Saturday, August 16, 2014

cara berpantang utk yg kena caesarean

copy n paste : bidan bersalin

Berpantang selepas pembedahan caesarean agak berbeza daripada berpantang selepas bersalin normal. Sesetengah amalan ketika pantang yang dilakukan wanita yang bersalin normal mungkin tidak sesuai oleh wanita yang bersalin melalui pembedahan.

Namun dalam kedua-dua keadaan, penjagaan berpantang selepas bersalin amat memerlukan sokongan ahli keluarga yang lain mahupun pasangan sendiri. Dalam mengikut amalan itu, ketahuilah had diri anda sendiri supaya amalan itu tidak memudaratkan diri.

Mungkin anda berasa letih dan tidak mampu untuk menangani tanggungjawab baru sebagai seorang ibu. Usah risau kerana anda tidak berseorangan dalam hal ini. Bagaimanapun jika perasaan itu terus menerus menghantui anda, cuba luahkan apa yang anda rasa kepada seseorang dan minta bantuan mereka.


Sebelum Meninggalkan Hospital
  • Setelah sehari terbaring selepas pembedahan, katerer akan dicabut dan anda digalakkan untuk bangun sendiri ke tandas. Berjalan seawal yang boleh bagi melancarkan peredaran darah - untuk ke tandas mahupun ke nurseri. Berjalan secara perlahan-lahan dengan badan anda ditegakkan. Sekiranya bahagian yang dibedah itu terasa sakit, gunakan tangan anda untuk menampung sedikit bahagian perut.
  • Doktor juga akan bertanya sama ada anda sudah membuang angin atau tidak. Ini bagi memastikan pembedahan tersebut tidak mempunyai sebarang masalah. Kali pertama membuang air kecil selepas keterer dicabut mungkin agak menyakitkan dan anda boleh bertanya kepada jururawat cara untuk mengurangkan ketidakselesaan ini.
  • Sebelum dibenarkan keluar hospital, doktor akan membuang benang jahitan dan menyemburkan selapisan bahan seakan getah yang tidak telap air bagi memastikan luka pembedahan itu tidak basah (dan menyebabkan jangkitan). Gunakan tuala wanita untuk menampung darah nifas yang keluar semasa uterus mula mengecut.
  • Sekiranya anda keluar berjalan-jalan dengan bayi, lebih baik untuk anda menggunakan kereta sorong bayi daripada menggunakan ambin atau sarung bayi di depan badan anda bagi mengelakkan tekanan pada bahagian perut atau bahagian yang dibedah.

Senaman
  • Tangguhkan sebarang senaman abdomen sehingga 4 hingga 6 minggu selepas bersalin.
  • Elakkan daripada mengangkat dan membawa barang berat.
  • Apabila ingin bangun dari kedudukan berbaring, mengiring ke sisi dan gunakan lengan anda untuk menolak badan anda ke posisi duduk.
  • Urutan lembut pada parut pembedahan dapat mengurangkan perekatan kulit dan mengurangkan ketidakselesaan.
  • Sekiranya anda ingin terbatuk atau terbersin dalam masa beberapa bulan selepas pembedahan, letakkan sebiji bantal merentangi perut dan tekan perlahan-lahan untuk memberi sokongan pada parut dan mengurangkan rasa tidak selesa.
  • Kurangkan aktiviti anda di rumah. Jangan mengangkat sesuatu yang lebih berat daripada bayi anda dan elakkan daripada melakukan kerja-kerja rumah.
  • Kadar pengeluaran darah nifas boleh berubah mengikut masa dan boleh meningkat jika banyak aktiviti dan kerap bertukar kedudukan. Gunakan situasi ini untuk menentukan sama ada anda sudah terlalu banyak melakukan kerja.
  • Minum banyak air untuk memastikan badan anda cukup hidrat dan makan makanan berkhasiat untuk mengembalikan tenaga dan mencegah sembelit.
  • Susun segala keperluan dan pakaian bayi berhampiran dengan anda supaya anda tidak perlu terlalu kerap bangun dan duduk.
  • Awas jika anda demam atau sakit, itu mungkin tanda anda terkena jangkitan.

Penjagaan Emosi
  • Gunakan lebih banyak masa untuk menjalin hubungan dengan bayi anda.
  • Sekiranya anda sukar menyusukan bayi selepas pembedahan, minta nasihat daripada pakar penyusuan untuk membuat diri anda lebh selesa.
  • Ketahui bahawa anda mungkin memerlukan lebih masa untuk meredakan emosi selepas pembedahan, terutama jika ia dilakukan dalam situasi kecemasan.
  • Jika anda mempunyai sebarang perasaan negatif daripada pengalaman bersalin itu, bincangkan perasaan anda dengan teman sokongan.
  • Andainya anda mempunyai sebarang persoalan mengenai kesihatan diri anda dan kehamilan anda seterusnya, minta penjelasan mengenainya daripada doktor anda. Ini dapat mengurangkan perasaan gemuruh anda untuk hamil lagi.
  • Usah segan meminta bantuan. Penjagaan fizikal yang lebih banyak selepas pembedahan boleh membuatkan anda berasa tidak berdaya, tidak mampu dan kesepian.

Perkara Yang Perlu Dielakkan
  • Hubungan seks sehingga doktor menyatakan selamat untuk berbuat demikian.
  • Menggunakan tampon atau pembersihan vagina.
  • Ketika mandi, pastikan kawasan luka bedah itu tidak terkena air, selepas seminggu, jika kawasan itu terkena air, lapkannya (anginkan menggunakan kipas) agar luka bedah betul-betul kering.
  • Kolam renang dan tab air panas.
  • Mengangkat barangan yang lebih berat daripada bayi anda.
  • Kerap turun naik tangga.
  • Bersenam, melainkan doktor anda mengatakan selamat untuk berbuat demikian.

Segera Berjumpa Doktor Jika:
  • Anda demam dengan suhu lebih 100.4 darjah farenheit.
  • Sakit kepala yang kuat bermula selepas melahirkan bayi dan tidak berkurangan sakitnya.
  • Sakit secara tiba-tiba pada bahagian perut, seperti lebam atau pedih.
  • Discaj vagina yang berbau busuk.
  • Sakit secara tiba-tiba pada bahagian yang dibedah, yang mungkin turut mengeluarkan nanah.
  • Bahagian bengkak, merah dan sakit pada kaki.
  • Rasa pedih semasa membuang air kecil dan darah dalam air kencing.
  • Muncul ruam atau gatal-gatal.
  • Pendarahan yang teramat banyak yang membuatkan tuala wanita lencun dalam masa sejam atau mengeluarkan darah berketul-ketul.
  • Rasa sakit, kemerahan dan pedih pada bahagian payudara yang mungkin diikuti dengan simptom seperti selesema.
  • Rasa bimbang, panik atau sedih.

Friday, August 15, 2014

bersalin... masa dah time

confirm... baby sorang ni nk suruh ibu dia kena caesar. 
so i have to think again either nk beranak kat penawar or HSI or HSA.

***********

okay.... hari ni aku siapkan breakfast awal gila.. masak nasi lemak. so kalu tgh hari x settle lg kat penawar, bdk2 ni bleh mkn nasi lemak utk lunch. disebabkn masing2 pagi2 dah buat drama, aku angkut sekali kakak jadi peneman. nasib baik dia ada... kalu x, bosan tahap gaban. takpun aku tertido kat sofa.

aku sampai sana dlm kul 9 lbh... masa tu aku org yg ketiga.. then the doktor sampai dlm kul 10 lbh... PA dia kata pagi tu doktor ada case.. mungkin dia tgh rehat.. untunglah keje spital private... kalu spital gomen... keje, keje,keje!!! 

actually kat penawar pasir gudang ni ada 2 doktor gynae.. dr.hasmah dan dr.idayu.
aku wat appointment dgn dr.hasmah.. aku pun tak tau what kind of doctor she is.... aku main petik je nama dia masa nk wat appointment tu. but she's ok... boleh je nk tanya apa2 kat dia.
[sila tanya byk2 sbb consultation fees dia bernilai RM100 ye]

so, masuk2 bilik doktor tu, terus scan.. huhuhu.. baby lom pusing. dan doktor kata agak susah utk pusingkan sbb baby besar [current estimation 3.4kg ~ rasanya baru last week berat dia 2.5kg] dan punggungnya dah ke bawah sgt.. mmg tunggu masa je nk kuar.

there's no other option for me.. meh la kita kuarkan baby through tingkap.
actually that time aku cam sedih gila... but sedapkan ati dgn ckp kat diri sndr... there must be a reason kenapa this time Allah bagi peluang aku rasa camner kena caesar.. just wait and see the hikmah disebalik ini semua.

dan bila dpt ckp ngan en.epol tadi.. i feel quite relief eventhough sempatlah jugak melalak sikit.
aku x sure what he feel right now... nampak mcm cool semacam.. tp x tau la.. kalu dia tunjukkan yg dia gabra cam aku, mungkin aku lg takut dan hilang semangat. 
so, insyaAllah esk dia blk... yeaaaaaay!

btw... tadi dah bgtau kat org2 disekeliling aku yg aku akn bersalin before next friday.. 
most of the things pun dah well prepared.. insyaAllah either ahad or isnin ni [subject to en.epol] aku akn menyerah diri kat HSI.. kalu dia kata admit... redha je la.

tadi pun aku dah ckp ngan bdk2 tu yg aku nk g kuarkan baby... dah pun mintak maaf bagai sbb mak dorang ni kan lg garang dr Mak Kundur [bwg putih bwg merah].. 

so far dorang paham [kot] kecuali kechek yg.... "ibu nk bwk chekcok ek... chekcok nk ikut g spital".... alaaaa... comelnya ank bujang aku nih. 

adam je cam sedih bila aku kata.. "ibu pergi tau, tapi x tau bila blk. kalu x blk... adam kena jaga adik2 tau.. ingat pesan ibu selalu..."

so, all the best to me. tak tau lah sempat ke tdk aku nk google pasal camne nk jaga diri time berpantang nanti... harap2 ok. wish me luck and pray for me pls..

Thursday, August 14, 2014

apa yg nak disedia dan dibawa ke hospital

based on last check.up.. minggu ni aku dah 37w. by right aku dah bleh bersalin at anytime sbb baby dah cukup bulan. owh, sekejapan rasanya.

esk aku ada check up kat penawar dgn dr. hasmah... so we'll see apa yg dia akn bgtau.

this pregnancy ada issue sebenarnya.. masa week 34 ari tu, aku ada bgtau kat dr. mahzan yg aku kerap sgt rasa sakit kat bhgn v.. since aku dah ada history baby prem, dia bg aku 2 injection utk kuatkan paru2 baby incase of kali ni pun akn prem jugak. tp yg poyonya, lepas tu jaranglah pulak sakitnya.
mmg auta ibu dia ni tau..

other than that, masa week 36... baby still dlm position kepala kat atas... baby ni tak mau pusing.
dah la pregnancy kali ni aku cam cuak semacam.. pastu ni ada pulak possibility nk kena ceaser.. 
phewww.. lagilah takut.

bila ckp ngan mak2... dorang pun kata... ala, nanti time nk kuar nanti tau lah dia pusing dan cari jln keluar.. ye..ye.. mmg itu yg diharapkan.. baby pls start turn around ye.

doktor advice, kalu nk pusingkan baby yg songsang... cuma masa week 36 dan 37 je. other than that x boleh sbb bahayakan baby. tp mak bidan yg aku booking ni pulak kata.. sepatutnya aku bgtau lbh awal dari tu.. aku pun pening. last2 aku x g bidan pun. kata dr. mahzan, pakar yg kat HSI tu boleh pusingkan baby + lg save compared to kalu bidan yg buat.. tp masalahnya pakar tu lelaki... adoyai....

tgklah camne esk... untung2 baby ni dah pusing. takpun dr. hasmah tu tau camne nk pusingkan baby.

anyway, entry kali ni sebenarnya nk citer pasal persediaan [brg2] yg perlu disediakan utk baby n ibunya bila waktu dah dekat2 nk bersalin ni. sepatutnya sediakan lg awal... but ni kan ank no 4.. tinggal top.up2 apa yg patut je  ^_^


untk baby
  • pakaian ~ bedung, barut, towel, baju siang [short sleeves, romper], baju malam [long sleeves, jumpsuit], sarung tgn & sarung kaki, topi, sapu tangan [5~6 set cukup kot]
  • toiletries ~ sabun top to toe, lotion, bedak, minyak rambut, minyak telon, wet tissue, cotton balls, cotton buds.
  • others ~ new born diapers, alas getah, besen mandi, tungku, set tilam baby, bekas uri dan set utk susu formula kalu rasa2nya belum bleh bf kat baby



utk ibu nya
  • ubat2an utk dalaman ~ air gamat or pati ikan haruan or both, ubat periuk or herbal tea, jamu yg sesuai. mak biasanya buatkan aku air halia+kunyit+asam jawa utk 3 hari pertama slps blk dr hospital.
  • ubat2an utk luaran ~ tungku herba or tungku elektrik, param, tapel, pilis, minyak gamat, minyak panas / urut, mandian herba, daun sireh utk cuci bhgn V
  • pakaian ~ kain batik, t.shirt, nursing bra, pad, stokin, bengkung

utk dibawa ke hospital
  • ibu ~ sweater, towel, t.shirt, kain batik, nursing bra, stokin, pad, toiletries, instant drinks [dlm sachet], biskut or roti, termos, hp, wallet, kad kesihatan ibu
  • baby ~ kalu utk bersalin normal, biasanya x lama dok kat hospital... so bawak je la 3 set pakaian baby, diapers dlm 10 pcs. 1 set siap2 msk dalam beg plastik so senang bila nurse mintak


other than that, air selusuh. boleh wat sndr atau mintak bidan buatkan.... atau beli je minyak kelapa dara. 
tp aku dah x minum kot.
ingat lg masa nk bersalinkan adam... air selusuh tu aku letak dlm bekas air mineral... so lepas 3 teguk, aku tutup la botol tu.. ingatkan nanti2 nk minum semula. then aku start contraction but bukaan serviks still 2 cm... last2 ada sorang nurse tu tegur..

"dik.... ni air selusuh ek. lain kali kalu dah start minum, jgn ditutup. biar je terbukak. org2 tua kata, air selusuh ni pembuka jalan, so bila adik dah tutup botol ni... samalah jugak mcm adik tutup jln utk baby... tu org tua yg kata...."

ok, pastu aku terus x minum air selusuh. alhamdulillah, masih mudah everytime bersalin.


Sunday, August 10, 2014

raya 2014... cerita tanpa gambar

lama giler x update blog.. hahaha.. tapi takpe, takde org baca kan..

anyway,
bulan ramadhan dah pun berlalu. alhamdulillah, seccess xde ponteng sehari pun.. 
syawal je yg still on. tp this year takde hati sgt nk beraya sbb en.epol raya ketiga dia dah blk laut. balik sini semula 25hb nanti which is raya dah tinggal sehari dua plus aku pun tgh sarat kan.

yg best nya this year sbb mak raya kat umh ni, so all the siblings blk sini..
meriah la sikit rumah. walaupun x blk serentak.... tp syoklah.
budak2 ni pun suka.... pastu bila semua org blk, dorang mcm susah hati.. hahaha.. poyo!

as usual... gambar raya ank beranak mmg x ambik @ x sempat nk ambik 
selalu tau camni
aku rasa start next year aku nk wat mcm k.beso + yan... g kat studio terus masa raya pertama tu
ada je rasanya kedai yg bukak kat bukit dahlia ni
package pun x sampai beratus2 sgt kot
okay2.... kita cubalah ye thn depan

bak kata cik yan...
"usahawan yg berjaya adalah yg mempunyai gambar keluarga"
[so senang kalu nk msk majalah, gambar family dah ready]
lbh kurang gitu kot... ingat2 lupa aku

kitaorg gi umh skudai pun masa raya kedua..
raya 1st tu takdelah pack all the time, but ngah yg sampai 1st sekali, around kul 11am... then k.biah kul 12 lbh.. followed by k.peah, p.anjg, long dan de. last badge masa maghrib. aku pun masa tu mcm nk pengsan, ckp ngan k.sitah buatlah cam umh sndr. mmg dorang panaskan lauk, serve, mkn dan kemas sndr... huhuhu.. sorry ye.

esknya baru teh ank beranak. tu yg dapat lari g skudai.. kebetulan that day mak masak nasi lemak sbb adik beradik + ank sedara berjemaah dtg beraya.. pastu dorang datang beraya umh kitaorg pulak. nasib baik la x bersepah sgt... nak msk pun x sempat..
kuih raya je la jawabnya..

raya ketiga kitaorg g mandi laut kat tg. balau..
standardlah... tu je yg paling dekat ngan umh.. en.epol melayankan bdk2 tu sblm dia blk keje.
aku mmg takde la nk mandi.. pasni pun rasanya dah x kot unless stay kat resort tu. kalu terjah2 camni.. x mboh doh..
petang sket baru k.beso datang. tu pun dia lepak kejab je...

overall... raya kali ni best jugak walaupun penat.. [pernah ke time raya x penat] 

alhamdulillah... ukhwah antara siblings masih baik w/pun jarang jumpa sbb semua org dah ada komitmen masing2.
alhamdulillah walaupun dlm keterbatasan masa + tenaga, rumah is well prepared utk sambut tetamu.
alhamdulillah sbb masih punya suami yg byk membantu time2 mcm ni
[semangat en.epol replaced lampu liplap2 masa mlm raya... plus masak maggi mlm tu]
alhamdulillah sbb punya mak mertua yg paham menantunya x dapek nk nolong msk lauk raya

 

Monday, June 23, 2014

kuih org lama | talam cendol

first time berjaya wat kuih talam...
terima kasih la pd yg bg resepi ni... huhuhu.. sayangnya aku x ingat sape.
maklumlah...... time nk buat, time tu la baru m'google.. salin2 kat kertas pastu terus tutup pc


lapisan bawah

masak kan sekejab sampai nampak cam sedikit pekat
[ 200gm tepung beras + 1 sdb tepung jagung + 250ml santan pekat  + 450ml air 
+ 150gm gula + 1 sdk garam ]
then matikan api dan masukkan [ 250gm cendol ]

kacau2... masukkan dalam loyang dan kukus lbh kurang 25 minit, api sederhana.
bila dah masak, cakar2 guna garfu utk attachedkan dgn lapisan atas pulak.

lapisan atas

masakkan dan suam2kan
[ 300gm gula merah + 50gm gula kastor + 500ml air ]

then, masukkan campuran bahan kat bwh ni sambil kacau pakai pemukul telur
[ 150gm tepung gandum + 3 biji telur + 250ml santan + 1/2 sdk garam ]
masak sampai jadi sedikit pekat dan boleh tuangkan atas lapisan bawah tadi.

kukus dgn api sederhana dalam 30 minit.

sejukkan, potong dan suap kat dlm mulut.

*********

nasib baik bdk2 ni ikut perangai ibu dia yg makan semua jenis kuih..
tak kira kuih manis ke, pedas ke... semuanya dorang ngap..

Saturday, June 21, 2014

mengurangkan stress

dah lama x membaca... 
i mean, come back to my old hobby.. membaca buku yg tebal either ilmiah atau tak. 

kebetulan ari tu masa hantar mak ke umh k.peah last week, ternampak lah aku deretan novel.... 
wah!! menarik.. niatnya nk pinjam 1, si angah kasi 3 novel. bagus3....
last time aku membaca cenggini rasanya dah bertahun2... maunya dah lbh 10 thn.


gigih aku mambaca within a week time..
cuba soh khatam quran dalam seminggu... hancus...ish3... 
takpe2.. nanti aku improvekan diri

between those 3 novels, 1 tu dah dibuat drama. personally aku lg suka drama compared tu novel. hahaha.. tiz zaqyah kan.. mestilah suka ^_^
yg 2 others tu ok la... terselit2 18sx. walaupun x la melampau sangat tapi aku x kn bagi ank aku baca novel ni. huhuhu.. bahasanya agak direct... kalu berlapik tu masih boleh la.

aku rasa byk beza novel dulu dgn skang.
novel dulu2 aku suka baca... donia, novel ahadiat akasyah, etc... jalan cerita ok, penyampaiannya pun ok.. dramatik pun ye jugak.. dan yg bagusnya kurang @ takde unsur2 18sx..

ok, enough about reading..

skang nk tunjuk kasut baru.. laa ni kan dah 7 bln usia baby.. maka segala2nya semakin kembang termasuklah kaki.. serius gamol..
aku perasan yg makin lama makin ketat pulak sandle yg biasa aku pakai tu.. dan kebetulannya mmg sikit ari lg pasti sandle tu akn terkopak... so ari tu g bata.. konon2 nk cari comfort shoes la... tp langsung xde yg berkanan. kalu ada pun xde size.. sedih gila..

last2 g masuk kedai kasut apabendaentahnamanya... berkenan kat satu design ni, which is bukan type aku pakai jenis gini.. but why not tukar2 selera kan..
rasa2 cam cannot go, parking ajelah kasut tu kat rack.. time sesak2 nanti sure terpakai jugak.


cam design nyonya2 aku rasa... tp due to time constrain dan x larat nk membawak perut ke sana sini.. aku pejam mata je beli... dia xde basic color... choose either purple or peach..