Monday, June 23, 2014

kuih org lama | talam cendol

first time berjaya wat kuih talam...
terima kasih la pd yg bg resepi ni... huhuhu.. sayangnya aku x ingat sape.
maklumlah...... time nk buat, time tu la baru m'google.. salin2 kat kertas pastu terus tutup pc


lapisan bawah

masak kan sekejab sampai nampak cam sedikit pekat
[ 200gm tepung beras + 1 sdb tepung jagung + 250ml santan pekat  + 450ml air 
+ 150gm gula + 1 sdk garam ]
then matikan api dan masukkan [ 250gm cendol ]

kacau2... masukkan dalam loyang dan kukus lbh kurang 25 minit, api sederhana.
bila dah masak, cakar2 guna garfu utk attachedkan dgn lapisan atas pulak.

lapisan atas

masakkan dan suam2kan
[ 300gm gula merah + 50gm gula kastor + 500ml air ]

then, masukkan campuran bahan kat bwh ni sambil kacau pakai pemukul telur
[ 150gm tepung gandum + 3 biji telur + 250ml santan + 1/2 sdk garam ]
masak sampai jadi sedikit pekat dan boleh tuangkan atas lapisan bawah tadi.

kukus dgn api sederhana dalam 30 minit.

sejukkan, potong dan suap kat dlm mulut.

*********

nasib baik bdk2 ni ikut perangai ibu dia yg makan semua jenis kuih..
tak kira kuih manis ke, pedas ke... semuanya dorang ngap..

Saturday, June 21, 2014

mengurangkan stress

dah lama x membaca... 
i mean, come back to my old hobby.. membaca buku yg tebal either ilmiah atau tak. 

kebetulan ari tu masa hantar mak ke umh k.peah last week, ternampak lah aku deretan novel.... 
wah!! menarik.. niatnya nk pinjam 1, si angah kasi 3 novel. bagus3....
last time aku membaca cenggini rasanya dah bertahun2... maunya dah lbh 10 thn.


gigih aku mambaca within a week time..
cuba soh khatam quran dalam seminggu... hancus...ish3... 
takpe2.. nanti aku improvekan diri

between those 3 novels, 1 tu dah dibuat drama. personally aku lg suka drama compared tu novel. hahaha.. tiz zaqyah kan.. mestilah suka ^_^
yg 2 others tu ok la... terselit2 18sx. walaupun x la melampau sangat tapi aku x kn bagi ank aku baca novel ni. huhuhu.. bahasanya agak direct... kalu berlapik tu masih boleh la.

aku rasa byk beza novel dulu dgn skang.
novel dulu2 aku suka baca... donia, novel ahadiat akasyah, etc... jalan cerita ok, penyampaiannya pun ok.. dramatik pun ye jugak.. dan yg bagusnya kurang @ takde unsur2 18sx..

ok, enough about reading..

skang nk tunjuk kasut baru.. laa ni kan dah 7 bln usia baby.. maka segala2nya semakin kembang termasuklah kaki.. serius gamol..
aku perasan yg makin lama makin ketat pulak sandle yg biasa aku pakai tu.. dan kebetulannya mmg sikit ari lg pasti sandle tu akn terkopak... so ari tu g bata.. konon2 nk cari comfort shoes la... tp langsung xde yg berkanan. kalu ada pun xde size.. sedih gila..

last2 g masuk kedai kasut apabendaentahnamanya... berkenan kat satu design ni, which is bukan type aku pakai jenis gini.. but why not tukar2 selera kan..
rasa2 cam cannot go, parking ajelah kasut tu kat rack.. time sesak2 nanti sure terpakai jugak.


cam design nyonya2 aku rasa... tp due to time constrain dan x larat nk membawak perut ke sana sini.. aku pejam mata je beli... dia xde basic color... choose either purple or peach..

Thursday, June 05, 2014

online shopping kat tesco

ni cerita 2 hari lepas ^_^

actually bulan ni aku cam lmbt sikit g belanja brg dapur
reason why? tak larat sbb perut dah makin besar.. dan mcm x berdaya nk tolak trolley yg pastinya akn penuh dgn groceries + melayan perangai yg 3 org ni..
kalu aku nak tunggu en.epol balik baru g belanja... cam dah lmbt sgt kot..

so ari selasa lepas.. aku pun dok gatal2 google promotion kat giant, tesco, econsave, hwa tai, etc..
eh.... kat tesco bleh order online lah..
pastu nampak diapers fitti tersangat la murah dr biasa.. cuma $23 instead od $30+
tp takkan la nk beli tu je...
lgpun skang tgh ada promo free delivery charges kalu beli $150 and above.

dah alang2 cenggitu.. aku pun amik list brg yg nak beli, tgk2 kat e.shop tu apa yg dia jual.
ok, brg yg aku nk semuanya ada. before decide nk membeli tu, aku compared kan dulu dgn tmpt2 lain.. hmmm, not bad. harga masih reasonable bagi byk brg

so, meh le kita cuba nasib shopping kat sini.



<<<   step dia camni   >>>

[1] pergi website http://eshop.tesco.com.my/

[2] REGISTER. masukkan lah semua details yg dia mintak.. dnt worry.. the process wont take long, dalam 5 minit kot. yg dia mintak pun setakat benda basic i,e nama, alamat, contact no, etc
jgn lupa isi sekali no tesco clubcard kalu ada so that boleh dapat point.

[3] SIGN IN dan START SHOPPING

[4] bila dah selesai msk kan semua brg yg kita nk kat dlm trolley (add in trolley), pegi kat BOOK A SLOT. Kat situ bleh pilih masa dan tarikh. delivery time is starting at 10.00am to 10.00pm.. dan range delivery charges dr RM6 ~ RM10. pastu bleh la checkout.

later, aku received notification email dr tesco pasal the order.

mcm ari tu, aku pilih antara jam 4~6pm. dalam kul 5 tu dorang ada call utk confirmkn either ada kat umh atau takde. dan x sampai setengah jam dorang dah sampai.

[5] PAYMENT dibuat either guna debit @ credit card. dorang x carry cash.
dan ianya dibuat once barang dah ada depan mata



lain2 hal.. 

lets say brg yg diorder tu takde, dorang akn bwk brand yg lain as a substitution item. yg ni kalu kita nk, kita amik.. kalu x mau, bleh reject dan dia akn deduct dr bil.

overall, the process sgt mudah.. x complicated langsung.
yg penting dia cam selamat sket sbb ko bayar bila ko dh received brg.. tang tu yg aku paling suka :D
ada lagi satu...
ari tu dapat 2 free gift. selain drpd free delivery... aku dapat 200ml baby bath brand tesco (wangi bau dia) dan 4 keping legoland resort voucher (rebate worth rm40/voucher).


free gift dapat... minyak x habis... penat tolak trolley pun x rasa..
best kan?

Tuesday, June 03, 2014

Friday, May 30, 2014

cookies | biskut sagu cornflakes


ianya senang dibuat, rangup, kurang manis dan sedap.
thanks to resipicitarasawan. 1st time cuba resepi dr blogger ni.


based on gambar tu, ada 2 version..
satu letak m&m.... so bila dah habis, aku mixkan adunan dgn choc chip..
next time kalu nk buat yg letak choc chip, better pakai brown sugar dan letak sket serbuk koko.. ok?

anyway, ni resepi version sabasalbi
ari tu masa kat bakery dah amik serbuk badam, tp casher tu mungkin lupa masukkan dlm beg plastik..


bahan2 dan cara :

pukul sampai berkrim guna mixer bhn2 ni
[ 200gm mentega* + 20gm shortening + 100gm gula icing ]
*kalu marjerin, guna 180gm

then masukkan
[ 180gm tepung gandum + 100gm tepung sagu + 50gm cornflakes yg dikisar sdg2 halus ]
uli jadi doh sampai ianya x melekat kat tangan

rehatkan sekejab dlm 15-20 minit
pastu baru bentukkan jadi bulat dan tekan m&m kat bhgn tgh2
bakar 150C ~ 20 minit [ guna api bawah je ]

adunan ni dapat dlm 85pcs kalu guna measurement spoon 1/2tbs

Saturday, May 24, 2014

tips | membuat biskut yg rangup dan sedap ~ chef norzailina


copy.paste dari chef norzailina


Ada beberapa tips untuk mendapatkan biskut yg rangup dan sedap:


1. Panaskan ketuhar 10-15 minit sebelum membakar biskut.

2. Gunakan api bawah saja untuk membakar biskut. Lazimnya, suhu adalah 175 C-180 C.

3. Jika menggunakan api atas dan bawah serta kipas, turunkan suhu sebanyak 20 C menjadi 150 C-160 C (sekiranya suhu dalam resepi adalah 170-180 C).

4. Tambah sedikit tepung gandum jika adunan terlembik atau terlekat di tangan.

5. Tambah sedikit marjerin atau mentega jika adunan terlalu keras dan berderai atau sukar bersatu menjadi doh.

6. Adunan yang mempunyai bahan seperti oat, kacang atau emping jagung selalunya agak lembik selepas diuli tetapi akan keras bila dibiarkan lama.

7. Tutup adunan yang sudah diuli sementara menantikan masa ia dicanai.

8. Jika tin pembakar dialas dengan kertas silikon atau foil, tidak perlu dilengser dengan marjerin.

9. Gunakan marjerin untuk melengser, bukan mentega kerana mentega mudah hangus. Bahagian dasar biskut akan menjadi pahit jika hangus.

10. Bila menyapu kuning telur di atas biskut, pastikan tiada yang tertumpah ke atas tin pembakar kerana ia akan mudah hangus dan biskut melekat di tin.

11. Sebaik saja masak, ubah biskut ke atas redai supaya ia mudah sejuk. Jika dibiar, wap akan terkumpul di bawah biskut dan menyebabkannya tidak tahan lama (cepat berkulat).

12. Letak sedikit gula di dalam balang biskut supaya ia kekal rangup.

13. Letak paket berisi ‘silica’ agar biskut tahan lama dan tidak berkulat.

14. Adunan yang tidak habis dibuat boleh dibungkus kemas dan disimpan di dalam peti sejuk. Keluarkan dan biar lembut semula sebelum dicanai.