Monday, January 13, 2014

travelogue umrah 2014 | perasaan yg pelbagai rasa

hari tu bila en.epol kata nk bawak kitaorg sekeluarga g umrah... aku mcm caya x caya je..
ye la, dia kan baru je pergi bulan mei hari tu...  
cara dia bgtau pun xde la style serius... tu yg x berapa nk caya

but then bila dia dah suruh g amik gambo passport.. amik injection... 
insyaAllah 50% confirm lah ni kot kami semua akn pergi wat umrah


photos ~ en.google


alhamdulillah... alhamdulillah... alhamdulillah...
syukur Ya Allah sebab sudi menjadikan kami sekeluarga tetamuMU
bersyukur yg amat sbb diberi rezeki dan kelapangan utk beribadah + berziarah di Mekah dan Madinah

my feeling?
sangat excited but takut. maklum la org banyak dosa mmg feel mcm ni kot. huhuhu..
ni dah siap2 set dlm hati... kalu boleh kat sana nanti selain wat umrah, aku nk solat sunat byk2.. nak katam Quran semampu mungkin dan ....................... [byk sgt keinginannya, sampai x mampu nk tulis]
insyaAllah, kalu xde aral..... kami berangkat bulan feb 2014
skang ni tgh prepare apa2 yg patut..
baik fizikal maupun mental. doa pun x putus2 agar dipermudahkan segala urusan

anyway, kat bawah ni ada a few blogs yg bg aku bermanfaat utk dijadikan panduan esp for 1st timer.
selain g kursus... baca org lain punya experienced pun sikit byk dapat beri gambaran suasana kat sana dan kita bleh prepare apa yg patut.


Sunday, January 12, 2014

my blessed 2014

dah 12 hari rupanya.... kejab je kan datangnya 2014.
harap2 sempat lah sambung b'day yg ke 34 thn ni. 
anyway, as usual aku mmg xde new resolution.... sedangkan azam yg lama pun x berapa nk tercapai.. inikan pulak nk menambah yg baru.
takyah bikin stress utk diri sndr ye..

but..... this year is quite special. actually dapat rezeki yg diharap2kan.
alhamdulillah.. Allah bagi jugak kat aku walaupun hamba Dia yg sorang ni adakalanya "ke laut"

1st nya... insyaAllah kalu xde aral melintang menegak.. kami satu family akn g wat umrah sama2 dgn mak. lega rasanya bila mak agree nk join hari tu. rasanya lama gak memujuk.. tp ada je alasan yg dia bagi. mungkin rezeki aku kot dapat g ngan dia.

so far most of the things dah well prepared. itinerary pun dah dapat..
agensi pun kata semuanya dah settle.. tinggal bab2 personal rohaniah je lagi yg sepatutnya diperbanyakkan. insyaAllah.... harap2 dipermudahkan.

last week [kalu x silap]... aku ada mimpi pakai tudung labuh.. cam bdk2 SMKA pakai tu
bila bangun je.. terus teringat mimpi tu. then bila bgtau en.epol...
"hidayah tu........." pastu dia sengih2... motip??
wokey...... isterimu ini insaf. 
but seriusly... masa dlm mimpi tu cam damai je...

hmmm, maybe someday kot.. akn pakai yg 'ready-to-solat' kalu g memana.
doa2 la ye en.epol :)

dan yg keduanya...... b'day gift for en.epol..
b'day dia 17 ni... but he have to wait for couple of months to hold the gift.
insyaAllah bulan 8/9 ni
yg ni pun harap2nya berjalan lancar,
kesian beno tengok si kakak tu dok kena buli ngan adam n kechek..
mentang2 la dia berdua tu geng..
sabar ek kakak....


so.......

bila dah dapat 2 berita baik ni... tetiba je cam rasa

I WANT TO BE BETTER
in everything

tetiba semangat tu datang
actually aku nangis time aku wat test pregnancy tu.
bukan sebab aku x nk pregnant.
afraid that i can't be a good mother. tak bleh nk luangkan masa yg berkualiti utk each of them.
dan takut jugak bila dah bz ngan anak2, aku dah kureng ngan en.epol.
but still... alhamdulillah yg teramat.
walaupun aku bukan ibu mithali... Allah still bagi lagi sorang utk aku..

Monday, December 23, 2013

saki baki hidup yg x tau berapa lama lagi

pukul 4 pagi dah terjaga... pastu termangu depan meja...

entah kenapa susah tul nk lelap mlm ni
....mungkin sbb hidung tersumbat dan tekak sakit gara2 minum sirap limau sejuk 
....mungkin sbb siang td dah dpt tido se'ilan kot
....mungkin sbb rindu kat en.epol [ni bukan mungkin lg, tp mmg betul]
....mungkin sbb 'Dia' kejut soh buat solat taubat takpun mengaji

hmmmmmm

sejak dua menjak ni sebenarnya kerap terfikir pasal nk move on
move on to new phase of life
bila umur dah masuk 3 series, aku dah x byk lagi nak dikejarkan..
keje dah separuh puas... dapat suami pun elok2 saja... anak2 pun so far alhamdulillah... surrounding pun ok
kejarkan redha Dia je yg x cukup lagi

move on kat sini bukan sekadar spritual... 
fizikal pun nak jugak.. nk buang lemak2 tepu yg ada ni so that bleh pakai baju lawa2.... 
bajet nk jadi wanita anggun lg bersantun.. muahahaha..

org kata kalu dah terdetik dalam hati nk berubah [pd kebaikan]... buat la cepat2..
jgn ditangguh.. takut2 tu seruan yg terakhir utk kita
ish seram pulak tiba2

aku x takut nk berubah.. cuma takut x leh istiqamah
buat sekejab je... pastu blk pada asal
susah tul nak dapat 'kekuatan' bila tang nak wat benda baik2 ni kan...
hai la setan... p kacau org lain la.. jgn kacau aku wei!!

Insan tidak boleh berputus asa dengan hidupnya. Tidak boleh berputus harap terhadap masa depan yang berada di tangan Tuhan. Rahmat Allah itu sangat luas, DIA tidak pernah mensia-siakan sesiapa benar-benar ikhlas ingin kembali kepadaNYA. Allah itu bukan sahaja menerima taubat bahkan memberikan pelbagai anugerah kepada orang-orang yang kembali kepadaNYA dengan pelbagai anugerah yang istimewa. Di samping DIA kadang-kala menguji keikhlasan dan kesungguhan hamba-hambaNYA yang kembali kepadaNYA itu, DIA juga membuka pelbagai pintu yang tidak disangka dan diduga.



hai hati... bertabah lah.. chaiyok2

Friday, December 20, 2013

x mau join that group

kat rumah ni ada 2 tv.. 1 kat living hall... guna hyyp.tv 
another 1 kat family hall, pakai antenna biasa... so gambar x berapa cantik.. dan bdk2 ni x berapa suka nk tgk.
biasalah kan kalu ada 1 tv... semuanya berebut nk tgk channel masing2..
so bergaduh la si adam ni dgn tok baknya
kadang2 aku rasa cam kalakar... kadang2 menyirap jugak..

but lately ni nampaknya 2 org ni dah mcm ada mutual agreement.
pagi.... time for kids. by the time kul 12... tok bak's time.
kakak je tak heran dgn semua tu.
she prefer do her exercise or coloring... [nasib baik, kalu x lg parah]
tp si kechek ni pun bleh tahan gak... ada masa dia soh bukak u.tube.... 
bila kechek yg request.. kalah la semua org..

and me.... of cos x koser nk berebut tv..
currently kalu aku nk tgk apa2, aku tgk kat tonton.. jarang pun tgk drama2 ni kecuali ada org recommend ckp citer tu sedap... 
dr tgk drama melayu, baik aku layan citer korea kat maaduu.com
hollywood pun aku dh tak layan sbb biasanya ada je scene yg 18sx.. bdk2 ni rajin menyelit time aku tgk... malas nk menjawab kalu dorang tanya lbh2..

citer korea so far boleh lagi la.
aku suka citer korea sbb dlm semua citer yg aku pernah tgk, most of them akan terapkan "SAYANGKAN FAMILY ANDA"... bukan setakat cinta2 melankolik.. selain pelakon dia comel2...

ni antara cerita yg aku aku suka tgk
 

perfect routine

i guess the following will be my perfect routine starting next year
gigih la nk bangun kul 5 lbh kan...
nway aku wat schedule yg simple je sbb x nak peningkan kepala.
yg penting samada aku boleh konsisten atau tak...

wish me luck :D

p/s : ni schedule bila en.epol xde kat umh... kalu dia ada, kena wat schedule alternatif

0545 - bangun tido, mandi dan subuh
0615 - sediakan breakfast dan bekal utk adam
0700 - hantar adam g sekolah
0800 - dhuha, "me and kechek time"
1115 - sediakan bekal dan hantar ana ijah g sekolah
1130 - berkemas dan masak utk lunch
1245 - "me time"
1330 - zohor
1510 - amik ana ijah dan adam
1630 - asar dan riadah
1815 - dinner
1900 - maghrib dan ngaji
2000 - bdk2 buat homework, etc
2130 - isyak dan tido

notes :
  • aktiviti ke kipmart, tesco, etc harus dibuat either sabtu/ahad atau masa "me time" yg 45 minit tu
  • bekal adam : air sedap, roti, muffin, apam, simple pizza, sandwich telur, roti john ATAU as a lauk tambahan masa dia lunch [ayam goreng, nugget, etc]
  • bekal ana ijah : air sedap, roti, muffin, apam, simple pizza, sandwich telur, roti john, biskut, koko crunch, honey star, etc 

Thursday, December 19, 2013

darah istihadah

oleh: Husna Hassan
Pada umumnya, darah yang keluar dari rahim wanita dianggap darah haid kerana lazimnya mengalir mengikut putaran bulanan. Namun selain itu terdapat faktor-faktor lain yang menyebabkan darah itu keluar tidak mengikut putarannya, maka ia dianggap darah istihadah.
Apakah itu darah istihadah? Istihadah ialah darah yang keluar bukan pada waktu haid dan juga bukan dalam tempoh nifas. Menurut Syeikh Muhammad bin Saleh al-Uthaimin, istihadah ialah darah yang keluar terus-menerus pada seorang wanita tanpa henti sama sekali atau berhenti sebentar dalam sebulan.
Daripada takrif yang dikemukakan di atas, terdapat dua keadaan istihadah iaitu:
Keadaan pertama: darah yang keluar tanpa henti-henti.
Keadaan kedua: darah tidak keluar berterusan, sebaliknya berhenti seketika dan keluar semula.
Terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah r.ha. bahawa Fatimah binti Abu Hubaisy berkata kepada Rasulullah s.a.w: “Ya Rasulullah, sungguh aku ini tak pernah suci, apakah aku perlu meninggalkan solat?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Tidak, itu adalah darah penyakit. Namun tinggalkan solat sebanyak hari yang biasanya kamu haid sebelum itu, kemudian mandilah dan lakukan solat.” (Riwayat al-Bukhari)
Manakala riwayat daripada Hamnah binti Jahsy, ketika datang kepada Rasulullah s.a.w., dia berkata: “Ya Rasulullah, sungguh aku sedang mengalami istihadah yang deras sekali.” (Riwayat al-Bukhari, Ahmad, Abu Daud dan al-Tirmizi)
Bagaimana Mengenali Istihadah
Masih ramai wanita terutamanya remaja yang masih keliru dalam membezakan antara darah haid dengan istihadah. Jadi, bagaimana hendak membezakan antara kedua-dua jenis darah ini? Berikut adalah empat keadaan istihadah:
1. Darah yang keluar kurang daripada had masa minimum haid iaitu sehari semalam.
2. Darah yang keluar melebihi had masa maksimum haid iaitu 15 hari.
3. Keluar darah sebelum umur minimum haid iaitu sebelum berumur 9 tahun.
4. Darah yang keluar lebih daripada tempoh maksimum nifas iaitu 60 hari.
Keadaan Wanita Mustahadah
Dr. Abdul Karim Zaidan membahagikan keadaan wanita mustahadah kepada empat seperti jadual di bawah (turut disertakan ialah cara-cara menentukan sama ada itu darah haid atau istihadah):

Keadaan
Haid
Kaedah Menentukan Sama Ada Darah yang Keluar Haid Atau Istihadah
Tamyiz (Membezakan)
Adat
Pertama
Dapat membezakan antara darah haid atau bukan.
Tidak ada kebiasaan tertentu bagi waktu haid.
Tamyiz iaitu dengan membezakan warna darah. Darah yang berwarna gelap, pekat dan berbau dianggap darah haid. Sebaliknya darah yang berwarna kekuningan, cair dan tidak berbau dianggap istihadah.
Kedua
Tidak dapat membezakan antara darah haid atau bukan.
Mempunyai kebiasaan waktu tertentu bagi haid.
Mengikut jumhur fuqaha, waktu istihadah dikira menggunakan kaedah adat. Sekiranya kebiasaan haidnya ialah 7 hari, maka hari ke-8 adalah istihadah.
Ketiga
Tidak dapat membezakan antara darah haid atau bukan.
Tidak ada kebiasaan tertentu bagi waktu haid.
Maka cara menentukannya ialah berdasarkan adat kebiasaan wanita lain. Menurut Syeikh Uthaimin, wanita tersebut boleh mengikut kebiasaan haid wanita yang mempunyai fizikal atau umur yang hampir sama dengannya, wanita yang mempunyai hubungan kekeluargaan yang dekat atau lain-lain pertimbangan.
Keempat
Dapat membezakan antara darah haid atau bukan.
Mempunyai kebiasaan waktu tertentu bagi haid.
Mesti menggunakan kedua-dua kaedah iaitu tamyiz dan adat sekiranya darah yang memenuhi ciri-ciri darah haid keluar dalam tempoh biasa haid, sekiranya boleh diguna kedua-dua kaedah tersebut.
Namun sekiranya adat dan kebiasaan tidak selari, maka menurut mazhab Hanbali, ada 2 pendapat:
1. Tamyiz diutamakan.
2. Adat lebih diutamakan.

Hukum-hukum Istihadah
Memandangkan istihadah bukan darah haid dan dianggap darah penyakit, maka hukum istihadah tidak menyamai hukum haid. Wanita yang mengalami istihadah tidak perlu mandi wajib. Mandi hanya perlu setelah tamat tempoh haid.
Bagi wanita yang berada dalam keadaan istihadah juga, mereka tetap wajib menunaikan solat seperti biasa. Namun mereka perlu berwuduk bagi setiap kali solat yang hendak ditunaikan. Ini berdasarkan saranan Rasulullah s.a.w. dalam sabda Baginda yang bermaksud: “Kemudian berwuduklah kamu setiap kali hendak solat.”(Riwayat al-Bukhari)
Perlu diingat bahawa wanita mustahadah perlu berwuduk untuk satu solat, bukan satu wuduk untuk dua solat. Ini bermakna, wanita mustahadah tidak boleh “menyimpan” wuduk bagi solat Maghrib untuk digunakan dalam solat Isyak.
Selain itu, wanita mustahadah juga perlu membersihkan darah istihadah itu setiap kali sebelum berwuduk. Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Hamnah yang bermaksud: “Aku beritahukan kepadamu (agar menggunakan) kapas kerana kapas dapat menyerap darah.” Hamnah berkata: “Darahnya lebih banyak daripada itu.” Baginda bersabda lagi yang bermaksud: “Gunakan kain.” Jawab Hamnah: “Darahnya masih banyak.” Baginda berkata lagi yang bermaksud: “Maka pakailah penahan.” (Riwayat al-Tirmizi)
Dalam konteks zaman kini, penahan yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. itu ialah tuala wanita. Sekiranya telah dibersihkan darah istihadah dan ditukar dengan tuala wanita yang baru, darah tetap mengalir selepas berwuduk, maka wuduk tersebut tetap sah untuk satu solat.
Mungkin bagi wanita yang telah berumah tangga, mereka tertanya-tanya, apakah boleh mereka “bersama” suami? Menurut Syeikh al-Uthaimin, ulama berbeza pendapat dalam masalah ini. Sebahagian mereka berkata elok dielakkan selama mana tidak menyebabkan zina. Namun hakikatnya, tiada sebarang larangan pada zaman Rasulullah s.a.w. dan sahabat dalam hal ini. Jadi, berdasarkan hukum wanita mustahadah dibolehkan solat, maka Syeikh Uthaimin berpendapat bahawa mereka boleh bersama suami.
Rujukan:
Syeikh al-Uthaimin, fi al-Dima’ al-Tibbiyah li al-Nisa’.
Muhammad Athiyah Khumais, Fiqih Wanita.
Dr. Abdul Karim Zaidan, al-Mufassal di Ahkam al-Mar’ah.

Sumber: SOLUSI


other links