Monday, November 29, 2010

nak anak2 BIJAK

terbaca di FB yor...good to practice...
td kat radio IKIM pun ada citer psl komunikasi dgn ank2. yup, tanpa komunikasi yg betul sesebuah hbgn tu pasti x smooth. 
hmmm, ank br 2 org tu pun kekadang poneng kepala ibu ni. harap2 lps ni bleh spent lbh byk masa utk diorang. ada org bgtau, ank2 ni masa budak2 je melekat ngan parents. besar sket (darjah 4, 5.....) diorang lbh prefer kengkawan dr kita ibu ayahnya.


1.Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun-umbun  kepalanya sebanyak yang mungkin atau memadai 100 kali.
2.Membaca surah Al Fatehah 1 kali, Alam Nasyrah 1 kali
3.Bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. Percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.
4.Apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.
5.Ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita, misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.

source "ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA"