Saturday, March 19, 2011

Kitchen Cabinet - Counter Top

entry ari ni masih pasal kitchen cabinet...bukan pasal contractor, tp pasal counter top. w/pun ramai yg dah tau apakebenda aku nk tulis ni tapi masih ada yg x tau kot *termasuklah aku*. these info aku amik dr majalah LAMAN, teks by Marliana Shamsuddin. pictures...semestinya dr cik google..

GRANITE - Tahan lasak, kalis calar, kalis terbakar dan warna yg x pudar. Sesuai untuk semua jenis konsep dapur either moden @ tradisional. 
  

SOLID SURFACE - Orang suka material ni sebab ianya kemas tanpa kesan sambungan dan ada pelbagai warna untuk dipilih. Customer cuma bg ukuran counter top yg nk dibuat, then kilang akan potong material exactly yg direquest...so, hasilnya mestilah cantik kan? yg x bestnya ia sgt mudah calar.

  

JUBIN SERAMIK - Tahan lasak, mudah dibersihkan, kalis calar, tahan panas, ada pelbagai pilihan warna dan corak. Untuk type ni, make sure monitor keje2 installation. kalu jenis contractor yg nk untung lebih, sket je dia tepek simen..pastu tampal pun jarang2.. cam ni gaya, setahun dua je la counter top tu cantik. 
 
 

KAYU BERLAMINA - Ianya dibuat drpd kepingan kayu yg dibalut dgn plastik sintetik berkualiti tinggi. Perlu digunakan dgn lbh cermat esp kat area sinki.
 
 

STAINLESS STEEL @ KELULI TAHAN KARAT - Tahan lasak, tahan panas dan mudah dibersihkan. Sinonim ngan gaya dapur industri...cam dlm rancangan Top Chef tu.. sayangnya ia cepat calar..
  

QUARTZ - Tahan lasak, kalis calar, tahan panas, tahan hentakan dan tidak mudah pecah. rupa dia cam sket lbh kurang ngan granite...so kenalah tanya tul2 ngan contractor.
  


me, myself