Tuesday, June 03, 2014
Friday, May 30, 2014
cookies | biskut sagu cornflakes
ianya senang dibuat, rangup, kurang manis dan sedap.
thanks to resipicitarasawan. 1st time cuba resepi dr blogger ni.
based on gambar tu, ada 2 version..
satu letak m&m.... so bila dah habis, aku mixkan adunan dgn choc chip..
next time kalu nk buat yg letak choc chip, better pakai brown sugar dan letak sket serbuk koko.. ok?
anyway, ni resepi version sabasalbi
ari tu masa kat bakery dah amik serbuk badam, tp casher tu mungkin lupa masukkan dlm beg plastik..
bahan2 dan cara :
pukul sampai berkrim guna mixer bhn2 ni
[ 200gm mentega* + 20gm shortening + 100gm gula icing ]
*kalu marjerin, guna 180gm
then masukkan
[ 180gm tepung gandum + 100gm tepung sagu + 50gm cornflakes yg dikisar sdg2 halus ]
uli jadi doh sampai ianya x melekat kat tangan
rehatkan sekejab dlm 15-20 minit
pastu baru bentukkan jadi bulat dan tekan m&m kat bhgn tgh2
bakar 150C ~ 20 minit [ guna api bawah je ]
adunan ni dapat dlm 85pcs kalu guna measurement spoon 1/2tbs
Saturday, May 24, 2014
tips | membuat biskut yg rangup dan sedap ~ chef norzailina
copy.paste dari chef norzailina
Ada beberapa tips untuk mendapatkan biskut yg rangup dan sedap:
1. Panaskan ketuhar 10-15 minit sebelum membakar biskut.
2. Gunakan api bawah saja untuk membakar biskut. Lazimnya, suhu adalah 175 C-180 C.
3. Jika menggunakan api atas dan bawah serta kipas, turunkan suhu sebanyak 20 C menjadi 150 C-160 C (sekiranya suhu dalam resepi adalah 170-180 C).
4. Tambah sedikit tepung gandum jika adunan terlembik atau terlekat di tangan.
5. Tambah sedikit marjerin atau mentega jika adunan terlalu keras dan berderai atau sukar bersatu menjadi doh.
6. Adunan yang mempunyai bahan seperti oat, kacang atau emping jagung selalunya agak lembik selepas diuli tetapi akan keras bila dibiarkan lama.
7. Tutup adunan yang sudah diuli sementara menantikan masa ia dicanai.
8. Jika tin pembakar dialas dengan kertas silikon atau foil, tidak perlu dilengser dengan marjerin.
9. Gunakan marjerin untuk melengser, bukan mentega kerana mentega mudah hangus. Bahagian dasar biskut akan menjadi pahit jika hangus.
10. Bila menyapu kuning telur di atas biskut, pastikan tiada yang tertumpah ke atas tin pembakar kerana ia akan mudah hangus dan biskut melekat di tin.
11. Sebaik saja masak, ubah biskut ke atas redai supaya ia mudah sejuk. Jika dibiar, wap akan terkumpul di bawah biskut dan menyebabkannya tidak tahan lama (cepat berkulat).
12. Letak sedikit gula di dalam balang biskut supaya ia kekal rangup.
13. Letak paket berisi ‘silica’ agar biskut tahan lama dan tidak berkulat.
14. Adunan yang tidak habis dibuat boleh dibungkus kemas dan disimpan di dalam peti sejuk. Keluarkan dan biar lembut semula sebelum dicanai.

resepi | murtabak segera di pagi hari
ni menu utk sarapan pagi tadi... sedap jugak kalu nk wat utk minum ptg
bagi yg dah x larat nk makan jemput2, nasi lemak, mee goreng, roti canai, lempeng, etc... murtabak instant ni considered agak ringkas, mudah dan sedap. ada byk resepi boleh di google tp yg aku berkenan cuma yg ni dari MAT GEBU.
sebenarnya mcm kena wat kerja 2x... tp ianya x amik masa lama pun. within 1/2 hour dah bleh mkn
resepi [ my version ] ~ hidangan utk 3 org dewasa + 3 bdk kecik
celurkan 3.1/2 keping mee segera - ketepikan
tumiskan [ bwg putih + sikit halia + bwg merah yg ditumbuk ]
masukkan [ lada kering yg dikisar + serbuk kari ] tumis sampai garing
masukkan [ sedikit air, kiub daging knorr, ayam, daun bwg dan mee segera ]
masak sampai jadi cam mee goreng
bila mee dah ready, masukkan [ 7 biji telur yg dah dikocok + sikit garam + lada putih ] gaulkan sampai rata
then boleh masukkan kat magic pan. masak dalam 5 minit, pastu terbalikkan magic pan tu, masak lagi 5 minit.
biarkan sekejab dalam magic pan then baru bleh hidang.
kitaorg makan dengan sos cili.. bdk2 ni pulak suka letak mayonis sekali
Tuesday, May 13, 2014
resepi | sepatutnya ia adlh donut yg gebu + ringan
sepatutnya la..
tapi bila tangan yg x reti menguli ni yg buat... ianya jadi lembut di dalam tp garing di luar.
sungguh la x mcm donut cik jemah kat simpang depan umh sana.
seriously... ni la kuih yg x reti2 aku buat dr dulu. mcm2 resepi dah cuba tp x gebus.
huhuhu.. resepi x salah... tangan ni je yg kena praktis menguli lebih sket.
kesian adam.. entah bila ibu dia nk reti buat donut lembut + gebus.
anyway, kat bwh ni adlh resepi yg mudah.. dan x byk bahan [ke mmg ni je la bhn wat donut].
resepi diambik dr IzahMuffinLover.
bahan2 dan kaedah membuat
[ 250gm tepung gandum + 1.1/2 sdk yis kering ] ~ gaul rata
then campurkan ~ [ 50 gm gula + 2 biji kuning telur ] ~ gaul rata
masukkan ~ [ 50ml minyak masak + sedikit garam ] ~ gaul rata
masukkan [ 50-60ml air sejuk dr esbok ] sikit2 sambil uli sampai doh jadi lembut dan x melekat di tangan + mangkuk
rehatkan doh dlm 30 minit @ sekali ganda. pastu tumbuk2 kuarkan angin dan terap @ wat bulat2 manually. tak nak tebuk tengah pun ok
rehatkan another 30 minit... then boleh goreng dlm minyak yg sedang2 byk [ jgn kedekut minyak!!! ]
dengan api yg kecik je
dah siap pun...
Saturday, May 10, 2014
kempen 1 : jom bersabar
[ sticky post ]
<<< scroll down for new post >>>
here we go with the 1st campaign.
kat bawah tu ada objective and by the end of the campaign date, i will write down the output.
so, wish me luck !!!
OBJEKTIF
[1] kenalpasti apa itu kesabaran
me dlm bahasa mudah
menahan diri daripada naik angin @ marah @ tak redha terhadap mana2 perlakuan dan kata2 individu lain yg tidak sealiran pendapat dan fahaman
juga boleh rujuk di
[2] kenalpasti punca yg selalu m'jadikn diri jadi x sabar dan solusinya
- bila diri dlm keadaan penat... keadaan rumah amat tidak teratur, anak2 sibuk menjadi 'panglima'. dan w/pun dah ditegur berkali2, semua org still wat dono
- before : bdk2 ni mmg kena jerit dan paksa dorang kemas mana2 yg bersepah tu immediately... now : let it be.. sambil cuba utk calm down [dlm ati.... sabar ya sabariah..sabar. kalu ngamuk pun no point sbb sendiri jugak karang yg kena heart attack :p].. bila mcm syaitan dah jauh sikit... mintak dorang kemas mana yg patut, kena denda is compulsory dan explain apa kesalahan dorang. try to avoid denda yg melibatkan hukuman fizikal.. sebaliknya denda mcm ketuk ketampi, berdiri kat penjuru, tido, potong allowance sklh, etc based on situation.
--------------------------------------
- bila i'm the one yg supposedly rasa naik hantu, tetiba ada org lain yg lebih kuah dr sudu
- avoid org yg jenis gini..... there's one time masa tu nak kuar beramai2.. tetiba dengar ada suara yg pitching nya sgtlah high note sambil muka mcm nk telan org.... aku terus start enjin dan jalan. korang nak gaduh... sila la. make sure aku blk nanti korang dh settle.
--------------------------------------
- bila diri dlm situation nk cepat esp nk kuar, masa tu semua brg yg dicari x jumpa, time tu jugaklah ada org baru nk mintak itu ini [which is nak jugak time tu, x mau time lain]
- kalu jenis brg wajib bawak, terpaksa jugak dicari.. kalu x crucial, aku tinggal je.. dan kalu permintaannya msk akal... ya aku layan. kalu tidak... aku p masuk kete siap2... balik nanti kita citer ek...
--------------------------------------
- bila diri dlm situation down... either rasa % kepercayaan makin berkurang, apa yg dibuat tak dihargai or rasa hopeless yg amat
- before : nangis jek + simpan dalam hati... akan ada masa utk sessi luahan rasa later2 nanti [kot]. now : nangis jugak... tp cuba direct perkara tu kepada arah yg positive + doa banyak2. hmmm, nangis tu bleh kurangkan stress ok ^_^
[3] moral
kat atas tu cuma sebahagian je... but its more.less related dengan perangai sendiri dan perangai org.
ya, sebagaimana kita kdg2 x leh nk tolerate dengan perangai org.. org pun adakalanya feel the same way too..
take time to look your surrounding, siapa n mcm mana perangai org2 di persekitaran.
ada sbb kenapa dorang tu di sekitar kita.. mungkin Allah nk tunjukkan begitulah juga buruknya @ bagusnya perangai kita.. cuma, kita je yg x perasan atau x peduli.
dan belajarlah ikhlas dgn apa yg jadi...
yup, sabar itu tak mudah.. tp kalu kita mulakan sikit2.. insyaAllah lama2 ia akn jadi kebiasaan.
lgpun kalu diperhatikan... buruk sungguh rupa org yg suka @ cepat marah.. org kata nanti cepat tua..
ye tak?
[4] reward
no reward for this time sbb proses menjadi sabar ni akn ambik masa dan campaign ni akn diulang 2,3 kali sepanjang thn ni. kalu aku rasa yg aku dh berubah [at least 60%], baru aku pk camne nk reward kat diri sendiri...
till then, chaiyok2!!! jom bersabar :D
Subscribe to:
Posts (Atom)


