Sunday, June 16, 2013

selamat hari BAPA abah... i miss u

hari ni father's day... dah petang baru aku wish kat en epol. tu pun sbb dia nampak benda ni kat wall fb dia. huhu... moga dia x sedey dapat bini mcm aku... eh! mmg la lmbt wish tp dah dapat hadiah tgh hari td. kan kan kan??
hmmmm seingat aku, aku mmg x pernah sekali pun celebrate benda2 gini ngan arwah abah. 
jarak umur aku ngan abah tersangat la jauh. masa aku umur 12 thn, umur arwah dh 70 lbh. beza sungguh...

pernah sekali tu [mungkin jugak byk kali], masa g amik report card.... ada kawan menegur. 
"eh sab.. tu atok awak ke. ayah awak mana?"
aku tunduk.... diam aje. segan kot.
entah kenapa aku segan. bila ingat blk, cam nk lempang je diri sndr berjuta2 kali.

start dr time tu jugak aku ckp kat diri sndr.... jgn kawin lmbt. jgn dah umur 40 pun masih nak beranak lg.. kesian kat ank2 aku nanti.

x banyak yg aku ingat pasal arwah. dia meninggal slps 5 thn [mngkn lbh] kena stroke. mak kata x.ray dada abah hitam.. hisap rokok daun banyak sgt...

before arwah kena 1st stroke, dia ada mintak k.biah buatkan kuih keria... entah k.biah ingat lg ke tidak. 
dan a day before dia meninggal, masa tu aku kat asrama. entah mcm mana..... hari malam khamis tu aku cam terajin nk basuh cadar dan kemas beg awal2 [biasanya aku kemas beg blk kg lepas blk sekolah ari jumaat.... kampung aku kan 'jauh' dr asrama :p]... dan tidur mlm tu mmg terasa cam x tenang..  then around kul 3 [am] lbh kot k.peah dgn a.ai datang jemput aku. sepatah pun x berbunyi... but peliknya suddenly air mata aku turun berjurai2.....
alhamdulillah, mak kata abah pg dgn tenang.. xde masalah..

k.peah kata.....abah tu penyayang dan suka bdk2. dulu dia selalu main dokong2 dan main geli2 kat tapak kaki dgn abah. k.beso pulak bila ternampak lelaki cina tua [yg mukanya ada bintik2 tu...] dia kata dia mesti teringat kat abah...

mak citer yg abah dulu masa bujangnya kerja tangkap buaya... hebat kan? 
lepas tu g belayar... jadi assistant tukang masak. no wonder la dia pandai masak. aku suka abah punya lempeng. rupa lempeng nya ada sket2 mcm roti canai. sedap... dan abah pandai bertukang. rumah kat kg melayu tupun abah buat sndr dgn emak..

memori yg aku ada dgn abah...?
abah tolong ikatkan tali kasut masa aku darjah 1. then dia hantar g sekolah, jalan kaki sama2.... pastu aku eksen x mau dia hantar. aku cakap yg aku bleh g sndr....

masa abah dah meninggal tu baru aku rasa sedih. baru aku rasa nape lah masa hayatnya ada aku x jaga dia dgn baik. bila tgk ank2 sndr bleh bergurau + bergaduh dgn en epol... i wish i could remember if i ever had those experiences. but sadly, i cant recall anything. hu3...

betul ckp noe.jomblo..... bila dah xde, baru nak merindu.
pity on me kan.

No comments: