taken from here
Air kelapa muda juga boleh digunakan untuk
perubatan kerana sifatnya yang semulajadi dan datang terus dari alam.
Seelok-elok air kelapa adalah air kelapa muda yang diambil dari pokoknya.
Air kelapa muda yang telah diruqyah apabila
dicampurkan dengan sedikit garam bukit sangat bagus untuk rawatan santau dan
batuk berdarah. Lebih-lebih lagi kalau sudah diruqyah dengan ayat-ayat al
Quran, selawat dan doa-doa kesembuhan yang warid dari Rasululullah saw.
Air kelapa yang dicampur dengan garam bukit juga
sangat bagus untuk rawatan ketagihan dadah, rokok dan seumpama dengannya.
Kaedah ruqyah yang sesuai untuk rawatan tersebut adalah membacakan 40 kali al
Fatihah kepada campuran tersebut.
Air kelapa mempunyai banyak khasiat yang dibuktikan
secara saintifik. Antaranya:
(1) Khasiat air kelapa membantu untuk menyejukkan
tubuh seseorang dan menormalkan suhu didalam badan.
(3) Air kelapa juga adalah merupakan ejen pengangkut khasiat seperti nutrien
dan oksigen ke sel tubuh seseorang.
(4) Apabila seseorang bersenam, tubuh mereka akan mengeluarkan air dari
dalam badan (peluh), air kelapa boleh dijadikan minuman berkhasiat untuk
menambah semula kandungan air didalam badan anda.
(5) Khasiat yang ada didalam air kelapa membantu untuk meningkatkan kadar
metabolisme seseorang.
(6) Air kelapa boleh dijadikan sebagai minuman diet. Ia kerana khasiatnya juga
turut membantu untuk mengurangkan berat badan seseorang.
(7) Khasiat air kelapa turut membantu untuk menyahtoksik dan juga melawan kuman
didalam tubuh anda.
(8) Air kelapa turut boleh digunakan sebagai rawatan sembelit. Ini kerana
khasiatnya membantu untuk membersihkan laluan sistem pencernaan seseorang dan
mengelakkan daripada tersumbat.
(9) Seorang peminum air kelapa juga akan meningkatkan sistem imunisasi didalam
badan mereka. Khasiat ini berguna untuk melawan penyakit.
(10) Kajian saintifik juga menunjukkan khasiat air kelapa mampu untuk mengawal
penyakit diabetis.
(11) Khasiat air kelapa terkenal untuk membantu tubuh melawan panyakit
selesema, demam dan juga AIDS.
(12) Air kelapa membantu untuk menstabilkan PH tubuh seseorang dan juga
berkhasiat untuk mengurangkan risiko kanser.
(13) Khasiat air kelapa turut digunakan untuk merawat penyakit buah pinggang
dan juga batu karang.
(14) Khasiat air kelapa membantu untuk melancarkan lagi peredaran darah didalam
tubuh seseorang.
loves,