Friday, June 14, 2013

the invitation - pengalaman umrah 2013

date : 23.05.13 ~ 05.06.13
agency : cs holidays
route : JB - KLIA - Dubai - Jeddah - Madinah - Mekah - Jeddah - Dubai - KLIA - JB

************

ni gambar kat homestay hj amir + hjh zainab (LINK)
affordable, comfortable and only 15km from airport.
  






********************************

the journey is begin 
 
 

 
 
























okey...... tuan punya badan x mau jadi guest writer.. so, ni considered summary je la dr the whole journey.
  • pemilihan agency dan visa semuanya diuruskan oleh mak ton & k.ina. en epol kan tokei beso takde kat darat, so dia serahkan bulat2 kat dorang tu. thanks to them :D
  • barang yg dibawa : kain ihram 2 psg, baju putih pagoda 2 helai, jubah 3 psg, t.shirt 1 helai, seluar panjang 2 helai dan sepentot secukupnya. yg lain2 mcm towel, slack, kain pelikat, stokin, etc ada gak dibawak tp x guna pun. so, next time bawak yg perlu je... then blk nanti bleh msk brg2 lain *wink*
  • aktifkan ATM card for international usage. ini incase kalu tetiba rasa cash yg dibawak mcm x cukup. kat sana bleh kuarkan duit kat ATM bank al.radji. jgn kata ianya x perlu..... just be prepared, no harm pun.
  • en epol n mak wat umrah time pagi [around kul 9 pagi ~ 2 ptg] sbb kurang ramai org berbanding malam. suhu masa tu around 47 degrees. pergh..... sure hangit kan. but en epol kata walaupun panas dan berpeluh2, baju tak bau masam pun. lepas mandi bleh pakai baju tu semula... meh buat camtu kat mesia... mesti kena stare semacam. 
  • x yah risau pasal haus sbb air zamzam sentiasa ada dalam kwsn masjid. en epol pun sempat mandi air zamzam.
  • makanan yg disediakan mmg lbh dr cukup, cuma tekak bleh terima @ tak aje. utk yg cerewet pasal makanan, kena sabar banyak2 dan mkn je apa yg depan mata atau g cari tempat mkn lain. x leh merungut2 nanti Allah bayar cash.
  • sempat wat akikah utk kechek. 2 ekor kambing kat mekah harganya baru $740.00... siap sembelih dan masak. certificate pun ada dapat sekali.
  • en epol 2 kali hilang selipar. 1st kat madinah dan lg sekali kat mekah. yg kat mekah ni siap kena dam sbb dengan sengajanya pakai kasut mak. actually, tindakan refleks kot....... x sempat nk pk banyak sbb dah rasa lantai tu panas.
  • en epol belikan jubah utk aku. cantik dan merelip2... dia menawar dgn tuan kedai almost $100 sampai dipanggil bakhil. ha3..... [patutnya en epol jawab... ana bukan bakhil la, ana cuma berjimat]
  • for those yg terlebih shopping, charge yg dikenakan ialah $90/kg for any extra kg. max kg yg dibenarkan hanya 20kg per person.

**********************
eh.. tetiba ada org nk menulis pulak.
bacalah hasil karangan en.epol ni. sambil menaip dia gelak2..... terkenang la tu

  • Peristiwa 1 (Madinah)  
  • hari pertama kat masjid nabawi. selesai je 4 waktu bersolat, mulut ni cam tetiba gatal nk bercakap. "ha...mak tgok ni. epol tak yah susah2 nk bwk selipar dlm karung ni kehulu kehilir dlm masjid. epol letak selipar tu kat tangga pintu masuk sebelah kanan satu, sebelah kiri lagi satu . ahh...mesti xde sape nk amek la kalu dia tgok selipar tu sebelah je..best tak idea ni... "
  • hmmm, amek ko....lepas je solat isyak ...tgok2 selipar aku dah ghaib. dua2 belah x de. yg peliknyer aku boleh cari selipar aku tu dari satu pintu ke satu pintu a.k.a. bertawaf keliling masjid tp x jumpa terus. aku pon duduk kejab sbb penat mencari dan bajet nk beredar balik ke hotel. 
  • suddenly aku x ingat/tak cam pintu mana aku masuk awal tadi. aku dah mula panik...(padan muka aku). teringatkan pesan org2 yg dah pergi ke sini, bila terjadi apa2 kena byk2 beristighfar. aku pun duduk n beristghfar. dalam x smpi 10 min, aku pon bangun dan finally sedar yg pintu masuk utama masjid betul2 depan aku jer....(fuhh....lega rasa masa tu). terus aku beredar keluar berkaki ayam & g beli selipar lain.
  • moral?? jgn eksen even sekelumit pun. kengkadang kita rasa benda tu biasa2 je... rupanya ada unsur2 kurang baik kat situ.

  • Peristiwa 2
  • masa tu jam hampir kul 10 lebih...otw balik ke hotel selepas melalui peristiwa 1. tetiba dikejutkan dgn teriakan yg kuat seperti org naik angin & suara org meminta tolong. mmg hampir pon dgn aku...owh rupanya ada seorang warga emas tgh naik angin. x tau lah apa hal nyer. dan seorang lagi ahli keluarganyer kot tgh pegang tangan warga emas ni sambil cuba menenangkan dia. 
  • dia mintak tlg dr aku. ye ke tidak...ye ke tidak dlm ati aku. aku berani kan diri gak tlg pakcik yg sorang ni tangkap n pegang warga emas ni supaya dia x lebih agresif. mak datuk tenaga dia lagi kuat (dah dua org ni pegang dia...) 
  • "istighfar bebanyak pakcik2"...sambil tu aku mintak dia cerita kn apa masalah dia kot2 aku boleh bantu ke...apa ke...tak semena2 aku terbabit dlm ini filem...aku dituduh alim2 kucing... pembunuh la...pengkhianat la.. entah apa2 lg. ingat nk blah mcm tu je....tp filem x abis lg ni. mesti kena ada ending. jd bertahan jgk la aku ngan pakcik sorang lg ni...dalam bertahan2 aku ni, 3 4 biji penumbuk di hayunkn ke arah aku n pakcik sorang tu. kesian pakcik tu bertubi2 kena dan aku lak tak terlepas gak kena sebiji kat pipi kiri (aduhh....nasib baik x beralih dagu aku ke patah gigi aku ke..) - Cobaan..... x lama lps tu muncul isteri, anak dan seorang lg ahli keluarga warga emas ni. 
  • yg pelik nyer bila nmpk mereka ni, keadaan terus reda..terus OK........(kesimpulannyer aku rasa warga emas ni ketinggalan di belakang dr isteri, anak & ahli keluarga yg lain. that why dia dok kata org nk cuba bunuh dia nk ambil duit dia...) semua org beredar dr situ dgn tenang mcm x de apa2 berlaku...

  • Peristiwa 3 (Hotel Al-Shoadah, Mekkah)
  • mak ton :- Haji2... miqat2.. Tanaem...(tempat niat ihram paling hampir dgn tanah harram). 
  • Teksi :- RS70/= .  
  • Aku :- OK. 
  • Aku dgn confident terus naik sebelah depan kiri. tanpa menyedari yg semua kereta kat arab saudi ni lefthand side. lps semua org dah naik (mak ton, kak ina, tok pah dan mak) tak semena2 driver teksi tu berteriak kat aku... aku jadi confuse..3 4 kali dia berteriak kat aku tp aku wat tak tau je. driver tu cam gelabar semacam.. baru aku perasan yg aku duduk kat tempat pemandu dan dia sangka yg aku nk bawak lari teksi dia. pastu semua org ketawa berdekah2.

2 comments:

Anonymous said...

kenapa kena dam sbb pakai selipar mak.dikira mencuri ke.

sabasalbi said...

bukan sbb curi, tp lelaki kan x bleh pakai kasut.. mak punya kasut tu jenis yg bersarung.