Monday, December 23, 2013

saki baki hidup yg x tau berapa lama lagi

pukul 4 pagi dah terjaga... pastu termangu depan meja...

entah kenapa susah tul nk lelap mlm ni
....mungkin sbb hidung tersumbat dan tekak sakit gara2 minum sirap limau sejuk 
....mungkin sbb siang td dah dpt tido se'ilan kot
....mungkin sbb rindu kat en.epol [ni bukan mungkin lg, tp mmg betul]
....mungkin sbb 'Dia' kejut soh buat solat taubat takpun mengaji

hmmmmmm

sejak dua menjak ni sebenarnya kerap terfikir pasal nk move on
move on to new phase of life
bila umur dah masuk 3 series, aku dah x byk lagi nak dikejarkan..
keje dah separuh puas... dapat suami pun elok2 saja... anak2 pun so far alhamdulillah... surrounding pun ok
kejarkan redha Dia je yg x cukup lagi

move on kat sini bukan sekadar spritual... 
fizikal pun nak jugak.. nk buang lemak2 tepu yg ada ni so that bleh pakai baju lawa2.... 
bajet nk jadi wanita anggun lg bersantun.. muahahaha..

org kata kalu dah terdetik dalam hati nk berubah [pd kebaikan]... buat la cepat2..
jgn ditangguh.. takut2 tu seruan yg terakhir utk kita
ish seram pulak tiba2

aku x takut nk berubah.. cuma takut x leh istiqamah
buat sekejab je... pastu blk pada asal
susah tul nak dapat 'kekuatan' bila tang nak wat benda baik2 ni kan...
hai la setan... p kacau org lain la.. jgn kacau aku wei!!

Insan tidak boleh berputus asa dengan hidupnya. Tidak boleh berputus harap terhadap masa depan yang berada di tangan Tuhan. Rahmat Allah itu sangat luas, DIA tidak pernah mensia-siakan sesiapa benar-benar ikhlas ingin kembali kepadaNYA. Allah itu bukan sahaja menerima taubat bahkan memberikan pelbagai anugerah kepada orang-orang yang kembali kepadaNYA dengan pelbagai anugerah yang istimewa. Di samping DIA kadang-kala menguji keikhlasan dan kesungguhan hamba-hambaNYA yang kembali kepadaNYA itu, DIA juga membuka pelbagai pintu yang tidak disangka dan diduga.



hai hati... bertabah lah.. chaiyok2

No comments: