Thursday, March 20, 2014

travelogue umrah 2014 | makkah yg penuh berkah [part 1]


ni masa menunggu bas datang pick-up kitaorg utk pergi ke makkah. mutawwif tu bgtau sesape yg nk terus buat umrah, kena pakai pakaian ihram siap2 dr hotel. mudahkan kerja... perjalanan dr madinah ke makkah roughly around 6~7 jam jugak kalu x silap.
dan bas x berhenti pun kat tempat miqat [bir ali].. niat semuanya dlm bas. 


bg aku... ni benchmark utk ke Masjidilharam. Zamzam Tower. 
dia ada jam yg sgt besar which kitaorg boleh nampak dr bilik penginapan [masjidil haram ~ our hotel : jln kaki dlm 30mnt]
hotel ni betul2 mengadap pintu King A.Aziz a.k.a pintu utama masjid.

kitaorg sampai Makkah dalam kul 10pm. Mutawwif bagi masa 1 jam utk dinner, check-in bilik dan siap2 apa yg patut. So semua jemaah kena berkumpul dalam kul 11pm dan akn dibawa utk melakukan umrah pertama. unluckily, aku ada masalah teknikal yg menyebabkan kitaorg ditinggalkan dan teruslah en.epol naik pangkat jd mutawwif.

actually bdn agak penat [w/pun sepanjang perjalanan tu aku+kechek tido].. tp nasib baik semangat tu kuat.
g masjid je amik roughly 30mnt... sampai sana tgk Ya Allah.... ramainya manusia w/pun masa tu dh dkt kul 12 tgh mlm.. kitaorg msk kat pintu King A.Aziz... solat sunat dan terus menuju tempat tawaf.

1st time dpt tengok kaabah for real... subhanAllah.. speechless.... dan tetiba air mata meleleh... lebih dr masa tgk part sedih citer korea maupun hindustan. 

so before start tawaf tu en.epol dah pesan... andai kata terpisah masa tgh tawaf... just carry on sampai habis. bila dh settle just tunggu kat area blkg lampu hijau @ blkg makam n.ibrahim..
unluckily [2nd time], masa tgh tawaf tu wuduk aku terbatal... sakit perut yg amat... masa tu en.epol bwk adam+kakak. mak dan kechek dgn aku. kitaorg sempat buat 1 pusingan je before aku keluar baris.

perasaan aku?? sedih gila... so utk stabilkan emo, aku considered tu sbg kifarah. dlm hati aku cakap... Allah bagi sikit je.... sabarlah.. mintak ampun byk2.. mintak tlg Allah permudahkan urusan.. lama jugak kot baru aku ok... dan lama jugak kitaorg ddk kat perkarangan masjid. kalu x silap lbh 3x kali aku berulang g toilet. 

disebabkan dah lama sgt.. aku wat decision tunggu en.epol siap tawaf. jumpa dia kat mana2 then aku ngan mak pulak g tawaf. en.epol mcm tau2 je kan.... habis je tawaf dia terus tepon tanya kitaorg kat mana.


lepak gile bdk2 ni.. dorang terus tido sebaik je habis tawaf sampai la aku ngan mak pulak settle.
nasib baik kechek x meragam.




aku ngan mak wat tawaf kat atas.
mencari pintu nk ke atas tu agak lama jugak.. bila tanya security, dia kata yg kat atas tu cuma yg pakai wheelchair saja. then aku cuba nasib tanya org2 kat situ... semuanya x leh communicate in english.. signboard pun semuanya dlm bahasa arab..
ok.... meh le kita tawaf masjid dulu sblm tawaf kaabah..

finally about 1/2 hour jugak baru jumpa jlnnya.. tu pun kebetulan ada cleaner indon bgtau... 
sebenarnya takut2 jugak nk masuk situ sbb ada security jaga.. aku doa byk2 moga security kat situ x tahan sbb mak x pakai wheelchair pun. alhamdulillah..... lepas.

personally, aku prefer tawaf kat atas compared kat bwh sbb kat atas ni kurang crowded. so boleh la aku feel dan baca doa lbh sket. tp ada org ckp, baraqah nya kurang sikit.. tu aku x sure betul ke tdk.
habis tawaf... kitaorg solat sunat dan ddk sekejab [lama jugak kot] pandang kaabah..
berjurai lg air mata... aku rasa sepanjang tawaf tu pun mmg aku menangis.
aku ni dh la cengeng.... kat sana bertambah cengeng jadinya.



penuhkan manusia.
kalu nampak mcm ni, x rasa boleh menyelit ke tdk... tp percaya la... there's a space for everyone.
alhamdulillah.. sepanjang kitaorg tawaf, xde insiden yg mengerikan jadi.. setakat tolak2 manja tu kitaorg mmg dah jangka..



ni contoh situation masa nk solat.. sempit??? ya. nasib baik time tu aku mmg solat duduk. kalu solat mcm biasa, tak tau mana aku nk sujud. 
most of the time kitaorg solat kat tingkat atas. ingatkan dapatlah solat jemaah sambil memandang direct to kaabah.. x dpt rupanya sbb baris2 dpn tu dikhaskan utk lelaki. jadi kena la tunggu waktu2 lain kalu nk ddk kat bhgn dpn tu.



ni tempat solat wanita kat basement. sini cam x sesak sgt.
kerusi kat gambar atas ni sgt byk kat dlm masjid. ada yg masjid sediakan dan ada yg jemaah bwk sndr.


sama mcm kat masjid nabawi... air zamzam disediakan di merata2 tempat.
jadi tak yah risau kalu kehausan.
dan air zamzam sini cam lg sedap rasanya dr kat madinah [bagi aku la]..



ni la pintu msk utk jemaah yg nak tawaf kat tingkat atas.
boleh lalu sini, atau masuk dr pintu no.6 yg ada escalator. x sure la sbnarnya boleh ke tdk yg x pakai wheelchair wat tawaf kat atas. yg aku perasan... boleh. ramai je yg sihat walafiat wat tawaf kat bhgn atas.



kitaorg siap settlekan umrah pertama ni slps waktu solat subuh.
3 pusingan saie sblm solat.. dan 4 lagi selepas solat. total hour yg diambil lbh kurang 8 jam..
serius lama... en.epol kata biasanya kalu semuanya ok, dalam 3~4 jam dah boleh settle.
alhamdulillah, sepanjang kat Makkah, kaki mak ok. kadang2 dia jln lagi laju dr aku.. terror kan. kesihatan dia pun baik w/pun ada masa dia skip amik ubat darah tinggi [ni aku tau bila dh blk umh]


ni saie yg terakhir.. aku dokong kechek 4 pusingan sbb masa tu en.epol bwk adam g toilet.
pastu en.epol sambung dokong dia lg 5 pusingan.
bdk ni x leh nampak ibu dia... menangis nangis mintak aku dokong. en.epol x bg sbb aku kan pregnant, tp ye la... kalu suara dia dh bergema kat tmpt saie tu, maunya aku x amik dia. kesian jemaah lain nk concentrate. 


adam ngan en.epol dapat solat kat roof top. ni masa solat jumaat kalu x silap
masa tgk kat tv... bukan setakat dlm masjid yg penuh... dorang solat sampai ke jln raya.. punyalah ramai.

utk kali ni.. aku mampu buat 3x umrah je. 2x dgn mak.. lg sekali dgn en.epol.
rasa byk perkara yg aku x sempat nk buat... rasa sedih pun ye jugak. sepatutnya, aku paksa diri aku utk fit.. utk sabar.. utk lbh effort sepanjang kat sana. 

kita merancang.. tp Allah yg tentukan. kalu rezekinya mmg banyak tu bersyukurlah.
harap2 Allah sudi lg menjemput aku ke sana.

No comments: