Tuesday, February 19, 2013

resepi | ikan siakap tomyam

biasanya ikan siakap kita akn masak sweet sour or 3 rasa.
since nowadays agak mudah nk jumpa siakap sbb org tu rajin memancing, siakap ni haruslah dipelbagaikan. antara option yg ada.... bleh masak 'bakar tomyam', 'kukus halia' or bakar biasa cecah dgn sambal air asam. but yg mudah lg sedap dan cepat.... deep fried kan aje. serious sedap..... no wonder lah kat rahmat tu ada lauk 'bdk x pandai masak' ni. ianya sedap dgn syarat yg ikan tu mesti fresh la...

mula2 dulu aku x paham, nape lah org berpusu2 mkn siakap goreng kat rahmat tu. helloooooo.. nk siakap goreng camtu, kat umh pun bleh buat sndr. ni lg nk mkn kat luar..... skang dh tau.... so, x leh kutuk2 lagi. lalala......

anyway, resepi kali ni amik kat dapur JACK. lain dr yg lain jugak dan rasanya pun sedap.
cik jack, saya copy.paste kat sini ek.... thanks



Bahan A :
  • 1 ekor ikan siakap (bersih dan kelarkan)
  • 2 sudu besar pes tomyam
  • 5 helai daun limau purut 
  • 1 sudu besar jus limau nipis ataupun kasturi
  • 1 biji tomato (potong 6)
  • Aluminium foil
Bahan B : (semua bahan ini DJ kisar halus bersama 2 helai daun limau purut)
  • 2 tangkai cili merah
  • 5 biji cili api - nak pedas letak lebih
  • 3 batang serai
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit gula dan fish sos

Cara membuatnya :
  • Gaulkan semua bahan yang dikisar dan letak di dalam aluminium foil. 
  • Letakkan ikan dan daun limau purut. Kemudian bungkus kemas.
  • Bakar di dalam kuali di atas dapur selama 30 minit atau sehingga masak.. Boleh juga di bakar di dlm oven.
  • Perahkan limau semasa menghidang.
***DJ tumis bahan-bahan kisar terlebih dahulu sebelum digaul-gaulkan bersama ikan.





2 comments:

Amin Hafizy said...

sedap ikan siakap ni... tp cam mahal klu nak buli... seekor kadang2 sampai RM10...

sabasalbi said...

kat tmpt sy still around $7~$8/ekor.. tp biasanya tunggu hubby bwk blk dr memancing je.. :)