Friday, May 30, 2014

cookies | biskut sagu cornflakes


ianya senang dibuat, rangup, kurang manis dan sedap.
thanks to resipicitarasawan. 1st time cuba resepi dr blogger ni.


based on gambar tu, ada 2 version..
satu letak m&m.... so bila dah habis, aku mixkan adunan dgn choc chip..
next time kalu nk buat yg letak choc chip, better pakai brown sugar dan letak sket serbuk koko.. ok?

anyway, ni resepi version sabasalbi
ari tu masa kat bakery dah amik serbuk badam, tp casher tu mungkin lupa masukkan dlm beg plastik..


bahan2 dan cara :

pukul sampai berkrim guna mixer bhn2 ni
[ 200gm mentega* + 20gm shortening + 100gm gula icing ]
*kalu marjerin, guna 180gm

then masukkan
[ 180gm tepung gandum + 100gm tepung sagu + 50gm cornflakes yg dikisar sdg2 halus ]
uli jadi doh sampai ianya x melekat kat tangan

rehatkan sekejab dlm 15-20 minit
pastu baru bentukkan jadi bulat dan tekan m&m kat bhgn tgh2
bakar 150C ~ 20 minit [ guna api bawah je ]

adunan ni dapat dlm 85pcs kalu guna measurement spoon 1/2tbs

Saturday, May 24, 2014

tips | membuat biskut yg rangup dan sedap ~ chef norzailina


copy.paste dari chef norzailina


Ada beberapa tips untuk mendapatkan biskut yg rangup dan sedap:


1. Panaskan ketuhar 10-15 minit sebelum membakar biskut.

2. Gunakan api bawah saja untuk membakar biskut. Lazimnya, suhu adalah 175 C-180 C.

3. Jika menggunakan api atas dan bawah serta kipas, turunkan suhu sebanyak 20 C menjadi 150 C-160 C (sekiranya suhu dalam resepi adalah 170-180 C).

4. Tambah sedikit tepung gandum jika adunan terlembik atau terlekat di tangan.

5. Tambah sedikit marjerin atau mentega jika adunan terlalu keras dan berderai atau sukar bersatu menjadi doh.

6. Adunan yang mempunyai bahan seperti oat, kacang atau emping jagung selalunya agak lembik selepas diuli tetapi akan keras bila dibiarkan lama.

7. Tutup adunan yang sudah diuli sementara menantikan masa ia dicanai.

8. Jika tin pembakar dialas dengan kertas silikon atau foil, tidak perlu dilengser dengan marjerin.

9. Gunakan marjerin untuk melengser, bukan mentega kerana mentega mudah hangus. Bahagian dasar biskut akan menjadi pahit jika hangus.

10. Bila menyapu kuning telur di atas biskut, pastikan tiada yang tertumpah ke atas tin pembakar kerana ia akan mudah hangus dan biskut melekat di tin.

11. Sebaik saja masak, ubah biskut ke atas redai supaya ia mudah sejuk. Jika dibiar, wap akan terkumpul di bawah biskut dan menyebabkannya tidak tahan lama (cepat berkulat).

12. Letak sedikit gula di dalam balang biskut supaya ia kekal rangup.

13. Letak paket berisi ‘silica’ agar biskut tahan lama dan tidak berkulat.

14. Adunan yang tidak habis dibuat boleh dibungkus kemas dan disimpan di dalam peti sejuk. Keluarkan dan biar lembut semula sebelum dicanai.


resepi | murtabak segera di pagi hari

ni menu utk sarapan pagi tadi... sedap jugak kalu nk wat utk minum ptg

bagi yg dah x larat nk makan jemput2, nasi lemak, mee goreng, roti canai, lempeng, etc... murtabak instant ni considered agak ringkas, mudah dan sedap. ada byk resepi boleh di google tp yg aku berkenan cuma yg ni dari MAT GEBU

sebenarnya mcm kena wat kerja 2x... tp ianya x amik masa lama pun. within 1/2 hour dah bleh mkn



resepi [ my version ] ~ hidangan utk 3 org dewasa + 3 bdk kecik


celurkan 3.1/2 keping mee segera - ketepikan

tumiskan [ bwg putih + sikit halia + bwg merah yg ditumbuk ]
masukkan [ lada kering yg dikisar + serbuk kari ] tumis sampai garing
masukkan [ sedikit air, kiub daging knorr, ayam, daun bwg dan mee segera ] 
masak sampai jadi cam mee goreng

bila mee dah ready, masukkan [ 7 biji telur yg dah dikocok + sikit garam + lada putih ] gaulkan sampai rata
then boleh masukkan kat magic pan. masak dalam 5 minit, pastu terbalikkan magic pan tu, masak lagi 5 minit.

biarkan sekejab dalam magic pan then baru bleh hidang.
kitaorg makan dengan sos cili.. bdk2 ni pulak suka letak mayonis sekali

Tuesday, May 13, 2014

resepi | sepatutnya ia adlh donut yg gebu + ringan

sepatutnya la..
tapi bila tangan yg x reti menguli ni yg buat... ianya jadi lembut di dalam tp garing di luar.
sungguh la x mcm donut cik jemah kat simpang depan umh sana.

seriously... ni la kuih yg x reti2 aku buat dr dulu. mcm2 resepi dah cuba tp x gebus.
huhuhu.. resepi x salah... tangan ni je yg kena praktis menguli lebih sket.
kesian adam.. entah bila ibu dia nk reti buat donut lembut + gebus.

anyway, kat bwh ni adlh resepi yg mudah.. dan x byk bahan [ke mmg ni je la bhn wat donut].
resepi diambik dr IzahMuffinLover



bahan2 dan kaedah membuat

[ 250gm tepung gandum + 1.1/2 sdk yis kering ] ~ gaul rata
then campurkan ~ [ 50 gm gula + 2 biji kuning telur ] ~ gaul rata
masukkan ~ [ 50ml minyak masak + sedikit garam ] ~ gaul rata
masukkan [ 50-60ml air sejuk dr esbok ] sikit2 sambil uli sampai doh jadi lembut dan x melekat di tangan + mangkuk

rehatkan doh dlm 30 minit @ sekali ganda. pastu tumbuk2 kuarkan angin dan terap @ wat bulat2 manually. tak nak tebuk tengah pun ok
rehatkan another 30 minit... then boleh goreng dlm minyak yg sedang2 byk [ jgn kedekut minyak!!! ]
dengan api yg kecik je

dah siap pun...

Saturday, May 10, 2014

kempen 1 : jom bersabar


[ sticky post ]
<<< scroll down for new post >>>


here we go with the 1st campaign.
kat bawah tu ada objective and by the end of the campaign date, i will write down the output.

so, wish me luck !!!



OBJEKTIF

[1] kenalpasti apa itu kesabaran

me dlm bahasa mudah
menahan diri daripada naik angin @ marah @ tak redha terhadap mana2 perlakuan dan kata2 individu lain yg tidak sealiran pendapat dan fahaman

juga boleh rujuk di


[2] kenalpasti punca yg selalu m'jadikn diri jadi x sabar dan solusinya

  • bila diri dlm keadaan penat... keadaan rumah amat tidak teratur, anak2 sibuk menjadi 'panglima'. dan w/pun dah ditegur berkali2, semua org still wat dono
  • before : bdk2 ni mmg kena jerit dan paksa dorang kemas mana2 yg bersepah tu immediately... now : let it be.. sambil cuba utk calm down [dlm ati.... sabar ya sabariah..sabar. kalu ngamuk pun no point sbb sendiri jugak karang yg kena heart attack :p].. bila mcm syaitan dah jauh sikit... mintak dorang kemas mana yg patut, kena denda is compulsory dan explain apa kesalahan dorang. try to avoid denda yg melibatkan hukuman fizikal.. sebaliknya denda mcm ketuk ketampi, berdiri kat penjuru, tido, potong allowance sklh, etc based on situation.

--------------------------------------

  • bila i'm the one yg supposedly rasa naik hantu, tetiba ada org lain yg lebih kuah dr sudu
  • avoid org yg jenis gini..... there's one time masa tu nak kuar beramai2.. tetiba dengar ada suara yg pitching nya sgtlah high note sambil muka mcm nk telan org.... aku terus start enjin dan jalan. korang nak gaduh... sila la. make sure aku blk nanti korang dh settle.

--------------------------------------

  • bila diri dlm situation nk cepat esp nk kuar, masa tu semua brg yg dicari x jumpa, time tu jugaklah ada org baru nk mintak itu ini [which is nak jugak time tu, x mau time lain] 
  • kalu jenis brg wajib bawak, terpaksa jugak dicari.. kalu x crucial, aku tinggal je.. dan kalu permintaannya msk akal... ya aku layan. kalu tidak... aku p masuk kete siap2... balik nanti kita citer ek...
--------------------------------------
  • bila diri dlm situation down... either rasa % kepercayaan makin berkurang, apa yg dibuat tak dihargai or rasa hopeless yg amat 
  • before : nangis jek + simpan dalam hati... akan ada masa utk sessi luahan rasa later2 nanti [kot]. now : nangis jugak... tp cuba direct perkara tu kepada arah yg positive + doa banyak2. hmmm, nangis tu bleh kurangkan stress ok ^_^

[3] moral

kat atas tu cuma sebahagian je... but its more.less related dengan perangai sendiri dan perangai org.
ya, sebagaimana kita kdg2 x leh nk tolerate dengan perangai org.. org pun adakalanya feel the same way too..

take time to look your surrounding, siapa n mcm mana perangai org2 di persekitaran.
ada sbb kenapa dorang tu di sekitar kita.. mungkin Allah nk tunjukkan begitulah juga buruknya @ bagusnya perangai kita.. cuma, kita je yg x perasan atau x peduli.

dan belajarlah ikhlas dgn apa yg jadi... 
yup, sabar itu tak mudah.. tp kalu kita mulakan sikit2.. insyaAllah lama2 ia akn jadi kebiasaan. 
lgpun kalu diperhatikan... buruk sungguh rupa org yg suka @ cepat marah.. org kata nanti cepat tua..

ye tak?

[4] reward

no reward for this time sbb proses menjadi sabar ni akn ambik masa dan campaign ni akn diulang 2,3 kali sepanjang thn ni. kalu aku rasa yg aku dh berubah [at least 60%], baru aku pk camne nk reward kat diri sendiri...


till then, chaiyok2!!! jom bersabar :D

Monday, May 05, 2014

nama my coming baby girl [ kalu girl la ^_^ ]

baby lg 23++ minggu nak kuar.. moh le kita cari nama yg sesuai utk si dia ini.
spec2 yg harus ada... of cos la b'maksud yg baik2, sedap kat telinga ibu ayah, senang nk sebut dan x panjang sgt [sbb kesian nanti dia kena amik masa tulis nama sndr masa exam ~ padahal!!!]

dulu

konon2nya ada tema.. nama modern campur ngan nama nabi, org2 soleh, etc...
but bila masuk je no 3, terus hilang tok nenek tema
org tu la... x nk pilih nama yg dah di list kan..

so, bajet kali ni cam bleh dapat ank gegirl
meh kita shortlisted kan nama yg berkenan di hati
[kalu lelaki, en epol yg kena gigih pk nama yg dia suka]

nur aliyah khaliesah
cahaya / yg tinggi / yg jujur
[ nama ni supposedly jadi nama kakak.. entah mcm mana bleh terletak nur ariana khadijah pulak ]

nur izah izzati
cahaya / pengajaran / kemuliaanku, kekuatanku

nur athirah kamilia
cahaya / yg utama, yg mulia / bunga, suci

nur zahiah aqilah
cahaya / yg cantik dan berseri / yg bijak, yg mulia


pilihan nama mmg 'not modern name' sbb kalu letak nama yg latest mcm qistina, alyssa, qaseh dan sewaktu dgnnya... pasti dalam kelas akn ada 2,3 org yg namanya sama..
lagipun dah kena... sejak adam kat tadika lagi.. sampai la dah darjah 1 ni... nasib baik x letak danish ke..irfan, darwisy, rayyan, etc. lagi la ramai yg suka nama tu.

actually masa ank dara dulu aku suka nama mcm... hakimi, amir, asyraf, harith (fav name), syafiqah, amirah, fatin, aisyah...
but........... bila my surrounding dah guna nama2 tu.. cam x best pulak nk letak nama yg sama.

btw.. in case of en.epol x smpt pk nama baby boy...
ni antara suggestion yg sempat difikirkan

amir hamizan
ketua, pemerintah / cerdik, kuat, tampan

asyraf hifzhan
yg mulia / pemeliharaan



Friday, May 02, 2014

6 months already...lol

as to date, rupa2nya my pregnancy dah almost 6 months.
sekejapan betul rasanya. brg2 utk baby semuanya x ready lagi ni.
hehe... baby yg no 2 onwards biasanya x sekelamkabut mcm baby yg 1st.

dah ada experinced, so insyaAllah everythings will be alright.
cuma perlu sediakan duit je  ^__^

for this time, aku x g register n checkup kat klinik kesihatan.
got no time for the long q.. sedangkan kat bakar batu yg x ramai manusia tu pun kdg2 amik 2,3 jam... apatah lg yg kat pasir gudang ni.. mau makan 1/2 hari.

but ari tu ada jugak la pg.. konon2 just nk bukak buku je.
tp entah mcm mana bengong aku sampai time jumpa nurse tu... aku bleh tertanya..

"kalu lepas ni sy nk buat check up kat luar bleh x?"

nurse tu pun senyum [sinis] dan jawab 
"kalu mcm tu, baik puan g cari klinik luar terus. x yah bukak buku pink kat sini. skang byk klinik swasta yg dah provide buku mengandung"

"takpe ke x register"

"owh... takde masalah...... as long puan ada record + update pasal kandungan puan, it should be no probs. apa yg kita x mahu, puan dtg bersalin nanti tanpa bwk apa2 record"

ok, noted.

actually masa mengandungkan si aidil ari tu ada probs sket.
that time kan aku tgh pindah dr bayu ke PG. so, even masa dh pindah sepenuhnya kat PG, aku still g checkup kat BB sbb x ramai org. rupa2nya dorang dtg umh... dan jiran2 aku semuanya bgtau yg aku dh pindah.

so nurse kat situ sound aku... dan bg aku dua2 buku pink utk register kat KK PG.
punyalah kan............ x nk b'jwb kalu apa2 jadi.
last2 aku g klinik private je. senang citer. itupun pg berapa kali je sbb lps tu ikut epol g t'ganu.

hmmm, my advice to those yg x punya masa yg byk utk g checkup...
g je la klinik swasta. eventho there's a price u have to pay, at least u wont wait too long. dan your precious time tu bleh buat benda2 lain yg lbh produktif.


ni scan masa baby 4 mths ++
alhamdulillah, so far baby in good conditions. ETA 26th August ni..