Sunday, August 31, 2014

epilogue : my 4th pregnancy ~ extended breech

january 2014
one month sangkut... semangat g pharmacy beli tester..
alhamdulillah, positif. lets start eat healthy foods [sepatutnya x pregnant pun kena mkn mknan sehat :p]

may 2014
start bukak buku kat klinik hijrah. 
ada g KK hari tu, kekonon nk wat buku pink. but bila response dr nurse kat sana mcm nk mintak penampar... takpe la. kita g je la klinik biasa. memang dah decide nk wat monthly check up kat private pun kan. so tak kecik ati sgt la dgn KK. hehe..... plus dah biasa dgn dr. mahzan.

so far, mmg xde mabuk or mengidam. kechek pun ok... takde lah mengaruk sangat. 

june 2014
dah masuk week 28. so far so good cuma kena kuatkan semangat mengadap keje rumah + perangai org sekeliling. dengan tahap kesabaran yg x seberapa ni.... harap2 baby ni x bad tempered mcm ibu dia.

scan baby... insyaAllah baby girl. moga2 confirm baby girl sampai dia lahir nanti.. dapatkan kakak kawan main doktor2 dan masak2.. 

july 2014
dah masuk week 32. perut pun makin besar.... tengok timbang pun takut. huhuhu... mcm mana la nk tukarkan jarum tu dr angka 7 ke angka 5... 

bila masuk week 34, dr. mahzan advice yg baby dlm kedudukan songsang... jenis frank / extended breech [ definition ]. but doktor kata jgn risau sgt... still ada time dan space utk baby ni berpusing. 
this time nye pregnancy, akunya V kerap sakit yg amat... so ari tu doktor bagi injection utk kuatkan paru2 baby in case kalu baby yg ni pun nk kuar awal mcm kakak dia.

august 2014 ~ week 36
my last chek up with klinik hijrah. the baby still x berpusing... doktor mahzan tanya nk bersalin kat mana sbb dia nk issue refer letter for further check up. aku ngan epol mulanya nk g KPJ... tp bila survey harganya.. terus rasa mcm... mak oiii! x worth kot nk invest duit 3/4k kat sana. hahaha... then survey kat penawar, rate nya masih reasonable.. utk normal baru 2k.. inclusive staying 2D1N kat bilik 6 bed.

august 2014 ~ week 37
check up dgn dr. hasmah di penawar. masuk je terus scan..... yup. considered baby is in a final position + baby di estimate kn seberat 3.4kg.... my only option is Cesarean. the doktor soh pilih tarikh utk wat operation.. dia advice yg aku cuma ada 1 week je lagi.
terus aku terdiam.... nk nangis pun ada jugak... time ni la aku rasa, bagusnya kalu en.epol ada dgn aku skang. but what to do.. he has to work. sabar la hati... sabar ye...
sampai je umh... aku hantar email kat epol ckp dia kena blk jugak. kebetulan dia pun tgh stress kat sana... sblm aku mintak dia blk sini... dia dah booking chopper siap2..


the only gambar during this pregnancy 
pasni kena gigih turunkan berat... hwaaaaaaaa!


ni masa kat penawar. lama giler menunggu, nasib baik datang lewat. 
patient x ramai pon, but since most of them nk jumpa dr. hasmah... maka meh la tunggu jugak sampai mengantuk.


august 2014 ~ week 38.1808714
aku ngan en.epol wat decision g HSI... g serah diri dan tgk apa yg doktor kat sana bleh advice.
kebetulan masa datang tu doktor pakarnya [dato' dr. ghazali] tgh round bilik saringan.. then dia scan baby..and advice :

extended breech bleh bersalin secara normal. risikonya sama cam bersalin kuar kepala dulu instead of kuar punggung bagi kes aku ni. but, dia bagi option (1) tunggu contraction / kuar tanda baru dtg semula ke hsptl utk bersalin.. dan option (2) esok datang semula utk cuba pusingkan baby. when it comes to worse case, baru bleh caesar. selagi bleh normal.... hospital akn bantu utk bersalin secara normal.

ok, noted.

august 2014 ~ week 38.190814
pepagi lepas siapkan apa yg patut kat umh, kitaorg g hospital. sampai sana around kul 9 lbh jugak... hahaha.. nasib baik x kena marah dgn nurse. dia suruh dtg kul 7.30am sebenarnya. sampai je.... nurse terus mintak dok dlm bilik saringan, wat CTG sementara tunggu MO datang.

dalam kul 10.45am tetiba aku dengar bunyi POP!... owh, baby mmg nk kuar ari ni. air ketuban dah pecah.. banyak giler air keluar. sampai basah katil.. bila bgtau doktor, dia arrangekan katil yg lain sbb kat situ xde scan machine. since labour room belom ready, aku kena stay dulu kat bilik saringan.. that time, contraction baru 10 mnt sekali.. lagipun aku lg rela dok kat blk saringan @ ward berbanding kat labour room...

then dalam kul 11am lbh baru dorang hantar g labour room.. ok, blk nya bukan bilik biasa yg aku pernah masuk. mungkin standby kot, manatau tetiba ada mslh senang dia nk wat operation. this time punya contraction... sgt la sakit. ke sbb dah 3 thn aku x rasa, tu yg rasa semacam je. hoho... nasib baik la within 2 hours aku dah selamat keluarkan baby.. kalu lagi lama, x tau la nk ckp mcm mana. 

experienced kali ni berbeza. kalu sblm ni, bila kepala baby dah lepas kuar..... other parts will be out smoothly. since yg ni punggung kuar dulu.... bila tang sampai bahu, sampai kepala... semuanya aku kena teran. kalu x teran, mmg stuck la kat situ.. dan kali ni jahitannya banyak... ni dah seminggu lbh x baik2...

dan beranak kali ni baru realise yg sapu luka guna ubat luka [yg kuning tu], lg efektif berbanding guna minyak gamat... punya la lmbt baru tau...

aku pindah ke ward dalam kul 3pm... pastu nurse tu terus ckp... "puan rehat sekejab, pastu bgn tukar pad dan g check luka kat blg...." aku mcm???? ko nk soh aku blk hari ni jugak ke.. dalam sejam lepas tu, sorang lg nurse soh aku g blkg lagi... aku diam je... kebetulan pastu aku staff nurse masuk, aku pun ckp yg mlm tu aku nk stay kat hospital. aku mintak discharge esok je... hmmmmm, staff nurse tu bgtau yg skang ni kalu dlm masa 6 jam ibu dan baby dah ok [ibu boleh bergerak, xde rasa nk pitam dan baby dah buang air]... both can be discharged. kalu dulu kan kena tunggu either pagi atau petang. skang ni, malam pun bleh discharged...



august 2014 ~ week 38.200814
aku blk umah dalam tgh hari... since jahitannya byk so movement pun sgt terhad. 
pantang kali ni sgt merdeka... hahaha.. in terms of food la. awal2 tu en.epol yg masak @ beli kat kedai... lama2 tu aku amik balik semula my dapur.. so bila ai yg masak.... sesuka hati la kan. kih3... tp masih sedar diri lagi. takde lah aku main larong je semua benda aku ngap..


*************************

anyway, this is our 2nd princess.. nur zara athirah a.k.a cahaya menuju kemuliaan.. lbh kurang la tu maknanya. doktor estimate beratnya dalam 3.2kg.... sekali dia kuar, 3.5kg daaa.... sikit lg nk sama berat dgn adam. alhamdulillah, masa dia kuar tu dlm keadaan bersih, sbb baru beberapa hari lepas aku minum air kelapa dan bantai minum soya berkotak2. 


dan athirah ni rasanya cerah sket berbanding ana ijah.. bagus la. 2 org cerah, 2 org lg gelap sket.. sikit je gelapnya.. so, jgn gaduh2 pasal warna kulit ek.  


my mr. mama. should thanks to him for his dedication.
kih3..... baru tau betapa 'relax'nya dok umah..


Saturday, August 16, 2014

cara berpantang utk yg kena caesarean

copy n paste : bidan bersalin

Berpantang selepas pembedahan caesarean agak berbeza daripada berpantang selepas bersalin normal. Sesetengah amalan ketika pantang yang dilakukan wanita yang bersalin normal mungkin tidak sesuai oleh wanita yang bersalin melalui pembedahan.

Namun dalam kedua-dua keadaan, penjagaan berpantang selepas bersalin amat memerlukan sokongan ahli keluarga yang lain mahupun pasangan sendiri. Dalam mengikut amalan itu, ketahuilah had diri anda sendiri supaya amalan itu tidak memudaratkan diri.

Mungkin anda berasa letih dan tidak mampu untuk menangani tanggungjawab baru sebagai seorang ibu. Usah risau kerana anda tidak berseorangan dalam hal ini. Bagaimanapun jika perasaan itu terus menerus menghantui anda, cuba luahkan apa yang anda rasa kepada seseorang dan minta bantuan mereka.


Sebelum Meninggalkan Hospital
  • Setelah sehari terbaring selepas pembedahan, katerer akan dicabut dan anda digalakkan untuk bangun sendiri ke tandas. Berjalan seawal yang boleh bagi melancarkan peredaran darah - untuk ke tandas mahupun ke nurseri. Berjalan secara perlahan-lahan dengan badan anda ditegakkan. Sekiranya bahagian yang dibedah itu terasa sakit, gunakan tangan anda untuk menampung sedikit bahagian perut.
  • Doktor juga akan bertanya sama ada anda sudah membuang angin atau tidak. Ini bagi memastikan pembedahan tersebut tidak mempunyai sebarang masalah. Kali pertama membuang air kecil selepas keterer dicabut mungkin agak menyakitkan dan anda boleh bertanya kepada jururawat cara untuk mengurangkan ketidakselesaan ini.
  • Sebelum dibenarkan keluar hospital, doktor akan membuang benang jahitan dan menyemburkan selapisan bahan seakan getah yang tidak telap air bagi memastikan luka pembedahan itu tidak basah (dan menyebabkan jangkitan). Gunakan tuala wanita untuk menampung darah nifas yang keluar semasa uterus mula mengecut.
  • Sekiranya anda keluar berjalan-jalan dengan bayi, lebih baik untuk anda menggunakan kereta sorong bayi daripada menggunakan ambin atau sarung bayi di depan badan anda bagi mengelakkan tekanan pada bahagian perut atau bahagian yang dibedah.

Senaman
  • Tangguhkan sebarang senaman abdomen sehingga 4 hingga 6 minggu selepas bersalin.
  • Elakkan daripada mengangkat dan membawa barang berat.
  • Apabila ingin bangun dari kedudukan berbaring, mengiring ke sisi dan gunakan lengan anda untuk menolak badan anda ke posisi duduk.
  • Urutan lembut pada parut pembedahan dapat mengurangkan perekatan kulit dan mengurangkan ketidakselesaan.
  • Sekiranya anda ingin terbatuk atau terbersin dalam masa beberapa bulan selepas pembedahan, letakkan sebiji bantal merentangi perut dan tekan perlahan-lahan untuk memberi sokongan pada parut dan mengurangkan rasa tidak selesa.
  • Kurangkan aktiviti anda di rumah. Jangan mengangkat sesuatu yang lebih berat daripada bayi anda dan elakkan daripada melakukan kerja-kerja rumah.
  • Kadar pengeluaran darah nifas boleh berubah mengikut masa dan boleh meningkat jika banyak aktiviti dan kerap bertukar kedudukan. Gunakan situasi ini untuk menentukan sama ada anda sudah terlalu banyak melakukan kerja.
  • Minum banyak air untuk memastikan badan anda cukup hidrat dan makan makanan berkhasiat untuk mengembalikan tenaga dan mencegah sembelit.
  • Susun segala keperluan dan pakaian bayi berhampiran dengan anda supaya anda tidak perlu terlalu kerap bangun dan duduk.
  • Awas jika anda demam atau sakit, itu mungkin tanda anda terkena jangkitan.

Penjagaan Emosi
  • Gunakan lebih banyak masa untuk menjalin hubungan dengan bayi anda.
  • Sekiranya anda sukar menyusukan bayi selepas pembedahan, minta nasihat daripada pakar penyusuan untuk membuat diri anda lebh selesa.
  • Ketahui bahawa anda mungkin memerlukan lebih masa untuk meredakan emosi selepas pembedahan, terutama jika ia dilakukan dalam situasi kecemasan.
  • Jika anda mempunyai sebarang perasaan negatif daripada pengalaman bersalin itu, bincangkan perasaan anda dengan teman sokongan.
  • Andainya anda mempunyai sebarang persoalan mengenai kesihatan diri anda dan kehamilan anda seterusnya, minta penjelasan mengenainya daripada doktor anda. Ini dapat mengurangkan perasaan gemuruh anda untuk hamil lagi.
  • Usah segan meminta bantuan. Penjagaan fizikal yang lebih banyak selepas pembedahan boleh membuatkan anda berasa tidak berdaya, tidak mampu dan kesepian.

Perkara Yang Perlu Dielakkan
  • Hubungan seks sehingga doktor menyatakan selamat untuk berbuat demikian.
  • Menggunakan tampon atau pembersihan vagina.
  • Ketika mandi, pastikan kawasan luka bedah itu tidak terkena air, selepas seminggu, jika kawasan itu terkena air, lapkannya (anginkan menggunakan kipas) agar luka bedah betul-betul kering.
  • Kolam renang dan tab air panas.
  • Mengangkat barangan yang lebih berat daripada bayi anda.
  • Kerap turun naik tangga.
  • Bersenam, melainkan doktor anda mengatakan selamat untuk berbuat demikian.

Segera Berjumpa Doktor Jika:
  • Anda demam dengan suhu lebih 100.4 darjah farenheit.
  • Sakit kepala yang kuat bermula selepas melahirkan bayi dan tidak berkurangan sakitnya.
  • Sakit secara tiba-tiba pada bahagian perut, seperti lebam atau pedih.
  • Discaj vagina yang berbau busuk.
  • Sakit secara tiba-tiba pada bahagian yang dibedah, yang mungkin turut mengeluarkan nanah.
  • Bahagian bengkak, merah dan sakit pada kaki.
  • Rasa pedih semasa membuang air kecil dan darah dalam air kencing.
  • Muncul ruam atau gatal-gatal.
  • Pendarahan yang teramat banyak yang membuatkan tuala wanita lencun dalam masa sejam atau mengeluarkan darah berketul-ketul.
  • Rasa sakit, kemerahan dan pedih pada bahagian payudara yang mungkin diikuti dengan simptom seperti selesema.
  • Rasa bimbang, panik atau sedih.

Friday, August 15, 2014

bersalin... masa dah time

confirm... baby sorang ni nk suruh ibu dia kena caesar. 
so i have to think again either nk beranak kat penawar or HSI or HSA.

***********

okay.... hari ni aku siapkan breakfast awal gila.. masak nasi lemak. so kalu tgh hari x settle lg kat penawar, bdk2 ni bleh mkn nasi lemak utk lunch. disebabkn masing2 pagi2 dah buat drama, aku angkut sekali kakak jadi peneman. nasib baik dia ada... kalu x, bosan tahap gaban. takpun aku tertido kat sofa.

aku sampai sana dlm kul 9 lbh... masa tu aku org yg ketiga.. then the doktor sampai dlm kul 10 lbh... PA dia kata pagi tu doktor ada case.. mungkin dia tgh rehat.. untunglah keje spital private... kalu spital gomen... keje, keje,keje!!! 

actually kat penawar pasir gudang ni ada 2 doktor gynae.. dr.hasmah dan dr.idayu.
aku wat appointment dgn dr.hasmah.. aku pun tak tau what kind of doctor she is.... aku main petik je nama dia masa nk wat appointment tu. but she's ok... boleh je nk tanya apa2 kat dia.
[sila tanya byk2 sbb consultation fees dia bernilai RM100 ye]

so, masuk2 bilik doktor tu, terus scan.. huhuhu.. baby lom pusing. dan doktor kata agak susah utk pusingkan sbb baby besar [current estimation 3.4kg ~ rasanya baru last week berat dia 2.5kg] dan punggungnya dah ke bawah sgt.. mmg tunggu masa je nk kuar.

there's no other option for me.. meh la kita kuarkan baby through tingkap.
actually that time aku cam sedih gila... but sedapkan ati dgn ckp kat diri sndr... there must be a reason kenapa this time Allah bagi peluang aku rasa camner kena caesar.. just wait and see the hikmah disebalik ini semua.

dan bila dpt ckp ngan en.epol tadi.. i feel quite relief eventhough sempatlah jugak melalak sikit.
aku x sure what he feel right now... nampak mcm cool semacam.. tp x tau la.. kalu dia tunjukkan yg dia gabra cam aku, mungkin aku lg takut dan hilang semangat. 
so, insyaAllah esk dia blk... yeaaaaaay!

btw... tadi dah bgtau kat org2 disekeliling aku yg aku akn bersalin before next friday.. 
most of the things pun dah well prepared.. insyaAllah either ahad or isnin ni [subject to en.epol] aku akn menyerah diri kat HSI.. kalu dia kata admit... redha je la.

tadi pun aku dah ckp ngan bdk2 tu yg aku nk g kuarkan baby... dah pun mintak maaf bagai sbb mak dorang ni kan lg garang dr Mak Kundur [bwg putih bwg merah].. 

so far dorang paham [kot] kecuali kechek yg.... "ibu nk bwk chekcok ek... chekcok nk ikut g spital".... alaaaa... comelnya ank bujang aku nih. 

adam je cam sedih bila aku kata.. "ibu pergi tau, tapi x tau bila blk. kalu x blk... adam kena jaga adik2 tau.. ingat pesan ibu selalu..."

so, all the best to me. tak tau lah sempat ke tdk aku nk google pasal camne nk jaga diri time berpantang nanti... harap2 ok. wish me luck and pray for me pls..

Thursday, August 14, 2014

apa yg nak disedia dan dibawa ke hospital

based on last check.up.. minggu ni aku dah 37w. by right aku dah bleh bersalin at anytime sbb baby dah cukup bulan. owh, sekejapan rasanya.

esk aku ada check up kat penawar dgn dr. hasmah... so we'll see apa yg dia akn bgtau.

this pregnancy ada issue sebenarnya.. masa week 34 ari tu, aku ada bgtau kat dr. mahzan yg aku kerap sgt rasa sakit kat bhgn v.. since aku dah ada history baby prem, dia bg aku 2 injection utk kuatkan paru2 baby incase of kali ni pun akn prem jugak. tp yg poyonya, lepas tu jaranglah pulak sakitnya.
mmg auta ibu dia ni tau..

other than that, masa week 36... baby still dlm position kepala kat atas... baby ni tak mau pusing.
dah la pregnancy kali ni aku cam cuak semacam.. pastu ni ada pulak possibility nk kena ceaser.. 
phewww.. lagilah takut.

bila ckp ngan mak2... dorang pun kata... ala, nanti time nk kuar nanti tau lah dia pusing dan cari jln keluar.. ye..ye.. mmg itu yg diharapkan.. baby pls start turn around ye.

doktor advice, kalu nk pusingkan baby yg songsang... cuma masa week 36 dan 37 je. other than that x boleh sbb bahayakan baby. tp mak bidan yg aku booking ni pulak kata.. sepatutnya aku bgtau lbh awal dari tu.. aku pun pening. last2 aku x g bidan pun. kata dr. mahzan, pakar yg kat HSI tu boleh pusingkan baby + lg save compared to kalu bidan yg buat.. tp masalahnya pakar tu lelaki... adoyai....

tgklah camne esk... untung2 baby ni dah pusing. takpun dr. hasmah tu tau camne nk pusingkan baby.

anyway, entry kali ni sebenarnya nk citer pasal persediaan [brg2] yg perlu disediakan utk baby n ibunya bila waktu dah dekat2 nk bersalin ni. sepatutnya sediakan lg awal... but ni kan ank no 4.. tinggal top.up2 apa yg patut je  ^_^


untk baby
  • pakaian ~ bedung, barut, towel, baju siang [short sleeves, romper], baju malam [long sleeves, jumpsuit], sarung tgn & sarung kaki, topi, sapu tangan [5~6 set cukup kot]
  • toiletries ~ sabun top to toe, lotion, bedak, minyak rambut, minyak telon, wet tissue, cotton balls, cotton buds.
  • others ~ new born diapers, alas getah, besen mandi, tungku, set tilam baby, bekas uri dan set utk susu formula kalu rasa2nya belum bleh bf kat baby



utk ibu nya
  • ubat2an utk dalaman ~ air gamat or pati ikan haruan or both, ubat periuk or herbal tea, jamu yg sesuai. mak biasanya buatkan aku air halia+kunyit+asam jawa utk 3 hari pertama slps blk dr hospital.
  • ubat2an utk luaran ~ tungku herba or tungku elektrik, param, tapel, pilis, minyak gamat, minyak panas / urut, mandian herba, daun sireh utk cuci bhgn V
  • pakaian ~ kain batik, t.shirt, nursing bra, pad, stokin, bengkung

utk dibawa ke hospital
  • ibu ~ sweater, towel, t.shirt, kain batik, nursing bra, stokin, pad, toiletries, instant drinks [dlm sachet], biskut or roti, termos, hp, wallet, kad kesihatan ibu
  • baby ~ kalu utk bersalin normal, biasanya x lama dok kat hospital... so bawak je la 3 set pakaian baby, diapers dlm 10 pcs. 1 set siap2 msk dalam beg plastik so senang bila nurse mintak


other than that, air selusuh. boleh wat sndr atau mintak bidan buatkan.... atau beli je minyak kelapa dara. 
tp aku dah x minum kot.
ingat lg masa nk bersalinkan adam... air selusuh tu aku letak dlm bekas air mineral... so lepas 3 teguk, aku tutup la botol tu.. ingatkan nanti2 nk minum semula. then aku start contraction but bukaan serviks still 2 cm... last2 ada sorang nurse tu tegur..

"dik.... ni air selusuh ek. lain kali kalu dah start minum, jgn ditutup. biar je terbukak. org2 tua kata, air selusuh ni pembuka jalan, so bila adik dah tutup botol ni... samalah jugak mcm adik tutup jln utk baby... tu org tua yg kata...."

ok, pastu aku terus x minum air selusuh. alhamdulillah, masih mudah everytime bersalin.


Sunday, August 10, 2014

raya 2014... cerita tanpa gambar

lama giler x update blog.. hahaha.. tapi takpe, takde org baca kan..

anyway,
bulan ramadhan dah pun berlalu. alhamdulillah, seccess xde ponteng sehari pun.. 
syawal je yg still on. tp this year takde hati sgt nk beraya sbb en.epol raya ketiga dia dah blk laut. balik sini semula 25hb nanti which is raya dah tinggal sehari dua plus aku pun tgh sarat kan.

yg best nya this year sbb mak raya kat umh ni, so all the siblings blk sini..
meriah la sikit rumah. walaupun x blk serentak.... tp syoklah.
budak2 ni pun suka.... pastu bila semua org blk, dorang mcm susah hati.. hahaha.. poyo!

as usual... gambar raya ank beranak mmg x ambik @ x sempat nk ambik 
selalu tau camni
aku rasa start next year aku nk wat mcm k.beso + yan... g kat studio terus masa raya pertama tu
ada je rasanya kedai yg bukak kat bukit dahlia ni
package pun x sampai beratus2 sgt kot
okay2.... kita cubalah ye thn depan

bak kata cik yan...
"usahawan yg berjaya adalah yg mempunyai gambar keluarga"
[so senang kalu nk msk majalah, gambar family dah ready]
lbh kurang gitu kot... ingat2 lupa aku

kitaorg gi umh skudai pun masa raya kedua..
raya 1st tu takdelah pack all the time, but ngah yg sampai 1st sekali, around kul 11am... then k.biah kul 12 lbh.. followed by k.peah, p.anjg, long dan de. last badge masa maghrib. aku pun masa tu mcm nk pengsan, ckp ngan k.sitah buatlah cam umh sndr. mmg dorang panaskan lauk, serve, mkn dan kemas sndr... huhuhu.. sorry ye.

esknya baru teh ank beranak. tu yg dapat lari g skudai.. kebetulan that day mak masak nasi lemak sbb adik beradik + ank sedara berjemaah dtg beraya.. pastu dorang datang beraya umh kitaorg pulak. nasib baik la x bersepah sgt... nak msk pun x sempat..
kuih raya je la jawabnya..

raya ketiga kitaorg g mandi laut kat tg. balau..
standardlah... tu je yg paling dekat ngan umh.. en.epol melayankan bdk2 tu sblm dia blk keje.
aku mmg takde la nk mandi.. pasni pun rasanya dah x kot unless stay kat resort tu. kalu terjah2 camni.. x mboh doh..
petang sket baru k.beso datang. tu pun dia lepak kejab je...

overall... raya kali ni best jugak walaupun penat.. [pernah ke time raya x penat] 

alhamdulillah... ukhwah antara siblings masih baik w/pun jarang jumpa sbb semua org dah ada komitmen masing2.
alhamdulillah walaupun dlm keterbatasan masa + tenaga, rumah is well prepared utk sambut tetamu.
alhamdulillah sbb masih punya suami yg byk membantu time2 mcm ni
[semangat en.epol replaced lampu liplap2 masa mlm raya... plus masak maggi mlm tu]
alhamdulillah sbb punya mak mertua yg paham menantunya x dapek nk nolong msk lauk raya