Thursday, July 26, 2012

Kapal tangki milik MISC [Bunga Alphinia] terbakar di Labuan

Kapal MISC terbakar: Seorang maut, lima hilang
LABUAN 26 Julai - Seorang maut manakala lima lagi anak kapal masih hilang selepas kapal milik MISC yang membawa methanol meletup dipercayai akibat di panah petir berhampiran jeti Petronas di sini awal pagi ini.
Mangsa yang maut ditemui dalam keadaan rentung di bahgian dek kapal berkenaan.
Kejadian itu turut menyebabkan dua lagi anak kapal mengalami kecederaan dan kini dirawat di Hospital Labuan. - UTUSAN

Kapal tangki milik MISC terbakar di Labuan
KUALA LUMPUR 26 Julai - Sebuah kapal milik MISC Berhad yang membawa bahan kimia dan minyak sawit terbakar di Labuan, awal pagi ini.
Kapal "Bunga Alpinia" mempunyai dengan 38,000 DWT IMO II itu mempunyai 29 anak kapal yang terdiri daripada 23 rakyat Malaysia dan enam Filipina.
"Pada masa ini, 24 anak kapal telah selamat dibawa ke pantai," katanya.
Kapal tersebut berada bersebelahan terminal Petronas Methanol Sdn. Bhd. apabila kejadian itu berlaku kira-kira 2.30 pagi.
"Tiada butiran lanjut mengenai kejadian diperoleh setakat ini," kata kenyataan itu.
MISC berkata, semua pihak berkuasa telah diberitahu mengenai kejadian itu dan pihaknya sedang bekerjasama untuk memberi bantuan yang sewajarnya. - UTUSAN


Kebakaran kapal Bunga Alpinia: 1 mati, 4 masih gagal ditemui 
LABUAN: Seorang krew kapal Bunga Alpinia yang meletup ketika memindahkan minyak, Sharil Azmi Baharuddin, 28, disahkan maut apabila mayatnya ditemui dalam keadaan rentung, menurut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
Empat lagi mangsa, Muhammad Azrin Khansani, 20; Mohd Hanafi Kalil, 24; Zahari Hassim, 46; dan warga Filipina, Errol Calauan Colangay, 32, masih gagal ditemui. 
Kapal tersebut berada bersebelahan terminal Petronas Methanol Sdn Bhd apabila kejadian itu berlaku kira-kira 2.30 pagi. - harian metro



  

  
pics : pok cik googles

.......................................................................................................................................

Tadi call K.biah.. baru tau yg ada kapal MISC terbakar kena sambar petir. Katanya about 1km jaraknya dr kapal yg wak din stay... melalak jugak kakak aku pagi td. but alhamdulillah....nasib baik xde apa2 jadi. x kena pun ngan kapal yg wak din stay tu

hmm, kalu aku kat tmpt dia pun sure aku melalak gak, sambil tgn dail no si yazid mintak update... huhuhu... dijauhkan lah benda2 camni. but itulah risiko jd org minyak. mmg la mana2 tmpt keje pun ada risiko... but kat vessel/platform.. chances for xcident, lanun, etc lg tinggi berbanding kat darat dan u must have a knowledge+skill utk selamatkan diri. lagilah tmpt keje en epol  tu. platform2 kat sana tu lagi tua dr dia [kecuali tangga barat]

sobab tu lah kena SAFETY COME 1ST. n jgn lupa amik insurance..


loves,