Showing posts with label sharing is caring. Show all posts
Showing posts with label sharing is caring. Show all posts

Saturday, August 16, 2014

cara berpantang utk yg kena caesarean

copy n paste : bidan bersalin

Berpantang selepas pembedahan caesarean agak berbeza daripada berpantang selepas bersalin normal. Sesetengah amalan ketika pantang yang dilakukan wanita yang bersalin normal mungkin tidak sesuai oleh wanita yang bersalin melalui pembedahan.

Namun dalam kedua-dua keadaan, penjagaan berpantang selepas bersalin amat memerlukan sokongan ahli keluarga yang lain mahupun pasangan sendiri. Dalam mengikut amalan itu, ketahuilah had diri anda sendiri supaya amalan itu tidak memudaratkan diri.

Mungkin anda berasa letih dan tidak mampu untuk menangani tanggungjawab baru sebagai seorang ibu. Usah risau kerana anda tidak berseorangan dalam hal ini. Bagaimanapun jika perasaan itu terus menerus menghantui anda, cuba luahkan apa yang anda rasa kepada seseorang dan minta bantuan mereka.


Sebelum Meninggalkan Hospital
  • Setelah sehari terbaring selepas pembedahan, katerer akan dicabut dan anda digalakkan untuk bangun sendiri ke tandas. Berjalan seawal yang boleh bagi melancarkan peredaran darah - untuk ke tandas mahupun ke nurseri. Berjalan secara perlahan-lahan dengan badan anda ditegakkan. Sekiranya bahagian yang dibedah itu terasa sakit, gunakan tangan anda untuk menampung sedikit bahagian perut.
  • Doktor juga akan bertanya sama ada anda sudah membuang angin atau tidak. Ini bagi memastikan pembedahan tersebut tidak mempunyai sebarang masalah. Kali pertama membuang air kecil selepas keterer dicabut mungkin agak menyakitkan dan anda boleh bertanya kepada jururawat cara untuk mengurangkan ketidakselesaan ini.
  • Sebelum dibenarkan keluar hospital, doktor akan membuang benang jahitan dan menyemburkan selapisan bahan seakan getah yang tidak telap air bagi memastikan luka pembedahan itu tidak basah (dan menyebabkan jangkitan). Gunakan tuala wanita untuk menampung darah nifas yang keluar semasa uterus mula mengecut.
  • Sekiranya anda keluar berjalan-jalan dengan bayi, lebih baik untuk anda menggunakan kereta sorong bayi daripada menggunakan ambin atau sarung bayi di depan badan anda bagi mengelakkan tekanan pada bahagian perut atau bahagian yang dibedah.

Senaman
  • Tangguhkan sebarang senaman abdomen sehingga 4 hingga 6 minggu selepas bersalin.
  • Elakkan daripada mengangkat dan membawa barang berat.
  • Apabila ingin bangun dari kedudukan berbaring, mengiring ke sisi dan gunakan lengan anda untuk menolak badan anda ke posisi duduk.
  • Urutan lembut pada parut pembedahan dapat mengurangkan perekatan kulit dan mengurangkan ketidakselesaan.
  • Sekiranya anda ingin terbatuk atau terbersin dalam masa beberapa bulan selepas pembedahan, letakkan sebiji bantal merentangi perut dan tekan perlahan-lahan untuk memberi sokongan pada parut dan mengurangkan rasa tidak selesa.
  • Kurangkan aktiviti anda di rumah. Jangan mengangkat sesuatu yang lebih berat daripada bayi anda dan elakkan daripada melakukan kerja-kerja rumah.
  • Kadar pengeluaran darah nifas boleh berubah mengikut masa dan boleh meningkat jika banyak aktiviti dan kerap bertukar kedudukan. Gunakan situasi ini untuk menentukan sama ada anda sudah terlalu banyak melakukan kerja.
  • Minum banyak air untuk memastikan badan anda cukup hidrat dan makan makanan berkhasiat untuk mengembalikan tenaga dan mencegah sembelit.
  • Susun segala keperluan dan pakaian bayi berhampiran dengan anda supaya anda tidak perlu terlalu kerap bangun dan duduk.
  • Awas jika anda demam atau sakit, itu mungkin tanda anda terkena jangkitan.

Penjagaan Emosi
  • Gunakan lebih banyak masa untuk menjalin hubungan dengan bayi anda.
  • Sekiranya anda sukar menyusukan bayi selepas pembedahan, minta nasihat daripada pakar penyusuan untuk membuat diri anda lebh selesa.
  • Ketahui bahawa anda mungkin memerlukan lebih masa untuk meredakan emosi selepas pembedahan, terutama jika ia dilakukan dalam situasi kecemasan.
  • Jika anda mempunyai sebarang perasaan negatif daripada pengalaman bersalin itu, bincangkan perasaan anda dengan teman sokongan.
  • Andainya anda mempunyai sebarang persoalan mengenai kesihatan diri anda dan kehamilan anda seterusnya, minta penjelasan mengenainya daripada doktor anda. Ini dapat mengurangkan perasaan gemuruh anda untuk hamil lagi.
  • Usah segan meminta bantuan. Penjagaan fizikal yang lebih banyak selepas pembedahan boleh membuatkan anda berasa tidak berdaya, tidak mampu dan kesepian.

Perkara Yang Perlu Dielakkan
  • Hubungan seks sehingga doktor menyatakan selamat untuk berbuat demikian.
  • Menggunakan tampon atau pembersihan vagina.
  • Ketika mandi, pastikan kawasan luka bedah itu tidak terkena air, selepas seminggu, jika kawasan itu terkena air, lapkannya (anginkan menggunakan kipas) agar luka bedah betul-betul kering.
  • Kolam renang dan tab air panas.
  • Mengangkat barangan yang lebih berat daripada bayi anda.
  • Kerap turun naik tangga.
  • Bersenam, melainkan doktor anda mengatakan selamat untuk berbuat demikian.

Segera Berjumpa Doktor Jika:
  • Anda demam dengan suhu lebih 100.4 darjah farenheit.
  • Sakit kepala yang kuat bermula selepas melahirkan bayi dan tidak berkurangan sakitnya.
  • Sakit secara tiba-tiba pada bahagian perut, seperti lebam atau pedih.
  • Discaj vagina yang berbau busuk.
  • Sakit secara tiba-tiba pada bahagian yang dibedah, yang mungkin turut mengeluarkan nanah.
  • Bahagian bengkak, merah dan sakit pada kaki.
  • Rasa pedih semasa membuang air kecil dan darah dalam air kencing.
  • Muncul ruam atau gatal-gatal.
  • Pendarahan yang teramat banyak yang membuatkan tuala wanita lencun dalam masa sejam atau mengeluarkan darah berketul-ketul.
  • Rasa sakit, kemerahan dan pedih pada bahagian payudara yang mungkin diikuti dengan simptom seperti selesema.
  • Rasa bimbang, panik atau sedih.

Thursday, December 19, 2013

darah istihadah

oleh: Husna Hassan
Pada umumnya, darah yang keluar dari rahim wanita dianggap darah haid kerana lazimnya mengalir mengikut putaran bulanan. Namun selain itu terdapat faktor-faktor lain yang menyebabkan darah itu keluar tidak mengikut putarannya, maka ia dianggap darah istihadah.
Apakah itu darah istihadah? Istihadah ialah darah yang keluar bukan pada waktu haid dan juga bukan dalam tempoh nifas. Menurut Syeikh Muhammad bin Saleh al-Uthaimin, istihadah ialah darah yang keluar terus-menerus pada seorang wanita tanpa henti sama sekali atau berhenti sebentar dalam sebulan.
Daripada takrif yang dikemukakan di atas, terdapat dua keadaan istihadah iaitu:
Keadaan pertama: darah yang keluar tanpa henti-henti.
Keadaan kedua: darah tidak keluar berterusan, sebaliknya berhenti seketika dan keluar semula.
Terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah r.ha. bahawa Fatimah binti Abu Hubaisy berkata kepada Rasulullah s.a.w: “Ya Rasulullah, sungguh aku ini tak pernah suci, apakah aku perlu meninggalkan solat?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Tidak, itu adalah darah penyakit. Namun tinggalkan solat sebanyak hari yang biasanya kamu haid sebelum itu, kemudian mandilah dan lakukan solat.” (Riwayat al-Bukhari)
Manakala riwayat daripada Hamnah binti Jahsy, ketika datang kepada Rasulullah s.a.w., dia berkata: “Ya Rasulullah, sungguh aku sedang mengalami istihadah yang deras sekali.” (Riwayat al-Bukhari, Ahmad, Abu Daud dan al-Tirmizi)
Bagaimana Mengenali Istihadah
Masih ramai wanita terutamanya remaja yang masih keliru dalam membezakan antara darah haid dengan istihadah. Jadi, bagaimana hendak membezakan antara kedua-dua jenis darah ini? Berikut adalah empat keadaan istihadah:
1. Darah yang keluar kurang daripada had masa minimum haid iaitu sehari semalam.
2. Darah yang keluar melebihi had masa maksimum haid iaitu 15 hari.
3. Keluar darah sebelum umur minimum haid iaitu sebelum berumur 9 tahun.
4. Darah yang keluar lebih daripada tempoh maksimum nifas iaitu 60 hari.
Keadaan Wanita Mustahadah
Dr. Abdul Karim Zaidan membahagikan keadaan wanita mustahadah kepada empat seperti jadual di bawah (turut disertakan ialah cara-cara menentukan sama ada itu darah haid atau istihadah):

Keadaan
Haid
Kaedah Menentukan Sama Ada Darah yang Keluar Haid Atau Istihadah
Tamyiz (Membezakan)
Adat
Pertama
Dapat membezakan antara darah haid atau bukan.
Tidak ada kebiasaan tertentu bagi waktu haid.
Tamyiz iaitu dengan membezakan warna darah. Darah yang berwarna gelap, pekat dan berbau dianggap darah haid. Sebaliknya darah yang berwarna kekuningan, cair dan tidak berbau dianggap istihadah.
Kedua
Tidak dapat membezakan antara darah haid atau bukan.
Mempunyai kebiasaan waktu tertentu bagi haid.
Mengikut jumhur fuqaha, waktu istihadah dikira menggunakan kaedah adat. Sekiranya kebiasaan haidnya ialah 7 hari, maka hari ke-8 adalah istihadah.
Ketiga
Tidak dapat membezakan antara darah haid atau bukan.
Tidak ada kebiasaan tertentu bagi waktu haid.
Maka cara menentukannya ialah berdasarkan adat kebiasaan wanita lain. Menurut Syeikh Uthaimin, wanita tersebut boleh mengikut kebiasaan haid wanita yang mempunyai fizikal atau umur yang hampir sama dengannya, wanita yang mempunyai hubungan kekeluargaan yang dekat atau lain-lain pertimbangan.
Keempat
Dapat membezakan antara darah haid atau bukan.
Mempunyai kebiasaan waktu tertentu bagi haid.
Mesti menggunakan kedua-dua kaedah iaitu tamyiz dan adat sekiranya darah yang memenuhi ciri-ciri darah haid keluar dalam tempoh biasa haid, sekiranya boleh diguna kedua-dua kaedah tersebut.
Namun sekiranya adat dan kebiasaan tidak selari, maka menurut mazhab Hanbali, ada 2 pendapat:
1. Tamyiz diutamakan.
2. Adat lebih diutamakan.

Hukum-hukum Istihadah
Memandangkan istihadah bukan darah haid dan dianggap darah penyakit, maka hukum istihadah tidak menyamai hukum haid. Wanita yang mengalami istihadah tidak perlu mandi wajib. Mandi hanya perlu setelah tamat tempoh haid.
Bagi wanita yang berada dalam keadaan istihadah juga, mereka tetap wajib menunaikan solat seperti biasa. Namun mereka perlu berwuduk bagi setiap kali solat yang hendak ditunaikan. Ini berdasarkan saranan Rasulullah s.a.w. dalam sabda Baginda yang bermaksud: “Kemudian berwuduklah kamu setiap kali hendak solat.”(Riwayat al-Bukhari)
Perlu diingat bahawa wanita mustahadah perlu berwuduk untuk satu solat, bukan satu wuduk untuk dua solat. Ini bermakna, wanita mustahadah tidak boleh “menyimpan” wuduk bagi solat Maghrib untuk digunakan dalam solat Isyak.
Selain itu, wanita mustahadah juga perlu membersihkan darah istihadah itu setiap kali sebelum berwuduk. Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Hamnah yang bermaksud: “Aku beritahukan kepadamu (agar menggunakan) kapas kerana kapas dapat menyerap darah.” Hamnah berkata: “Darahnya lebih banyak daripada itu.” Baginda bersabda lagi yang bermaksud: “Gunakan kain.” Jawab Hamnah: “Darahnya masih banyak.” Baginda berkata lagi yang bermaksud: “Maka pakailah penahan.” (Riwayat al-Tirmizi)
Dalam konteks zaman kini, penahan yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. itu ialah tuala wanita. Sekiranya telah dibersihkan darah istihadah dan ditukar dengan tuala wanita yang baru, darah tetap mengalir selepas berwuduk, maka wuduk tersebut tetap sah untuk satu solat.
Mungkin bagi wanita yang telah berumah tangga, mereka tertanya-tanya, apakah boleh mereka “bersama” suami? Menurut Syeikh al-Uthaimin, ulama berbeza pendapat dalam masalah ini. Sebahagian mereka berkata elok dielakkan selama mana tidak menyebabkan zina. Namun hakikatnya, tiada sebarang larangan pada zaman Rasulullah s.a.w. dan sahabat dalam hal ini. Jadi, berdasarkan hukum wanita mustahadah dibolehkan solat, maka Syeikh Uthaimin berpendapat bahawa mereka boleh bersama suami.
Rujukan:
Syeikh al-Uthaimin, fi al-Dima’ al-Tibbiyah li al-Nisa’.
Muhammad Athiyah Khumais, Fiqih Wanita.
Dr. Abdul Karim Zaidan, al-Mufassal di Ahkam al-Mar’ah.

Sumber: SOLUSI


other links


Sunday, December 15, 2013

gout... cian nenek

ni last2 week punya cerita..

mak kena gout
mak kata rasanya sakit yaaaang amat. berdenyut2 dan mmg x leh nk berpijak.
masa turun dr klinik tu pun terpaksa naik wheelchair.
aku ni pun satu... boleh pulak kasi mak mkn nenas mlm sebelumnya.
serius x bajet mak kena gout sbb tau yg dia saaaaangat jaga pemakanan..

hmmm, tu lah kan.
kalu benda nk jadi... pusing mcm mana pun akn tetap kena.

kesian mak.
dah la sakit... kena mkn ubat yg berpacket2 tu lagi.. kena pantang mkn lagi...



ni ada links yg cerita mengenai gout... dan pantang larang nya..

Saturday, April 13, 2013

marriage life - ikhlaskan hati

i'm reading this yesterday dan aku agreed dgn apa yg blogger tu tulis.

dan kebetulan semalam aku ada 'lari' dari rumah but x lama mana lah.. 5 mnt je, itupun cam x sampai kot. start kete.... pusing jalan depan umh then dah sampai umh semula.. senyap je masing2 bila aku masuk umh. terus masing2 behave.... ye la kan, dari aku dok bising pagi2 ni..... baik aku kuar kejab betulkan angin aku.

for me marriage life kalu x kena gaya, x banyak sabar, x byk ilmu..... susah utk bertahan. kahwin x sama cam bercinta... ko nyampah ngan boipren, ko bleh clash je. dalam perkahwinan..... mampu ko nak masuk finance berkali2??? [read : masuk finance = divorce = istilah en.epol]. so beruntung lah [dan sila bersyukur] kalu dapat life partner yg bukan setakat meet our fizikal requirement tp jugak jenis yg understanding, yg x emo dan betah melayan perangai2 buruk kita...

kat bawah ni contoh perkara yg kadang2 menguji hati dan kesabaran.... bagi aku la. org lain aku x tau.

  • privacy. once dah kahwin, takkan ada ME time. lagi lah bila dah ada ank. OUR time pun belum tentu dapat merasa selagi bdk2 ni x g sekolah @ tido. tu yg rasa cam nk hantar ank2 g asrama je. haha.... kalu yg ddk dengan parents sndr @ parents in law?...... lagi garuk kepala. 
  • balancing and being fair between 3 side - makpak sndr, makpak mertua dan suami/isteri+anak2 dr segi masa dan duit. makpak sndr nk kena jenguk n hulur2.. makpak mertua pun sama gak. kalu terlebih kat pihak sini, yg sana kecik ati. g lepak umh sinun lama sket.... yg sini terasa hati. habis camne?


  • rumah yg serabut. hhmmm, aku ni ikut perangai mak yg kalu bleh rumah nak sentiasa 'simpun'.. awal2 dulu, rasa tensi sungguh. sakit mata... sakit hati [sbb kena wat keje tambahan - mengemas 2,3 kali]. laaaaa ni, aku let go je. since adam dah beso sket, aku trained dia..... alhamdulillah, skang dia pulak yg kadang2 lg over dr aku. yg berdua tu x nyepah.... si kechek pulak kejenye teraburkan brg2 satu umh esp makanan. huhuhu.....
  • priorities... biasanya ank2 menang bab ni. dalam banyak perkara yg kita dah plan nak buat, most of them kena refer kat diorang ni dulu. contoh yg sangat basic, kalu nk g berjalan... kenalah tunggu diorg cuti sekolah.... automatik makpak akan suitekan schedule masing2 dgn schedule ank2. sama jugak dalam nk beli furniture, buat yearly household budget, etc.
  • kerenah yg pelbagai. yang ni aku masih lg failed... aku x mampu nk meet each request kat umh ni. contohnya tang makan. sorang nk asam pedas daun kesum, sorang lg nak asam pedas serai, yg kecik2 tu x nk mkn pedas..... hallloooooo.... mesti korang ingat aku ni juara masterchef kan..
"Wedding is fun, honeymoon phase is a.w.e.s.o.m.e. but marriage is really a lot of work! You’re juggling your work, daily house chores, children and husband every single day. If you don’t enjoy what you’re doing, you’re killing yourself slowly inside because you barely have time for yourself.
Whenever I see an old couple walking together holding hands, I really envy them. I want be like them. Even after soooo long, it’s still the same person they are walking with, same hand they are holding and they never get tired. Isn’t that sweet?"

Sunday, March 03, 2013

Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak

copy.paste from : http://www.facebook.com/sentuhankasihibu

1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur mereka secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah
* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

diambil dari : Keindahan Ciptaan Allah Taala



Thursday, February 07, 2013

nikmat mn yg mahu ku dustakan.... ceewah

bersyukur vs x berapa nk bersyukur..... dimanakah kita.
x mungkin lah kita ni kategori tak bersyukur langsung kan? melampau tu.
anyway, hari ni sebenarnya nk merepek pasal 'nikmat yg telah ditarik tp diganti dgn nikmat yg lain'.

contohnya

bila en.epol kena keje laut, aku dah x leh lah nk bermalas2an kat umh.. disamping menyettlekan keje umh n melayan bdk bertiga tu, aku diextra request kan utk tgk2kan pak.mertua ku.
so, nikmat yg kena tarik : hidup yg agak santai [sbb dulu kalu stress, ada org tlg back-up]

satu nikmat yg ditarik....... tp Allah tu kan tersangatlah penyayang. DIA bagi aku nikmat yg lain, antaranya ;

* kesihatan yg mabeles. x penah aku sakit time en.epol takde.. 
memanjang sehat... memanjang bleh berjalan ke sana sini..eh? 

* anak2 yg sehat dan x berapa nk nakal. jarang sebenarnya bdk2 ni demam. kalu ada pun x lama.... sehari dua je. tang nakal...... diorang ni sebenarnya x nakal, cuma ibu dia je kurang penyabo. pastu stress sendiri [padan muka ibu dia]

*kelapangan masa. hehehehe....... lg santai sebenarnya bila en.epol xde. dah mcm terbalik skang ni... bila en.epol ada kat umh, kalut aku jadinya. serta merta wat keje dlm mode anaijah siput. tu yang berbakul2 baju x lipat... terlupa nk sapu kat atas la..... haish!

*aku jd lg independent w/pun aku rasa aku ni dh cukup independent. 
contohnya semalam... semalam aku bwk mak g f/up check.up. appointment kul 2, but bdk2 tu kuar sekolah kul 3+... so, nak x nak mmg kena rush dr sekolah terus pick.up mak kat umh k.biah dan g klinik. sampai sana masih ramai manusia n luckily kaunter x ttp lg dan kitaorg adlh patient terakhir. so, settle urusan around kul 5.30.. ada pulak org tu nk ABC la, milo dinasor la...... so, g medan selera kat dpn klinik. tapau n mkn kat umh mak. tgk2 jam dah kul 6+.  settle apa yg patut, terus hanto mak kat umah k.peah then terus balik.
yg bestnya...............dah la maghrib... jam kat jambatan permas n hujan lebat mencurah2 sepanjang p'jalanan. ya Allah..... aku ni dah la dah lama x drive dalam keadaan camni. nasib baik bdk2 ni esp aidil x wat perangai.
time ni la baru teringat laki kat perantauan. bestnya kalu en.epol ada..... x perlulah aku concentrate gile drive mcm ni. huhuhu...

* lebih mengahargai each other. i dnt know him, but utk kami yg ditinggalkan.... ye. dulu, asal hanto kat bus.stand mesti air mata sebok nk kuar.. tp skang dah x sbb dah bleh control [dalam hati tuhan je tau]. hahaha..... serius, skang dah kurang bertekak.. kurang nk masam2 muka.. dan tengok en.epol pun lebih cool dgn ktorg :D... luv u la bebeh!!

tu lah kan......... we wont appreciate something until we lose it.
so, as a human... berbaik sangka lah dgn Allah. mungkin pada awalnya kita akn rasa.....'nepe lah aku kena tanggung smua ni... sedihnya.. stressnya.. pilunya...etc'.. but setiap kejadian tu ada hikmahnya. duduk kejab, rewind perkara lepas2.... dan start thinking n bersykur.




Saturday, February 02, 2013

cita2 anak - makpak yg lebih?

"dah besar nanti awak semua nak jadi apa?"
A "cikgu", B "polis", C "dokter", D "askar"

tu cita2 bdk2 20 tahun yg lampau. budak skang hebat.... kalu ditanya pasal cita2... mcm2 diorang bagi jawapan. ada nak jadi lecturer la, astronaut, engineer, saintist, businessman, big boss...etc

aku???
time sekolah dulu aku main bantai cakap je. asal jawab.. biasanya aku jawab nk jd cikgu... tu kira jawapan paling selamat coz bila cikgu soh explain, aku bleh describe job function seorang  cikgu dgn jayanya. hahaha......

aku betul2 realize tentang nk jadi apa bila aku dh nk spm. but its too late, i guess.
cakap pasal cita2 ni.... sebenarnya ada banyak profession kat luar sana yg kita x tahu.
contohnya, aku dulu ada sorang member...
bila ty "awak keje apa" dia jawab "sy keje shutdown"
halloooooo.... shutdown tu pekerjaan kah?
dia ada explain but aku x dapat pick.up........ skang baru tau. rupanya dia adalah seorang rigger.

anyway, aku rasa aku bernasib baik sbb lepas grad, aku terus masuk line oil&gas.
even aku mula as a macai yg wat semua benda... tp its a very worth experienced.  Hassan Kadir... tu my 1st real boss. before tu ada 2,3 boss...[sebelum dpt keje ttp, aku join program siswazah latihan apakebendantahnamanya yg allowancenya $500 sebulan tu].

lama gak kat sana. terus aku lupa nak jadi valuer... penat je kan belajar real estate, tp akhirnya jadi purchaser. penah lah jugak in between tu jd RA kat fakulti... but rasanya x 'in' langsung. last2 join balik geng hassan kadir.. bila dh x larat sgt, barulah cabut g mmhe jg subcontract. bestnya oil&gas adalah sbb gajinya. gaji lagi beso dr field lain. 

isshhh... ni dah nyempang jauh ni... td nk cite pasal cita2 kan.

hmmmm, as ibu yg terover concern pasal kerjaya anak... aku awal2 lg dah discuss ngan en.epol pasal bdk2 ni. conclusion : yg lelaki g line technical... yg pompuan g service. tp ni cadang je la...... kena tgk gak apa minat diorang ni. karang paksa2 soh blajar engineering, tetiba minat dia nk wat culinary... camne tu? insyaAllah banyak masa lg... sempat lg aku nk google camne nk melorongkan diorg ni ke bidang yg sepatutnya.

dulu aku penah cakap.... dan skarang pun aku masih mempunyai pandangan yg sama. harap2 bila bdk2 ni dh beso pun aku masih pegang benda ni.

its ok kalu anak x dapat further study kat uni.... BUT he/she must realize the KNOWLEDGE n SKILL that they shoukd have to avoid hidup melarat di masa depan. besides uni, ada byk lg tempat belajar yg boleh dijoin esp. utk bidang technical/skill. 
stop thinking yg bidang technical adalah utk org malas belajar [bak kata en.epol]

ya.... hidup ni bukan setakat mengumpul harta benda... tp dgn harta benda, banyak perkara dlm hidup boleh dipermudahkan. dan diorang kena ingat makpak diorg ni x mungkin tinggalkan harta sampai 7 keturunan pun x habis makan..... 

so anak2..... sila kumpul imu n skill sebanyak mungkin ye.



Friday, January 25, 2013

SSPN - skim simpanan pendidikan nasional

mana kita nk cekow duit bila ank nak masuk uni, poli, kolej, etc.?
masa aku last berpuluh2 thn dulu, yuran around RM2,500. tu x termasuk segala tok nenek perkakas. nasib baik barang2 masa kat asrama x dibuang. so, most of the thing kita recycle saja.
untung mak aku sbb dapat ank yg pandai berjimat :p
tp untung lg aku sbb dpt biasiswa dr MBJB... thanx to my penyelia asrama, en md. nor

skarang ni agak beruntung sbb ada a few medium utk menabung for high education.
DARI letak letak duit celah2 baju, simpan kat bank, insurans [pendidikan] HINGGA la simpan kat SSPN [skim simpanan pendidikan nasional]..
b4 ni pernah bukak ASW utk bdk2 ni, tp ibu dia x berdisiplin. kesudahannya.... tinggal buku je la

so, utk menebus kesilapan lalu [eceh], kita startlah menabung semula.
kali ni dgn SSPN. kekdah nya sangatlah mudah...
g mana2 bank, pastu ckp ngan customer service nk buat account SSPN.
dia akan bg form.... we have to fill up the form dan attachkan sekali salinan mycard ibu/ayah dan mykid anak. tak silapnya 2 copy each. min saving adalah RM20.
a week later [lbh kuranglah], akan dapat mail notication dan kad SSPN.


below, antara benda yg kita perlu tau pasal SSPN

  • layak memohon pembiayaan pendidikan PTPTN
  • pelepasan cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa hingga RM3,000 setahun [paling en.epol suka]
  • manfaat pelindungan takaful & khairat secara percuma [T&C apply]
  • geran sepadan hingga RM10K utk 1 keluarga yg layak [T&C apply]
  • kadar dividen yg kompetitif
  • dividen dikecualikan dr cukai pendapatan
  • simpanan dijamin oleh kerajaan

dan

simpanan x leh dikeluarkan ek... bila umur anak dah 18 baru bleh digunakan




Saturday, December 01, 2012

breastfeeding in public?

semalam dok blogwalking merata alam maya, then terjumpa pasal breastfeeding in public...
dh lama sebenarnya issue ni.... baru skang aku nk menyibuk jugak citer pasal benda alah ni.

yes, i'm proud to bf my baby but i still choose a right place to do so!!! 
bf in public is not my option

anyway, dlm 3 beradik cuma aidil yg fully bf, dah nak masuk setahun pun. so sepanjang sethn ni, rasanya x pernah lagi aku m'open bf kan dia di public. public bg aku adalah di restoran/kedai2 mkn, di bench2 kat shopping2 complex, etc yg mana banyak mata bleh nampak the activity. apesal? sbb aku segan..... manatu secara x sengaja baju aku tersingkap ke... si kechek tu dok tarik2 the nursing cover ke... ish... i malu u!

selalunya kalu nk g mkn kat luar @ shopping, aku siap2 bg si kechek ni susu kat dalam kete. mungkin lah budak ni x kuat sgt nyusu..... sepanjang 1-2 jam jln2, x delah pulak dia mintak nak tek. but then, bila masuk kete masa otw blk..... siaplah dia dok berdakap sampai umh. kalu ada pun, that time aku kat jusco, so bleh lari kejab ke nursing room. considered that si kechek ni mmg pandai bwk diri :)

i dnt know either i should agree or not to the sesetengah mom out there yg mintak hak utk menyusukan ank secara terbuka. perlukah????? bg aku yg perlu : all the shopping complex MUST provides enough and comfort nursing room. tak perlu lah each floor, at least ada satu bilik from the whole complex pun dh memadai. 

bukanlah maksudnya, aktiviti bf tu sesuatu yg memalukan/jijik/etc sampai the mom kena lari ke tempat lain. its just about keselesaan. nursing room tu selesa tau.. bersih n wangi je baunya. pastu ada muzik lg. ok apa?. lgpun berapa lama sgtlah ank tu m'nyusu [unless u mmg ajar dia utk mengempeng]... pastu g lah sambung shopping semula. 

but kalu ada mom yg insists nk jugak open bf, ths are the tips for you.
  1. standby nursing cover /shawl dlm handbag. kalu u pakai tudung sekali pun, belum tentu ia bleh cover yr breast during bf. but nursing cover ni pun ada gak limitation dia. kalu ank tu kecik dlm 4 bln ke bawah bleh la dia dok diam je dlm kain selubung tu. but semakin beso budak tu, makin byk akal dia... dia pun dh x koser nk tutup2 muka. sure dia selak2 kain yg ada kat dpn muka dia tu.... bila dh mcm tu, kalu mom x malu, org2 keliling yg menengok tertengok tu akan segan. 
  2. wear the right apparels. kat market pun dh banyak jual nursing top/dress yg cun2. 
  3. choose a right place during the bf.. kalu kat restoran, carilah tempat yg terselindung sket or kat seat yg membelakangi org2 lain. 




Thursday, November 29, 2012

jangan 'bias'

sekarang ni ada je t'dengar kes2 anak merajuk dgn mak... bapak merajuk dgn anak, etc..
bukan merajuk pasal apa pun..... it just about bias or tak adil or pilih kasih

contoh satu :
anak : mak.... adik kunci dulu lah pintu ni. ngantuk la
emak : takpe lah..... mak nk tunggu abg ko dulu. mana ntah dia x blk2 lg ni...
anak : ni dh dekat kul 12 mak. tido je lah.... kalu dia sampai nanti, taulah dia nk ketuk pintu tu kuat2
emak : takpe...takpe.... adik g la tido dulu
[kalu ank lelaki... sila lah kuar/blk umh sukati. ank pempuan... ko balk lepas maghrib, siap ko aku kitai]

contoh dua :
anak : abah, ank k.ngah ni dh dapat keje gomen. minggu dpn dah start keje... 
abah : bagus la tu... time2 nk pilihanraya camni, apa2 yg dimintak mmg senang nk dapat 
anak : nape abh ckp camtu. kesian si zack tu.... dah berkali2 g i'view. baru skang rezekinya
abah : ala....cuba tgk ank a.long ko... sekali je i'view, terus ajiya terima. bagus budak hamali tu 
[sebelum puji buta... get clear w the facts 1st. kalu setakat dok kat production line a.k.a operator, mmglah senang dpt keje..haruskah itu diriak kan?] 

contoh tiga :
anak : mak, anak timah dapat 5A dlm UPSR
emak : ok lah tu.... hafiz, ank abg long ko dapat 2A, 3B.. 
anak : alhamdulillah..... dah rezekinya camtu...yg penting dh berusaha
emak : dh baguslah tu dapat 2A... lelaki lain. pempuan... belajar tinggi camne pun, nanti ke dapur jugak
[so old thinking..... wake up pls]

kat ats tu contoh, but kat bwh ni the real one. true story ek......

ada 2 beradik.. yg 1st agar cergas berbanding yg 2nd. so yg 1st ni lah yg selalu dihayak ke sana sini oleh emaknya. these 2 sibling sebenarnya kategori pandai but due to kesempitan duit, diorg x further study. the parent ada bukak kedai kopi... n yg 1st tu lah yg kena tolong kat kedai. yg 2nd pulak banyak spend masa wat keje2 umh.

few years later these 2 beradik bergaduh besar...  then terungkaplah isi ati mereka, which are :
1st : rasa x puas ati kat parent n 2nd coz dia rasa terkongkong, asyik kena tlg kat kedai je... sampai xde life nk bersosial ngan kawan2. sedangkan yg 2nd syok je dok umh, sambil wat keje, bleh ngadap internet.
2nd : jauh ati dgn parent n 1st coz dia rasa diabaikan.. rasa x diperlukan oleh parent. apa yg dia nampak, yg 1st tu lah yg dilebihkan dr segala hal.

barulah the parent tau apa yg anak2 nya rasa. 
then, they telling this to those adik beradik

anak-anak,
mak dan abah x pernah lebihkan sesiapa pun antara kamu berdua

1st, kamu adalah lelaki dan anak sulung. kamu pantas dlm membuat kerja... bleh diharap dan berdikari
jika terjadi apa2 pd kami, kamulah akan menjadi tempat bergantung si adik. sbb tu kami bawa kamu ke sanasini dgn harapan kamu akan terbiasa dgn tanggujawab yg berat ini.

2nd, kamu x pernah dipinggirkan. kamu ini perempuan..... bila kami minta kamu ddk dirumah, settlekan semua keje rumahtangga, kami mengharapkan kamu akan terbiasa dgn tanggungjawab ini. maka mudahlah kamu bila berkahwin nanti. 

see............
the parent only think the best for the children on that time.

mungkin ada juga parent yg pilih bulu, pilih kasih bagai.... 
but biaq p laa... stop blaming them. stop all the negative thinking... after all, they are the parent kan?
jgn risau. setiap org ada bahagian masing2.
so if u have your own children now.... dnt repeat the same mistake. otherwise, kita pun 2x5..
ada paham adik manis???


Monday, October 29, 2012

islamic medium school, bukan sekadar subject yg diajar

taken from saifulislam.com
its gonna help parents out there esp me yg choosy sgt nk sekolahkan ank kat mana.

ingat lg masa nk pilihkan adam sekolah tadika last 2 years. tadika je pun. tapi ibunya mencari mcm nk pilih menantu. ha3....

1st we chose yg islamic medium... but the way they're delivered the ilmu adalah x islamic mana pun. ada sikit kecewa lah coz tadika tu secara teorinya sangat bagus. then 2nd tadika, we decided to sent him to Nuri... yg ni mmg betul2 english medium. sampai aku yg x sanggup. last sekali baru aku tergerak hati nk hantar ke tadika nadi permata.... tadika ni mcm biasa2nye tadika. fees pun baru $125/month. but setelah disaiko oleh k.beso... aku g jugaklah jumpa teacher aishah... tanya lbh kurang then terus confirmkan.

alhamdulillah, skang kalu ada org tanya pasal tadika, aku dgn senang hati recommendkan tadika ni. its very good 1st school for our lovely kids.

-----------------------------------------------------------------------------------------

“Sekolah itu ada mengajar Tahfiz. Quran, Hadith, Aqidah, Fekah, semua ada” kata seorang lelaki.
Rakannya mengangguk.
Berpuas hati.
Apabila kita melihat Pendidikan Islam, kita akan menilai pilihan-pilihan yang ada pada dua perkara:
  1. Status sekolah tersebut sama ada ia SMKA, SMA, SMABP, Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Integrasi atau bagaimana (INSTITUSI)
  2. Apa yang diajar di sekolah tersebut, dari segi mata pelajaran, aliran, peperiksaan yang diduduki (SILIBUS)
Sudah tentu, kedua-duanya banyak dibantu pula oleh persekitaran dan pergaulan di sekolah tersebut sama ada baik atau sebaliknya. Mereka yang lebih arif menyebutnya sebagai isu BI’AH (بيئة) sama ada ia solehah atau tidak.
Tetapi kita sering terlepas pandang, bahawa ada satu lagi dasar penting yang menentukan sama ada pendidikan yang ditawarkan itu adalah pendidikan Islam atau tidak. Selain institusi dan silibus, isu pokok yang mesti diberi perhatian adalah BAGAIMANA IA DIAJAR.
Pedagogi!
Sebuah sekolah mungkin dianggap sekolah berpendidikan Islam kerana ia diinstitusikan sebagai sekolah Islam. Silibus yang diajar pula merupakan mata pelajaran pengajian Islam. Tetapi bagaimanakah ia diajar? Apa pendekatan yang dipakai dalam mengajar? Bagaiamana bentuk interaksi guru dengan murid pada mendidik, memotivasi, memberi ganjaran, menegur malah menghukum pelajar yang melakukan kesalahan?
Bisa sahaja sebuah sekolah itu namanya sekolah agama, subjek yang diajar adalah subjek agama, tetapi cara mengajar adalah jahiliah dan bertentangan dengan agama.
Mengaibkan pelajar, membahasakan mereka dengan bahasa sukhriyyah (sarcasm), mengancam, mengherdik, membaling pemadam papan putih, apakah semua itu ada sandarannya pada amalan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam? Apakah ia diamalkan di dalam sistem pendidikan Baginda? Apakah sekolah yang melahirkan al-Ghazali, al-Shafie, Ibnu Sina, al-Farabi, Ibn Taimiyah atau Badiuzzaman Said al-Nursi mengamalkan cara sedemikian rupa?
Ini persoalan yang amat kritikal.
Di dalam metod Khalifah, murid-murid dididik untuk menjayakan tiga matlamat pendidikan iaitu:
  1. Choose to be good (memilih untuk jadi baik)
  2. Help others to be good (membantu orang lain untuk jadi baik)
  3. Keep the physical world good and pleased by Allah (memelihara persekitaran fizikal agar berkeadaan baik dan diredhai Allah)
Dalam tiga matlamat itu, perkataan yang paling mahal adalah CHOOSE.
Memilih untuk jadi baik.
Ramai murid sekolah kita baik semasa di sekolah. Tambahan pula yang persatuan agama dan aktiviti keagamaannya sihat. Mereka terus sihat apabila dikurniakan rezeki selepas tamat SPM, menuntut di universiti yang berada di lokasi yang kuat aktiviti Islam di sekitarnya, sama ada dalam negara atau luar negara, negara Arab atau negara Barat.
Tetapi dalam banyak keadaan, sebaik sahaja tiada persekitaran yang memprogramkan kebaikan itu, anak murid keluaran sekolah baik-baik ini hanyut. Kita menyebutnya bukan dengan bangga atau gembira, malah dengan dukacita dan sedih pada memikirkannya.
Soalnya mengapa?
MEMILIH untuk jadi baik amat berbeza daripada TERPAKSA jadi baik atau DIPAKSA menjadi baik.
Untuk seseorang itu MEMILIH menjadi baik, ia bukan bergantung kepada APA YANG DIAJAR atau DI MANA DIA DIAJAR tetapi amat berkait rapat dengan BAGAIMANA DIA DIAJAR.
Mendidik anak, mendidik anak murid, jangan hanya pada Islamnya apa yang diajar. Tetapi sangat penting untuk menentukan keislaman cara ia diajar.
Di sebuah sekolah agama, yang mengajar subjek agama, mungkin Jahiliahnya ialah pada PEDAGOGI.
Yang memusnahkan segala-galanya.
HASRIZAL
43000 BSP