Sunday, March 02, 2014

travelogue umrah 2014 | madinah yg dirindui


madinah..
kalu tanya org yg dah pernah sampai, jawapan semua org mesti sama.. best, aman, tenang, tenteram, etc..
mmg tu pun apa yg dirasa... tempat yg paling tenang pernah aku jejak.

kitaorg kat madinah cuma 2.1/2 hari. since masing2 mmg lepak yg teramat.. maghrib tu baru start solat di masjid nabawi.. tu pun dapat solat ngam2 kat pintu msk. isyak baru dapat solat kat dalam.. nak kata dtg lmbt tak jugak [kot]... then blk je dr masjid terus aku salin waktu solat. make sure kena kuar at least 45 minit awal kalu nk dapat solat dlm masjid. kat perkarangan tu pun ok gak sebenarnya kalu belah mlm.... berangin je.. tp bila habis solat, tak bleh la nk bertenang2... sbb org akn lalu lalang.

dan mlm masa hari 1st tu sepatutnya ada ziarah dalam. tp ketua group aku kata dia x larat nk bawak...
then aku pun g merayap mana ntah ngan en. epol. bila blk je nampak m.ton tgh join 2nd group kat lobi nk gerak wat ziarah dalam... huhuhu.... sikit pun x tau.

sabar je kan...... mungkin bukan rezeki aku kot msk raudhah time tu. but terkilan sampai skang. masa m.ton ajak tu, aku dgn takde telekungnya.. takde wuduk... dan bila dah msk bilik, belum tentu bleh boloskan diri+mak nk turun semula... so sangatlah x sedap ati nk mintak jemaah lain tunggu aku bersiap. 

nasib baik la siang tadi en.epol dah bwk pusing2 sekitar masjid nabawi. x dapat doa kat depan makam Rasulullah.. dr luar pun jadilah...



the next day kami g ziarah luar. tempat2 nya adalah :

  • Masjid Quba - menurut mutawwif, brg siapa yg berwuduk siap2 dr hotel dan kemudiannya solat 2 rakaat di masjid ni, insyaAllah dia beroleh ganjaran seperti melakukan satu umrah

  • Ladang Kurma - kat sini ada mcm2 jenis kurma, kekacang dan lain2 mknan sunnah. ada jugak disediakan teh o free. kitaorg cuma beli buah zuriat yg dikatakan dpt membantu mengatasi masalah kesuburan lelaki & wanita.

  • Tanah Perkuburan Bukit Uhud




last day di Madinah... aku request dgn mak nk g solat subuh sendiri dgn epol. kebetulan masa kuar tu bdk2 belum bgn tido lagi.. alhamdulillah aku dapat solat kat saf dpn sekali utk bhgn perempuan. actually bhgn perempuan ni ada 2... 1 utk yg bawak ank, satu lagi yg x de ank kecik. 

pas solat tu ingat nk cuba msk raudhah.... penjaga kat situ pun dah srh tunggu kat pintu no. 5 (m.ton kata kalu nk lg dekat tunggu kat pintu 25).. kebetulannya masa tu mmg x ramai org. hati ni mmg cam confident je bleh msk. tp tgk jam dah kul 7 lbh... sebelum tu dah janji ngan en.epol lepas je solat kena terus kuar sbb nk beli kurma dan nk cr minyak habbatus sauda'... 

aku ni berkira2.... kalu nk cuba msk raudhah, aku kena tunggu lg 1/2 jam. sedangkan aku dh janji ngan en.epol yg lepas solat kena terus kuar.... serba salah yg teramat. ikut hati mmg nk stay... last2 aku kuar jugak. janji harus ditepati kan.. punyalah aku mencari dia kat luar masjid, rupa2nya dia dah sampai hotel. tak tahan nk buang air katanya... sungguh cis kan. nasib baik aku tunggu kat luar tu tak lama sgt.. sempatlah dok usha2 shawl dan jubah 30 riyal... (^_^)

so aku make conclusion sndr... rezeki aku nk msk raudhah mmg xde kali ni.. DIA soh doa byk2 + datang lain kali.. insyaAllah, ada rezeki pasti aku sampai.

before zohor tu kami p buat ziarah wida'.... sayu je hati nk tinggalkan madinah. for the last time.... aku doa sebanyak yg mampu. x tau kan bila bleh dpt peluang mcm ni lg. pastu wat solat jamak dan gerak ke hotel. masa tu beg semuanya dh standby kat lobi.. tinggal yg hand carry je masih kat bilik. entah mcm mana kunci blk bleh hilang entah ke mana. nasib baik x kena charge. sampai kat Mekah baru jumpa semula....... dan kunci/kad tu kitaorg bleh guna utk bilik hotel kat mekah.... suka3....





TIPS RINGKAS BILA DI MADINAH :

  • bulan februari ni cuaca di Madinah agak sejuk [berangin].. make sure bdk2 pakai sweater kalu nk g jalan2 sekitar hotel. 

  • sampai je hotel cuba ty staf kat situ ada provide laundry service tak. mcm yg kitaorg kena... iklan ada tampal, tp orgnya x muncul2 bila mintak dtg collect baju. aku x perasan lak ada kedai dobi sepanjang jln dr hotel yg kitaorg stay tu sampai ke masjid. takde rasanya.

  • sila shopping di Madinah. baik kurma maupun souvenir utk family dan kengkawan. kat luar kwsn masjid adalah sgt happening dgn aktiviti jualan. al.quran, jubah, baju bdk, minyak wangi, buah2an, jam tangan, celak, etc.. mmg macam2 ada. sedia je la duit.

  • sebelum g masjid, settlekan buang air + amik wuduk siap2 sbb toilet dia agak jauh. 

  • jgn lupa bwk uncang utk isi kasut. aku letak ribbon siap2 kat uncang tu supaya senang nk direcognize. jgn lupa hafal pintu mana masa msk awal tadi. aku x hafal no pintu, tp aku ingtkn no toilet... serius, no toiletnya mmg ditulis beso dan lbh senang nk diingat. 

  • jgn lupa gak bawak sejadah siap2.. kot2 x dapat solat kat dlm. actually kat dalam tu pun bukan semua area dipasang carpet.

  • kalu bawak budak2, sediakan jajan, mainan yg simple2 dan buku2 coloring. benda2 ni sgt membantu agar dorang ni x boring dan kacau kita nk solat/mengaji. air zam2 byk kat dlm masjid, so takyah risau kehausan. larat dgn tidak le nk minum.

  • let's say kalu ada org mintak sedekah... tgk keliling dulu. kalu rasa ok baru kuarkan duit. sebaiknya standby je duit kat tgn siap2.. apa yg aku kena... ada sorang perempuan approach aku mintak duit. dan aku pun terkial2 bukak beg sandang nk kuarkan duit. sebaik je aku pass duit tu, terus yg lain2 dtg serbu aku serentak... ramai pulak tu. mau aku x terkejut.. terus aku lari. M.Ton citer pernah ada kes, dorang ramai2 kepung si fulan yg nk bg duit ni dan terus samun dia. ngeri kan.. ingatkan kat sini xde org jahat.

  • selain tu, doa lah banyak2. mintak dipermudahkan urusan ibadah kat sana. cuba elakkan fikir benda2 negatif. bak kata erul masa kat airport... apa yg kita fikir, tu lah yg kita akn dpt kat sana. dan kalu nampak benda/kelakuan yg pelik... diam2 je. mungkin Allah tunjukkan perkara tu utk kita fikir2kan ataupun dijadikan pengajaran.

No comments: