Thursday, June 05, 2014

online shopping kat tesco

ni cerita 2 hari lepas ^_^

actually bulan ni aku cam lmbt sikit g belanja brg dapur
reason why? tak larat sbb perut dah makin besar.. dan mcm x berdaya nk tolak trolley yg pastinya akn penuh dgn groceries + melayan perangai yg 3 org ni..
kalu aku nak tunggu en.epol balik baru g belanja... cam dah lmbt sgt kot..

so ari selasa lepas.. aku pun dok gatal2 google promotion kat giant, tesco, econsave, hwa tai, etc..
eh.... kat tesco bleh order online lah..
pastu nampak diapers fitti tersangat la murah dr biasa.. cuma $23 instead od $30+
tp takkan la nk beli tu je...
lgpun skang tgh ada promo free delivery charges kalu beli $150 and above.

dah alang2 cenggitu.. aku pun amik list brg yg nak beli, tgk2 kat e.shop tu apa yg dia jual.
ok, brg yg aku nk semuanya ada. before decide nk membeli tu, aku compared kan dulu dgn tmpt2 lain.. hmmm, not bad. harga masih reasonable bagi byk brg

so, meh le kita cuba nasib shopping kat sini.



<<<   step dia camni   >>>

[1] pergi website http://eshop.tesco.com.my/

[2] REGISTER. masukkan lah semua details yg dia mintak.. dnt worry.. the process wont take long, dalam 5 minit kot. yg dia mintak pun setakat benda basic i,e nama, alamat, contact no, etc
jgn lupa isi sekali no tesco clubcard kalu ada so that boleh dapat point.

[3] SIGN IN dan START SHOPPING

[4] bila dah selesai msk kan semua brg yg kita nk kat dlm trolley (add in trolley), pegi kat BOOK A SLOT. Kat situ bleh pilih masa dan tarikh. delivery time is starting at 10.00am to 10.00pm.. dan range delivery charges dr RM6 ~ RM10. pastu bleh la checkout.

later, aku received notification email dr tesco pasal the order.

mcm ari tu, aku pilih antara jam 4~6pm. dalam kul 5 tu dorang ada call utk confirmkn either ada kat umh atau takde. dan x sampai setengah jam dorang dah sampai.

[5] PAYMENT dibuat either guna debit @ credit card. dorang x carry cash.
dan ianya dibuat once barang dah ada depan mata



lain2 hal.. 

lets say brg yg diorder tu takde, dorang akn bwk brand yg lain as a substitution item. yg ni kalu kita nk, kita amik.. kalu x mau, bleh reject dan dia akn deduct dr bil.

overall, the process sgt mudah.. x complicated langsung.
yg penting dia cam selamat sket sbb ko bayar bila ko dh received brg.. tang tu yg aku paling suka :D
ada lagi satu...
ari tu dapat 2 free gift. selain drpd free delivery... aku dapat 200ml baby bath brand tesco (wangi bau dia) dan 4 keping legoland resort voucher (rebate worth rm40/voucher).


free gift dapat... minyak x habis... penat tolak trolley pun x rasa..
best kan?

Tuesday, June 03, 2014

Friday, May 30, 2014

cookies | biskut sagu cornflakes


ianya senang dibuat, rangup, kurang manis dan sedap.
thanks to resipicitarasawan. 1st time cuba resepi dr blogger ni.


based on gambar tu, ada 2 version..
satu letak m&m.... so bila dah habis, aku mixkan adunan dgn choc chip..
next time kalu nk buat yg letak choc chip, better pakai brown sugar dan letak sket serbuk koko.. ok?

anyway, ni resepi version sabasalbi
ari tu masa kat bakery dah amik serbuk badam, tp casher tu mungkin lupa masukkan dlm beg plastik..


bahan2 dan cara :

pukul sampai berkrim guna mixer bhn2 ni
[ 200gm mentega* + 20gm shortening + 100gm gula icing ]
*kalu marjerin, guna 180gm

then masukkan
[ 180gm tepung gandum + 100gm tepung sagu + 50gm cornflakes yg dikisar sdg2 halus ]
uli jadi doh sampai ianya x melekat kat tangan

rehatkan sekejab dlm 15-20 minit
pastu baru bentukkan jadi bulat dan tekan m&m kat bhgn tgh2
bakar 150C ~ 20 minit [ guna api bawah je ]

adunan ni dapat dlm 85pcs kalu guna measurement spoon 1/2tbs

Saturday, May 24, 2014

tips | membuat biskut yg rangup dan sedap ~ chef norzailina


copy.paste dari chef norzailina


Ada beberapa tips untuk mendapatkan biskut yg rangup dan sedap:


1. Panaskan ketuhar 10-15 minit sebelum membakar biskut.

2. Gunakan api bawah saja untuk membakar biskut. Lazimnya, suhu adalah 175 C-180 C.

3. Jika menggunakan api atas dan bawah serta kipas, turunkan suhu sebanyak 20 C menjadi 150 C-160 C (sekiranya suhu dalam resepi adalah 170-180 C).

4. Tambah sedikit tepung gandum jika adunan terlembik atau terlekat di tangan.

5. Tambah sedikit marjerin atau mentega jika adunan terlalu keras dan berderai atau sukar bersatu menjadi doh.

6. Adunan yang mempunyai bahan seperti oat, kacang atau emping jagung selalunya agak lembik selepas diuli tetapi akan keras bila dibiarkan lama.

7. Tutup adunan yang sudah diuli sementara menantikan masa ia dicanai.

8. Jika tin pembakar dialas dengan kertas silikon atau foil, tidak perlu dilengser dengan marjerin.

9. Gunakan marjerin untuk melengser, bukan mentega kerana mentega mudah hangus. Bahagian dasar biskut akan menjadi pahit jika hangus.

10. Bila menyapu kuning telur di atas biskut, pastikan tiada yang tertumpah ke atas tin pembakar kerana ia akan mudah hangus dan biskut melekat di tin.

11. Sebaik saja masak, ubah biskut ke atas redai supaya ia mudah sejuk. Jika dibiar, wap akan terkumpul di bawah biskut dan menyebabkannya tidak tahan lama (cepat berkulat).

12. Letak sedikit gula di dalam balang biskut supaya ia kekal rangup.

13. Letak paket berisi ‘silica’ agar biskut tahan lama dan tidak berkulat.

14. Adunan yang tidak habis dibuat boleh dibungkus kemas dan disimpan di dalam peti sejuk. Keluarkan dan biar lembut semula sebelum dicanai.


resepi | murtabak segera di pagi hari

ni menu utk sarapan pagi tadi... sedap jugak kalu nk wat utk minum ptg

bagi yg dah x larat nk makan jemput2, nasi lemak, mee goreng, roti canai, lempeng, etc... murtabak instant ni considered agak ringkas, mudah dan sedap. ada byk resepi boleh di google tp yg aku berkenan cuma yg ni dari MAT GEBU. 

sebenarnya mcm kena wat kerja 2x... tp ianya x amik masa lama pun. within 1/2 hour dah bleh mkn



resepi [ my version ] ~ hidangan utk 3 org dewasa + 3 bdk kecik


celurkan 3.1/2 keping mee segera - ketepikan

tumiskan [ bwg putih + sikit halia + bwg merah yg ditumbuk ]
masukkan [ lada kering yg dikisar + serbuk kari ] tumis sampai garing
masukkan [ sedikit air, kiub daging knorr, ayam, daun bwg dan mee segera ] 
masak sampai jadi cam mee goreng

bila mee dah ready, masukkan [ 7 biji telur yg dah dikocok + sikit garam + lada putih ] gaulkan sampai rata
then boleh masukkan kat magic pan. masak dalam 5 minit, pastu terbalikkan magic pan tu, masak lagi 5 minit.

biarkan sekejab dalam magic pan then baru bleh hidang.
kitaorg makan dengan sos cili.. bdk2 ni pulak suka letak mayonis sekali

Tuesday, May 13, 2014

resepi | sepatutnya ia adlh donut yg gebu + ringan

sepatutnya la..
tapi bila tangan yg x reti menguli ni yg buat... ianya jadi lembut di dalam tp garing di luar.
sungguh la x mcm donut cik jemah kat simpang depan umh sana.

seriously... ni la kuih yg x reti2 aku buat dr dulu. mcm2 resepi dah cuba tp x gebus.
huhuhu.. resepi x salah... tangan ni je yg kena praktis menguli lebih sket.
kesian adam.. entah bila ibu dia nk reti buat donut lembut + gebus.

anyway, kat bwh ni adlh resepi yg mudah.. dan x byk bahan [ke mmg ni je la bhn wat donut].
resepi diambik dr IzahMuffinLover. 



bahan2 dan kaedah membuat

[ 250gm tepung gandum + 1.1/2 sdk yis kering ] ~ gaul rata
then campurkan ~ [ 50 gm gula + 2 biji kuning telur ] ~ gaul rata
masukkan ~ [ 50ml minyak masak + sedikit garam ] ~ gaul rata
masukkan [ 50-60ml air sejuk dr esbok ] sikit2 sambil uli sampai doh jadi lembut dan x melekat di tangan + mangkuk

rehatkan doh dlm 30 minit @ sekali ganda. pastu tumbuk2 kuarkan angin dan terap @ wat bulat2 manually. tak nak tebuk tengah pun ok
rehatkan another 30 minit... then boleh goreng dlm minyak yg sedang2 byk [ jgn kedekut minyak!!! ]
dengan api yg kecik je

dah siap pun...