Friday, September 06, 2013

home project | tv console


contractor : DEWANI kipmart masai
size : 6' x 8'
concept : modern
material : entah... en epol je yg tau. but definitely nampak kukuh dan cun
installation : less than 5 hour. lmbt time nak pasang bracket tv je. yg lain laju..
price : less than $4k





Thursday, September 05, 2013

my boyfriend

dah lama x citer pasal bdk ni...


  • diam x diam dah dekat 2 thn umurnya... besar dah bujang sorang ni. 
  • still nyusu bdn..................... [ke ngempeng je lbh]
  • beratnya masih x sampai 10kg kot... last timbang ari tu 8kg+.... but still in range yg ok. x tergolong dlm line kuning mcm kakak dia
  • baju2 lama masa umur 6 bln still bleh pakai. bdk ni sgt menjimatkan :D
  • but within this 2 mth, dah 2 kasut dia hilangkan..........
  • kedekut senyum esp to the stranger.. enjin pun lambat panas.. tp bila dah panas, rasa cam nk letak dlm store.. x leh handle bila rumah org dia wat mcm rumah sndr
  • sangat lasak.. sangat pantas.. dan sgt best utk dilanyak2 sblm tido
  • new vocab : nenek, tetek [dah x larat nk ajar sebut susu.... tek jugak yg kuar dr mulut dia], iiibuuuu [yes, finally], jab, nyum [x semestinya pd mkanan... kucing pon dia panggil nyumm]
  • new activity : mandi... MIN 10 mnt. awal sket confirm menjerit.




Monday, September 02, 2013

cerita[s]

cerita 1

mesin rumput yg baru beli tu dah rosak.. dah repair pun..... dan dah rosak semula
nyampah!
so sebelum jadi semak samun + belukar
meh le kita dapatkan semula service abg la

berbual dgn dia

u punya mesin rumput ni dah lama ke pakai?
sudah lama....ini mahal punya.. $1800... angkat dkt pekan nanas
jauhnya....
kena pakai barang bagus. ini japan punya [mitsubishi].. barang china ada jugak. murah2... tp x bagus

gulp.....
terasa ai!

cerita 2

aku rasa next year nak tak nak kena gak wat open house
sebab....................

jumaat ngan sabtu lepas ada member datang beraya
jumaat dan tgh hari sabtu tu ok lagi.... rajin lg la aku nk masak
then sorang lg datang around kul 4.........
masa tu aku tgh menido kan kechek which is aku pun lelap sama [baru lepas ngemop living hall]....

yg bestnya dia siap bawak makanan sndr dan utk bdk 3 org ni
segan beb! nasib baik member ngam...
hulurlah aku kat diorg setakat kuih raya n air sirap gula batu...

hmmmm, kejadian ni menyedarkan aku yg...
aku ni dah x larat nk tapau semua keje... mengadap kechek sorang ni je pun bersamaan mengadap 10 org bdk besar.. 
dan


pasni aku kena tukar mindset... yg fokus aku skarang adlh mendidik bdk2 ni.. x yah dok berangan nk nyambil2 cari duit sbb aku bukan jenis multitasking. huhu....

cerita 3

ephyra is in the house.. beli dr tuan blog INI..
bank in ari jumaat.. isnin pagi dah sampai depan umh... sangat suka dgn servicenya yg laju
harap2 benda alah ni bleh synchronize dgn sistem badan aku very well...




Tuesday, August 27, 2013

andai ku mampu

suara sedihnya masih terngiang2 sampai laa time nk melelapkan mata tadi
serius.. seandainya aku mampu ke sana
mungkin hanya ini yg mampu aku bgtau utk kasi dia sedikit ketenangan
tp biasanya air mata yg mencurah dulu sblm sempat berkata
benda2 mcm ni sensitif sikit
walaupun aku nampak cam sedikit hati kering, tp sebenarnnya bila masuk bab sedih2 ni aku sgt fragile


**************

sabar la ye.... sabar banyak...
kita tau... mungkin ia x semudah yg dicakap
kita tau... berat mata memandang, berat lg bahu memikul.
tp sabar je la ubat yg paling mujarab utk merawat hati

seandainya kat sini sikit pun kebahagian yg tak pernah dikecap..
bertahanlah... mungkin dah tak lama mana
insyaAllah....
bila dah ada di sana
Allah akan bg suami yg paling kacak, paling baik, paling bertoleransi dan paling menghargai
Allah akan bagi seramai mana ank2 yg soleh, dengar kata dan meyenangkan hati

bertahan lah....
insyaAllah, akan ada bahagia yg menunggu di sana

Monday, August 26, 2013

beraya tp cam x beraya... apakah itu?

selamat hari raya aidilfitri.. mohon maaf zahir dan batin.
haha.... raya dah nk masuk 3 minggu baru nak maaf zahir batin... poyo sungguh!

this year punya raya adalah x berapa nk feel sgt. 

mungkin... dah bajet en.epol kena balik laut masa raya kedua.
gigih laki ku itu beli tiket bas... sampai kena g larkin bagai.
last2 en boss kata sila lah bercuti sepuasnya selama 2 minggu lagi.
org tu semangat raya nya dah kureng, walaupun dpt cuti panjang...... tetap mood raya nya x mari
tp dalam xde mood tu, habis gak beraya umh sedara mara...
sempat gak berjimba mandi manda kat tg balau. lalala....

mungkin... thn ni kena raya umh sndr. hmmm, patutnya happy kan. hoho..... happy la kot. cuma x terbiasa kena masak mknan raya sorang2... ops.. masak bersama kechek. boss besar tu mana bleh kasi can ibu dia aman damai kat dapur. biasa kan masak ngan omak atau mak mertua... bila kena msk sndr ni, terasa cam di perantauan pulak. hmmm, perantauan la sgt kan.

masak dgn ank kecik ni agak mencabar. dr lepas sahur aku mula, waktu asar baru siap. slow gila masak.. utk menu last, aku cuma sediakan bahan2.... menumis, campak itu ini... but endingnya en.epol yg settlekan. tu yg bangga gila dia thn ni bila dia mampu buat kakak si gendut itu jatuh cinta pada serunding daging hasil "air tangan" seorang ayah. haha!

rasa aku la.. bila umur dah makin banyak ni, celebration utk raya tu dah x berapa sgt. mungkin lbh menghargai ramadhan gamaknya... harap2 la. bdk2 je lah yg seronok.. seronok sbb dapat kumpul duit. 

adam dah berkira2 nk beli i-pad guna duit raya. hahaha... x dapat ceq! bersungguh2 dia mengira duit... boleh pulak dia ingat berapa note merah n hijau yg dia dapat. kat umh nek munah [raya kali ke 2, sungguh la x segan beraya sampai 2 kali]... dia siap bgtau yg dia nk note warna merah. terkejut aku...... mentang2 g umh sedara, laju nk mintak sepuloh hinggit ek.
bila tanya apesal ckp mcm tu..... jawabnya : mmg la kena kumpul duit merah tu byk2, baru dapat beli i-pad.
wokei........ ye2. mmg make sense utk dia wat benda tu tp dia x  realise yg perbuatannya tu x berapa nk comei..

anyway, ni baru blk dr umh mak. bayar balik utang dah lama x tido sana...
moga raya thn depan x mcm ni. at least, ada la gambo raya family sekeping dua.. drpd xde langsung mcm thn ni.



Friday, August 02, 2013

aku nak masuk syurga

seorang ustaz dalam ceramahnya ada kata

bila masalah datang menimpa
redha .... itulah sikap kita yg perlu ada
dengan begitu baru hati akan jadi lega

dah berbulan rasanya aku mencuba
tp entah kenapa hati ni masih mcm tu juga
susah betul nk memujuk hati yg hiba dan tak tentu rasa

bila difikir yg diri ni nk bersenang2 di syurga
apa bleh buat... kita layankan saja
harap2 esok lusa semuanya berubah seperti biasa

ianya bukanlah derita, cuma kadangkala terasa dunia ni malap seketika
nk menjerit dah hilang suara
nk menangis pun dah nak kering air mata
apa lagi yg mampu dibuat... diam2 dan tutup mata

bersabarlah hati dan ingat yg Allah itu sentasa ada
moga tempat ku confirm di syurga bila dah tinggalkan dunia