kat sana nanti selain wat umrah, aku nk solat sunat byk2.. nak katam Quran semampu mungkin dan ....................... [byk sgt keinginannya, sampai x mampu nk tulis]
insyaAllah, kalu xde aral..... kami berangkat bulan feb 2014
skang ni tgh prepare apa2 yg patut..
baik fizikal maupun mental. doa pun x putus2 agar dipermudahkan segala urusan

anyway, kat bawah ni ada a few blogs yg bg aku bermanfaat utk dijadikan panduan esp for 1st timer.
selain g kursus... baca org lain punya experienced pun sikit byk dapat beri gambaran suasana kat sana dan kita bleh prepare apa yg patut.


Sunday, January 12, 2014

my blessed 2014

dah 12 hari rupanya.... kejab je kan datangnya 2014.
harap2 sempat lah sambung b'day yg ke 34 thn ni. 
anyway, as usual aku mmg xde new resolution.... sedangkan azam yg lama pun x berapa nk tercapai.. inikan pulak nk menambah yg baru.
takyah bikin stress utk diri sndr ye..

but..... this year is quite special. actually dapat rezeki yg diharap2kan.
alhamdulillah.. Allah bagi jugak kat aku walaupun hamba Dia yg sorang ni adakalanya "ke laut"

1st nya... insyaAllah kalu xde aral melintang menegak.. kami satu family akn g wat umrah sama2 dgn mak. lega rasanya bila mak agree nk join hari tu. rasanya lama gak memujuk.. tp ada je alasan yg dia bagi. mungkin rezeki aku kot dapat g ngan dia.

so far most of the things dah well prepared. itinerary pun dah dapat..
agensi pun kata semuanya dah settle.. tinggal bab2 personal rohaniah je lagi yg sepatutnya diperbanyakkan. insyaAllah.... harap2 dipermudahkan.

last week [kalu x silap]... aku ada mimpi pakai tudung labuh.. cam bdk2 SMKA pakai tu
bila bangun je.. terus teringat mimpi tu. then bila bgtau en.epol...
"hidayah tu........." pastu dia sengih2... motip??
wokey...... isterimu ini insaf. 
but seriusly... masa dlm mimpi tu cam damai je...

hmmm, maybe someday kot.. akn pakai yg 'ready-to-solat' kalu g memana.
doa2 la ye en.epol :)

dan yg keduanya...... b'day gift for en.epol..
b'day dia 17 ni... but he have to wait for couple of months to hold the gift.
insyaAllah bulan 8/9 ni
yg ni pun harap2nya berjalan lancar,
kesian beno tengok si kakak tu dok kena buli ngan adam n kechek..
mentang2 la dia berdua tu geng..
sabar ek kakak....


so.......

bila dah dapat 2 berita baik ni... tetiba je cam rasa

I WANT TO BE BETTER
in everything

tetiba semangat tu datang
actually aku nangis time aku wat test pregnancy tu.
bukan sebab aku x nk pregnant.
afraid that i can't be a good mother. tak bleh nk luangkan masa yg berkualiti utk each of them.
dan takut jugak bila dah bz ngan anak2, aku dah kureng ngan en.epol.
but still... alhamdulillah yg teramat.
walaupun aku bukan ibu mithali... Allah still bagi lagi sorang utk aku..