Showing posts with label foods. Show all posts
Showing posts with label foods. Show all posts

Monday, June 23, 2014

kuih org lama | talam cendol

first time berjaya wat kuih talam...
terima kasih la pd yg bg resepi ni... huhuhu.. sayangnya aku x ingat sape.
maklumlah...... time nk buat, time tu la baru m'google.. salin2 kat kertas pastu terus tutup pc


lapisan bawah

masak kan sekejab sampai nampak cam sedikit pekat
[ 200gm tepung beras + 1 sdb tepung jagung + 250ml santan pekat  + 450ml air 
+ 150gm gula + 1 sdk garam ]
then matikan api dan masukkan [ 250gm cendol ]

kacau2... masukkan dalam loyang dan kukus lbh kurang 25 minit, api sederhana.
bila dah masak, cakar2 guna garfu utk attachedkan dgn lapisan atas pulak.

lapisan atas

masakkan dan suam2kan
[ 300gm gula merah + 50gm gula kastor + 500ml air ]

then, masukkan campuran bahan kat bwh ni sambil kacau pakai pemukul telur
[ 150gm tepung gandum + 3 biji telur + 250ml santan + 1/2 sdk garam ]
masak sampai jadi sedikit pekat dan boleh tuangkan atas lapisan bawah tadi.

kukus dgn api sederhana dalam 30 minit.

sejukkan, potong dan suap kat dlm mulut.

*********

nasib baik bdk2 ni ikut perangai ibu dia yg makan semua jenis kuih..
tak kira kuih manis ke, pedas ke... semuanya dorang ngap..

Friday, May 30, 2014

cookies | biskut sagu cornflakes


ianya senang dibuat, rangup, kurang manis dan sedap.
thanks to resipicitarasawan. 1st time cuba resepi dr blogger ni.


based on gambar tu, ada 2 version..
satu letak m&m.... so bila dah habis, aku mixkan adunan dgn choc chip..
next time kalu nk buat yg letak choc chip, better pakai brown sugar dan letak sket serbuk koko.. ok?

anyway, ni resepi version sabasalbi
ari tu masa kat bakery dah amik serbuk badam, tp casher tu mungkin lupa masukkan dlm beg plastik..


bahan2 dan cara :

pukul sampai berkrim guna mixer bhn2 ni
[ 200gm mentega* + 20gm shortening + 100gm gula icing ]
*kalu marjerin, guna 180gm

then masukkan
[ 180gm tepung gandum + 100gm tepung sagu + 50gm cornflakes yg dikisar sdg2 halus ]
uli jadi doh sampai ianya x melekat kat tangan

rehatkan sekejab dlm 15-20 minit
pastu baru bentukkan jadi bulat dan tekan m&m kat bhgn tgh2
bakar 150C ~ 20 minit [ guna api bawah je ]

adunan ni dapat dlm 85pcs kalu guna measurement spoon 1/2tbs

Saturday, May 24, 2014

tips | membuat biskut yg rangup dan sedap ~ chef norzailina


copy.paste dari chef norzailina


Ada beberapa tips untuk mendapatkan biskut yg rangup dan sedap:


1. Panaskan ketuhar 10-15 minit sebelum membakar biskut.

2. Gunakan api bawah saja untuk membakar biskut. Lazimnya, suhu adalah 175 C-180 C.

3. Jika menggunakan api atas dan bawah serta kipas, turunkan suhu sebanyak 20 C menjadi 150 C-160 C (sekiranya suhu dalam resepi adalah 170-180 C).

4. Tambah sedikit tepung gandum jika adunan terlembik atau terlekat di tangan.

5. Tambah sedikit marjerin atau mentega jika adunan terlalu keras dan berderai atau sukar bersatu menjadi doh.

6. Adunan yang mempunyai bahan seperti oat, kacang atau emping jagung selalunya agak lembik selepas diuli tetapi akan keras bila dibiarkan lama.

7. Tutup adunan yang sudah diuli sementara menantikan masa ia dicanai.

8. Jika tin pembakar dialas dengan kertas silikon atau foil, tidak perlu dilengser dengan marjerin.

9. Gunakan marjerin untuk melengser, bukan mentega kerana mentega mudah hangus. Bahagian dasar biskut akan menjadi pahit jika hangus.

10. Bila menyapu kuning telur di atas biskut, pastikan tiada yang tertumpah ke atas tin pembakar kerana ia akan mudah hangus dan biskut melekat di tin.

11. Sebaik saja masak, ubah biskut ke atas redai supaya ia mudah sejuk. Jika dibiar, wap akan terkumpul di bawah biskut dan menyebabkannya tidak tahan lama (cepat berkulat).

12. Letak sedikit gula di dalam balang biskut supaya ia kekal rangup.

13. Letak paket berisi ‘silica’ agar biskut tahan lama dan tidak berkulat.

14. Adunan yang tidak habis dibuat boleh dibungkus kemas dan disimpan di dalam peti sejuk. Keluarkan dan biar lembut semula sebelum dicanai.


resepi | murtabak segera di pagi hari

ni menu utk sarapan pagi tadi... sedap jugak kalu nk wat utk minum ptg

bagi yg dah x larat nk makan jemput2, nasi lemak, mee goreng, roti canai, lempeng, etc... murtabak instant ni considered agak ringkas, mudah dan sedap. ada byk resepi boleh di google tp yg aku berkenan cuma yg ni dari MAT GEBU. 

sebenarnya mcm kena wat kerja 2x... tp ianya x amik masa lama pun. within 1/2 hour dah bleh mkn



resepi [ my version ] ~ hidangan utk 3 org dewasa + 3 bdk kecik


celurkan 3.1/2 keping mee segera - ketepikan

tumiskan [ bwg putih + sikit halia + bwg merah yg ditumbuk ]
masukkan [ lada kering yg dikisar + serbuk kari ] tumis sampai garing
masukkan [ sedikit air, kiub daging knorr, ayam, daun bwg dan mee segera ] 
masak sampai jadi cam mee goreng

bila mee dah ready, masukkan [ 7 biji telur yg dah dikocok + sikit garam + lada putih ] gaulkan sampai rata
then boleh masukkan kat magic pan. masak dalam 5 minit, pastu terbalikkan magic pan tu, masak lagi 5 minit.

biarkan sekejab dalam magic pan then baru bleh hidang.
kitaorg makan dengan sos cili.. bdk2 ni pulak suka letak mayonis sekali

Tuesday, May 13, 2014

resepi | sepatutnya ia adlh donut yg gebu + ringan

sepatutnya la..
tapi bila tangan yg x reti menguli ni yg buat... ianya jadi lembut di dalam tp garing di luar.
sungguh la x mcm donut cik jemah kat simpang depan umh sana.

seriously... ni la kuih yg x reti2 aku buat dr dulu. mcm2 resepi dah cuba tp x gebus.
huhuhu.. resepi x salah... tangan ni je yg kena praktis menguli lebih sket.
kesian adam.. entah bila ibu dia nk reti buat donut lembut + gebus.

anyway, kat bwh ni adlh resepi yg mudah.. dan x byk bahan [ke mmg ni je la bhn wat donut].
resepi diambik dr IzahMuffinLover. 



bahan2 dan kaedah membuat

[ 250gm tepung gandum + 1.1/2 sdk yis kering ] ~ gaul rata
then campurkan ~ [ 50 gm gula + 2 biji kuning telur ] ~ gaul rata
masukkan ~ [ 50ml minyak masak + sedikit garam ] ~ gaul rata
masukkan [ 50-60ml air sejuk dr esbok ] sikit2 sambil uli sampai doh jadi lembut dan x melekat di tangan + mangkuk

rehatkan doh dlm 30 minit @ sekali ganda. pastu tumbuk2 kuarkan angin dan terap @ wat bulat2 manually. tak nak tebuk tengah pun ok
rehatkan another 30 minit... then boleh goreng dlm minyak yg sedang2 byk [ jgn kedekut minyak!!! ]
dengan api yg kecik je

dah siap pun...

Wednesday, October 16, 2013

resepi | buttercream

buttercream (source)

1 cwn shortening + 1 cwn krimwell
[ pukul hingga kembang. guna kelajuan sederhana ]

[ tambahkan sedikit demi sedikit ] [ pukul gingga gebu ]
4~5 cwn gula aising yg dah diayak

[ tambahkan dan pukul lagi hingga puas hati dgn teksturnya ]
1 sd teh vanila essence + 2 sd besar susu cair 

p/s : no picture taken due to cake deco yg langsung x presentable. huhuhu...
p/s : make sure pukul gula aising tu hingga HANCUR.. bukan hancur sket2..




Friday, September 06, 2013

foods | kek kastard pandan


dah lama teringin nk mkn kek yg satu ni.... kalu beli, mahal kot...
moh le kita rajin2 kan diri wat sndr. original resepi dr MASAM.MANIS
anyway, kek ni tukang buat je yg suka... yg lain x suka esp en epol... kastard nya lemak sgt katanya..
takpe2...... ai mkn sorang :D ai x kecik ati ponng!

KEK PANDAN


kaedah
satukan bahan A, pukul sampai gebu
then masukkan B... pukul lagi.
tambahkan C, D dan E
bakar selama 40mnt @ 170c

bila kek dah masak, terus keluarkan dari oven dan terbalikkan kek tu atas redai
dah sejuk baru keluarkan dr loyang.

then potong kek pada 2 atau 3 bahagian
gunakan cara kat bawah ni [tanda pakai lidi], kalu x de pemotong kek yg proper :D


KASTARD - utk dilayered pd kek

A : 90gm gula kastor + 250ml air pandan + 1/2 sd mkn serbuk agar2
[ masak hingga semuanya sebati dan mendidih. guna api sederhana ] 

B : 200ml santan pekat + 45gm tepung hoen kwee hijau + pewarna hijau + garam
[ satukan bahan ni, then campurkan pd A ]
[ kacau adunan sampai likat dan mendidih. biarkan suam ]

seterusnya layeredkan lah pada kek.
topping dia bleh dihiaskan sesuka ati... aku pakai buttercream sbb kastard x cukup. huhu..
tulahan sbb x nk ikut resepi
sepatutnya bahan kastard ni kena double kan...

utk lg paham buat kek ni, bleh refer SINI

Friday, August 02, 2013

cookies | makmur putih melepak

ni first time wat kuih makmur.. kuih traditional yg katanya mudah tp kalu x kena gaya rasanya jadi hampeh.

hmmmm, mungkin la kot. anyway, aku considered resepi ni 'menjadi' sbb textures doh dia lembut, rasa pun ngam2 je. aku x ingat dr mana origin resepi ni... but pada tuan empunya nya.... terima kasih ye. insyaAllah pasni aku wat lg... aku kan style kalu dh dpt resepi yg menjadi, tak ke masa aku nk google resepi lain.

so, ni resepinya

bahan A - 200gm minyak sapi + 500gm tepung gandum yg diSANGAI + 50gm gula halus + sedikit garam halus
[ campurkan semua bahan hingga jadi doh yg lembut ] 

bahan B - 120gm kacang tanah hancur + 50gm gula halus
[ campurkan utk dijadikan inti ]  

[ mula2, sediakan bahan A. aku wat bulat2 je.. guna measurement spoon utk dpt kan standard size. then masukkan inti - bahan B. bakar selama lbh kurang 20 mnt guna 170C ]


[ lps masak, tunggu sampai suam dan salut dengan........ ]
campuran 50gm susu tepung dan 70gm gula aising



Thursday, August 01, 2013

cookies | tart nenas & suji



my version nye tart nenas adalah color merah. 
nape? sbb kuih lain dah guna original color.... so ni kunun2 nk nampak different.
different la sangat kan. last2 masa storage tu lupa nk letak plastik, terus la tart tu melekat bagai. terus hilang mood nk letak dalam bekas kuih.

anyway rasa dia sedap. lemak2 manis dia ngam2 je rasa + inti nenas yg masam manis. intinye dibeli dr bakewell pasir gudang... x sompek den nak buek sendiri. resepi asal.... entah dr sape [gini la dia kalu google byk page]. thanks anyway... thn depan insyaAllah guna lg resepi ni :D

resepi tart..

1 biji telur  A + 115gm butter + 115gm minyak sapi + pewarna merah
[ gaul guna whisk sampai sebati ]

then masukkan campuran

sedikit garam + 450gm tepung gandum
[ uli sampai jadi doh. masukkan dlm esbok around 1/2hour. pastu biarkan adunan tadi balik pd suhu bilik dan bleh diterap/dibentuk sesuka ati. bakar pd suhu 170C @ 10 minit. guna api bawah sahaja ]

p/s : design yg dipilih ni adlh sesuai utk ibu2 yg ada ank kecik yg suka sgt la melekat sepanjang masa. cepat n simple. tp x sesuai utk di commercial kan. huhuhu.....


ni pulak kuih raya turun temurun.. dapat resepi ni dr kakak ipar. 
boleh dibakar setakat masak ataupun nk garing.. suka hati

resepi suji..

bahan A :  900gm tepung gandum + 1 cwn tepung suji + 3 cwan gula pasir + 1 sd besar soda bikarbonat
bahan B : 500gm minyak sapi

[ satukan bahan A dalam mangkuk besar. then masukkan bahan  B. gaul sampai sebati dan bleh digentel bulat2.. pastu letakkan potongan ceri sbg hiasan ]

bakar pd suhu 170C @ 20 minit. kalu nk version garing, bakar 30 minit.

Wednesday, July 31, 2013

cookies | cornflakes madu

ni namanya kuih raya pembuka mood utk wat kuih2 yg lain..
buat 1/2 kg.... yg dapatnya cuma 3 balang je. 1/2 balang dah kena cukai adam n the gang. 

ok.. ni resepi yg sgt senang. 
kakak besar sket, kuih ni akn jadi bahagian dia. ibu dia nk wat yg lbh mencabar. hoho


125gm butter + 1/2 cwn gula perang + 1 cwn madu
[ masukkan dalam pan/kuali... panaskan sampai semua bahan cair ]

then, masukkan
500gm cornflakes + 1 cwn badam + 1/2 cwn kcg tanah
[ masukkan dalam cup, hiaskan dgn manik color2 ]
[ bakar dalam oven around 10 mnt ~ 170c ]

Wednesday, June 26, 2013

resepi | nasi ayam planta

menu hari ni adalah nasi ayam..

sebenarnya hari ni x tau nk masak apa... celik je mata cam nk makan ayam lemak cili padi. masa mandi lak mcm nk masak ayam sambal. sampai dapur terus berubah ati nk mkn nasi ayam pulak.
ni namanya tekak mengada2. semua benda dia nk makan.

resepi masih lg disekodeng kat dapur masam.manis.

ni dia resepinya... ada adjust sket... sket je sbb aku x serajin k.ita


ni anggaran utk 2 org dewasa dan 2.1/2 bdk kecik.. mkn tengah hari dan malam ye.

ayam dan sup kosong
ayam + bawang putih + halia + kiub ayam + garam
[ rebus ayam sehingga masak. then toskan ayam dan perapkan dengan kicap + bwg putih + madu/air gula. dalam setengah jam, goreng ayam dalam minyak yg sikit ]

[ air rebusan ayam diguna utk (1) menanak nasi (2) sup kosong ]
[ balance kuah perapan ayam bleh dimasak hingga pekat dan tuang kat atas ayam. jgn buang... membazir ]

nasi
[ beras yg dah dicuci bersih + air rebusan ayam + tumisan bwg putih, halia dan serai ~ guna planta ]

sambal/sos
lada merah + cili padi + tomato biji + bwg putih + halia + sos cili
[ blender semua bahan dan masak sampai pekat. last sekali tambahkan planta utk sos tu jd shining2 cun ]


senang? sebab senang la aku masak. kalu susah sure aku x buat. muahahaha!!!
kuantiti mmg x dapek nk diberi sbb aku main agak2 je. 

Saturday, June 01, 2013

resepi | muffin coklat

this is another version of muffin coklat.
yg bestnya pasal resepi ni : ianya mudah. x perlu nk guna mixer bagai.
so time ank tgh tido pun bleh buat :D

anyway, the taste mmg sedap dan gebu. just nice manis nye..
kalu topping dia ada buttercream lg best..

original resepi : azlita masam.manis


bahan A
2 cwn tepung gandum + 1.1/4 cwn serbuk koko + 2 sd kecil b/powder + 2 sd kecil soda bikarbonat + 
3 sd teh nescafe + sedikit garam
[campurkan semua bahan, ayak dan ketepikan]

bahan B
2 cwn gula kastor + 1 cwn myk msk + 1 cwn susu segar/cair + 3 biji telur + 2 sd besar sunquick
[gaulkan hingga sebati]

bahan C
3/4 cwn air panas

kaedah
campurkan bahan A dan B. gaul hingga sebati dan masukkan bahan C.
masukkan dalam paper cup dan bakar pada suhu 170 degrees @ 20 minit

Thursday, March 07, 2013

adam turns 6 ~ happy birthday 2 u

yesterday is adam 6th birthday.
just sediakan cake, cuppies and goodie bag utk dia n classmate.

blk tu dok ty dia happy x?
"adam happy.... semua org nyanyi utk adam"
ye la.... ari ni pon xde kena marah kan... so mood dia mmg ok sepanjang hari.
but blk tu start la mcm2 blk... x koser ibu nk layan.
so singgah kipmart, belikan instant pizza.....
habis mkn, mandi terus tido sampai ke petang



  
ckp ngan adam yg budak posing peace [nama dia sofea] tu comel..
dia leh jawab yg budak tu x comel.
comel lg kakak gendut.
ceh..... ibu ko baru nk wat calon menantu.



ni teacher amalina.... teacher sebenar adam x dtg...demam kot.
perasan x yg kelas adam lg ramai pempuan dr lelaki. kalu x silap lelaki cuma ada 3 je.





source : masam manis


source : dayangjack

Tuesday, February 19, 2013

resepi | ikan siakap tomyam

biasanya ikan siakap kita akn masak sweet sour or 3 rasa.
since nowadays agak mudah nk jumpa siakap sbb org tu rajin memancing, siakap ni haruslah dipelbagaikan. antara option yg ada.... bleh masak 'bakar tomyam', 'kukus halia' or bakar biasa cecah dgn sambal air asam. but yg mudah lg sedap dan cepat.... deep fried kan aje. serious sedap..... no wonder lah kat rahmat tu ada lauk 'bdk x pandai masak' ni. ianya sedap dgn syarat yg ikan tu mesti fresh la...

mula2 dulu aku x paham, nape lah org berpusu2 mkn siakap goreng kat rahmat tu. helloooooo.. nk siakap goreng camtu, kat umh pun bleh buat sndr. ni lg nk mkn kat luar..... skang dh tau.... so, x leh kutuk2 lagi. lalala......

anyway, resepi kali ni amik kat dapur JACK. lain dr yg lain jugak dan rasanya pun sedap.
cik jack, saya copy.paste kat sini ek.... thanks



Bahan A :
  • 1 ekor ikan siakap (bersih dan kelarkan)
  • 2 sudu besar pes tomyam
  • 5 helai daun limau purut 
  • 1 sudu besar jus limau nipis ataupun kasturi
  • 1 biji tomato (potong 6)
  • Aluminium foil
Bahan B : (semua bahan ini DJ kisar halus bersama 2 helai daun limau purut)
  • 2 tangkai cili merah
  • 5 biji cili api - nak pedas letak lebih
  • 3 batang serai
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit gula dan fish sos

Cara membuatnya :
  • Gaulkan semua bahan yang dikisar dan letak di dalam aluminium foil. 
  • Letakkan ikan dan daun limau purut. Kemudian bungkus kemas.
  • Bakar di dalam kuali di atas dapur selama 30 minit atau sehingga masak.. Boleh juga di bakar di dlm oven.
  • Perahkan limau semasa menghidang.
***DJ tumis bahan-bahan kisar terlebih dahulu sebelum digaul-gaulkan bersama ikan.





Monday, January 28, 2013

resepi | apam pisang

jom menghabiskan pisang!!!

tu tema minggu ni.
ari tu beli pisang emas 2 sisir. konon2 nk wat kek. kek lah sangatttttttt..
last2 aku apamkan je dia. ni pun ada balance lagi.
but pelik la, ada org kata pisang tak kan berulat.
tipu la........ br sekejapan ni nampak ulat kat dlm pisang.
potong stim betul

as usual, resepi dr SINI. entah kenapa, cam suka lah pulak nk try resepi2 dr dapur masam manis ni. presentation of the food of coz lah tak mampu den nak tiru..
may be someday *startpasangangan2*


resepi yg dah diadjust : 

[1/2 cwn gula perang + 2 biji telur + 1 sd teh ovallet + 70ml minyak masak] 
pukul dgn mixer sampai berkrim
+
[5 biji pisang emas + 1/2 sd teh soda bikarbonat]
lenyek 
+
[1 cwn tepung gandum + 1 sd teh baking powder + sikit garam]
+
[3 sd besar choc rice]

bila dah siap adunan, kukus either dlm loyang atau mole yg kecik2.
amik masa dlm 25 - 30 minit

before tu, jgn lupa panaskan loyang @mole yg dah dioles minyak
settle sudah :D



Wednesday, January 23, 2013

resepi | edisi rojak - cakes, kuih bakar n apam

perghhhhh... lama gila aku x update pasal resepi.
so kali ni, ada 4 resepi.. sebelum hilang baik aku tepek dulu kat blog.
penat tau nk google everytime nk membaking dan mengapam

original resepi : masam manis dan hana jepun
thanks n sori... resepi anda telah diderhakakan atas sbb2 teknikal

---------------------

kuih bakar / bingka pandan


rupa yg ni mmg x cun, sbb yg cun lagi sedap dh dihabiskan.

resepinye :
2 cwn santan + 1.1/2cawan air + 3 biji telur
+ 2 cwn tepung gandum + 1.1/2 cwan gula  + sikit garam
+ 2 sudu besar myk msk + pewarna hijau + perisa pandan

blender semua bahan2
then, tapis ke dalam loyang yg dh dilenser minyak dan dipanaskan dlm oven
180 degree, 45 mnt

---------------------

apam love.love


apam ni lg sedap dr apam polkadot. rasa dia lembut aje... no padat2.
bleh kukus pakai loyang @ cup kecik2
n x yah  letak filling coz rasa dia mmg dah nice

resepi :
4 bj telur + 220 gula halus + 2 sd teh ovellet : pukul guna mixer sampai gebu
then masukkan 250ml santan + esen vanila
then masukkan campuran 300gm tepung gandum + 1sd teh b/powder + sikit garam

bahagikan pada beberapa bhgn dan letakkan color n perasa
kukus dlm 30 mnt

as usual, make sure loyang tu dilenser minyak/butter dan dipanaskan dulu

---------------------

kek choc cheese layer


ni kek b'day en.epol. since membeli kek di kedai resepi rahsia adalah mahal dan sedikit meragukan...... maka kek b'day org2 di rumah ini adalah hasil kudrat ibu mithali ini. ha3....
so, kalu x cun... jgn komplen ek...... but in terms off rasa mmg superb. cuma sape yg x berapa suka mkn kek, mmglah cepat muak. dianyer ganache.... tersangatlah manis
kalu x silap, en.epol x habis pun makan 1 slice.

resepi :

bhgn kek coklat
2 bj telur + 1 cwn gula halus dipukul
then masukkan esen vanila + sikit garam
then masukkan 1/2 cwn each air panas didih, susu UHT coklat dan minyak masak
pastu masukkan campuran 1 cwn tepung gandum + 3 sd besar koko + 1 sd kecil b/soda + 1/2 sd kecil b/powder

bahagikan adunan kepada 2 bahagian
kukus bhgn pertama about 20 mnt

bhgn cheese
250gm cream cheese + 60gm gula halus dipukul
then masukkan 1 bj telur + 1 sd besar air +1 sd besar tepung gandum

kukus adunan cheese ni atas 1st layer adunan coklat about 15 mnt
once settle, kukus pulak bhgn ke2 adunan coklat about 20 mnt

---------------------

[st]oreo cheese cake


ni peberet si kechek..
hamboi... x padan umur setahun. kecik2 dh pandai makan cheesecake
about the resepi..... asalnya dr hana jepun. but mmg modified mengikut instruction ank tekak ni
hasilnya???? juuuuuust nice

resepi :
3 pack biskut stereo. buang creamnya, hancur2kn n gaul dgn 2/3 sd besar melted butter
then tekan2 kat ats alas kek
but before tu jgn lupa wat cake mole[?] pakai plastik jerneh
masukkan dalam esbok around 1/2 hour

500gm cream cheese + 3/4 tin susu pekat pukul sampai kembang
masukkan campuran 2 sd kecil gelatin + air panas

bila based cake dah ready, tuangkan adunan cheese.
kalu suka, bleh pecah2kan biskut stereo dan letak in between adunan
masukkan dalam esbok
esok dah bleh makan :D

---------------------

fuhh... jenuh nk recall balik resepi2 kat atas tu


Saturday, January 05, 2013

resepi | kek coklat kukus yg super moist and super easy

dah bertahun rasanya x buat kek. tetiba hari ini mcm nk mkn kek.................... yg sodap tp senang.
g la godek kat dapur ita masam manis dan terjumpa resepi ini. thanks ye cik puan azlita for sharing resepi yg nyum2 ni  :)

alhamdulillah, mmg sgt senang dan rasanya menepati tekak aku n bdk2 kat umh ni. cuma aku x rajin nk wat garnishing bagai...... kita mkn lah kek ni togel2 ye. nak ganache, tunggu b'day cake korang nanti.



ni resepi nya. adjusted based on apa yg ada di dapur. original resepi sila ke SINI

bhn2 A:
1.1/2 cwn gula pasir
1 cwn serbuk koko
1.1/2 cwn susu choc UHT - marigold
1 cwn myak msk
*semua bhn d'atas gaul sebati n msk atas api perlahan.
*rehat kejap bila bhn dh sebati. kasi suam2

bhn2 B:
tepung gandum 1 cwn
soda bicarbonat 1 sudu kecil
baking powder 1 sudu kecil
*semua bhn nih ayak k..

bhn C:

telur 4 bj (blender jer)

kaedah :

satu kan bhn B dan C kedlm Bhn A....secara berselang seli n gaul ngan senduk jer...bila dh sebati....taruk jer dlm loyang yg dsapu myk....n kukus dlm 45 minit ...klu nk test cucuk ngan lidi klu x melekat kira msk le...

*p/s...loyang 2 kena panaskan dl sblm mskkan adunan kek td..

Saturday, October 20, 2012

resepi | puding roti pelangi [version hana]

skang ni aku tgh operasi menghabiskan susu cair...
so, semalam ptg sempat buat puding roti pelangi.. amik resepi kat SINI. 
thanks ye tuan punya resepi a.k.a hana memories
as usual, resepi akn di adjust subjet to stok apa yg ada kat dapor... 
but rasanya insyaAllah tetap sedap


Bahan A
  • 1 packet serbuk agar2 [cap swallow gobe]
  • 3 cawan air
  • 3/4 cawan gula
  • masukkan dalam periuk dan masak dgn api sederhana

Bahan B
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 185ml susu cair
  • Blend semua bahan kat atas, then campurkan ke bahan A bersama 1 sudu besar butter . masak sampai mendidih

bahagikan campuran adunan A+B tadi kepada 3 bahagian 
masukkan pewarna to each adunan
sendukkan ke dalam bekas.. selangselikan 3 bhgn td tu sampai habis
then sejukkan kejab sebelum masukkan dlm esbok
after 1 hour dh bleh makan......



anyway, adam n kakak cam x gemar sangat puding ni..
x tau nape.... mungkin lemak sangat kot... or manis sgt..
next time bleh kurangkan gula or tukarkan gula tu pada susu pekat je....