Friday, March 21, 2014

travelogue umrah 2014 | makkah yg penuh berkah [part 2]

this gonna be the last post [kot].. dah sebulan lbh tertangguh nk menyettlekan...

btw, kat sana kitaorg x de masalah dgn mknan.. lauknya tiap2 hari b'tukar.
but main dishes adlh ayam @ gading, ikan dan ulam.. ada jugak dia provide sambal belacan yg xde belacan.
ok la... drpd xde rasa pedas langsung kan.
waktu mkn semuanya bermula lepas waktu solat.
since kerusi meja agak terhad, most of the time kitaorg tapau je bawak g bilik.

ada satu masa tu semua org cam xde feel nk mkn mknan yg dorang serve..
en.epol g beli ayam broast.. mula2 ingatkan aym roasted. rupa2nya 4 ketul ayam goreng + fries + roti nan [ke capati ek] kosong.. SAR13/box.
kalu otw blk dr masjid, mmg lalu kedai ni.. sedap je bau dia..
kedai aiskrim pun ada byk.... SAR3/cup. rasa pun bleh tahan



yg baju merah ni PIC catering kat Makkah.
dorang bukan msk kat situ.... dlm sejam before waktu mkn, nanti caterer akn hantar mknan ke hotel. dia akan serve, basuh pinggan dan mengemas.
dan mamat ni jugaklah yg rajin dok melayan bdk2 ni esp si kechek.

actually masa nampak mamat ni, its remind me to my old friend.
saling x tumpah.

kat Makkah ni kalu x silap kitaorg dibawa 2x ziarah luar. eh ke sekali je ek.. hehehe.. dah x ingat.
but tmpt2nya : 

Mina. 
Mutawif tu kata jemaah Malaysia ditempatkan lbh kurang 5km dr tempat melontar.
pergh.... 5km. jauh kan? nampak gayanya kena exercise byk2 before g haji.
khemah yg ada ni considered permanent. besides khemah, ada jugak cabin c/w aircond.


then kitaorg g Jabal Rahmah.


Ladang Unta
serius............................... beza beno dgn ladang kat sini.
ladangnya betul2 tepi jalan dan xde pagar.. main lepas mcm tu je.
proper kandang pun xde rasanya



excited giler bdk 2 org ni dapat pegang unta
pastu bising.... tangan bau x sedap.



susu unta untuk di try.. free je.. jemput minum.
sorang jemaah tu minum dgn bersungguh2. siap mengajak aku lagi..
mintak maaf kak. sy takut termuntah kat situ jugak kalu minum susu fresh mcm ni.



pastu kitaorg g muzium..
ada org kata tak semua jemaah dpt peluang masuk ke sini.



masa nak keluar tu kitaorg dapat al.quran. ada org wakaf kan. alhamdulillah.. 
masuk2 bas je terus si bujang tu nk baca.


ni gambar sblm wat tawaf wida'. 
pagi tu mcm x sibuk sgt. aku ngan en.epol separate.. dia dgn adam n kechek wat tawaf kat bwh.
aku ngan nenek dan kakak buat kat atas.
aku mmg sengaja pilih kat atas.. sebab nk feeling2 + doa lbh sket sblm blk.

dan masa kitaorg habis tawaf, masa nk kuar dr masjid.. bhgn atas tu nampak lengang je. jalan masuk utk ke tingkat dua tu pun lengang... moralnya, pasni kalu nk wat umrah, wat time2 cenggini [around kul 10am].



sebelum naik flight, kitaorg lunch dan solat jamak zohor-asar dkt Masjid Terapung, Jeddah.
Pantainya sgt bersih.. kat area situ ada org jual mknan i.e bakso [en.epol kata sedap], kuih2 melayu yg dh packing siap2 dan jemput2 [kot].. ada jugak yg wat service m'inai..
tang ni cam annoying sikit.. dia kind of memaksa.. approach kita byk kali w/pun dh ckp tak mau.



flight blk should be 9.30pm. but kitaorg dah sampai sana before asar lagi.
maka.... jadilah kami pelarian. dok bersepah2 cenggini.
kerusi mmg x byk disediakan. nak lepak surau katanya x bleh. so ddk la kitaorg kat sana dkt 4 jam lbh jugak.
that day kitaorg ni sebenarnya agak bernasib baik sbb urusan luggage dipermudahkan. dan kitaorg bleh check in lbh awal dr sepatutnya.



TIPS RINGKAS BILA DI MAKKAH

  • kalau ada kemampuan, pilihlah pakej umrah yg sediakan hotel yg paling hampir dgn masjid. it will be a bit expensive but it's worth esp for those yg bawak org tua. pls jgn kata.... takpe la jauh sket, kita akn dapat bnyk pahala berjalan. ya, tu mmg betul. but, perjalanan yg pendek ---- kurang penat ---- boleh lbh fokus utk buat ibadah. 
  • pls bare in mind that Makkah is totally different from Madinah. Madinah is agak santai [org just g solat jemaah, buat aktiviti sunat spt mengaji dan cuba utk masuk ke raudhah].. di Makkah, people rushing sbb aktiviti sentiasa banyak. org sentiasa keluar masuk masjid, berebut2 utk tawaf, saei, tawaf sunat, etc selain dr bersolat jemaah. 
  • x yah risau kalu terlupa bwk uncang kasut... sbb dorang ada sediakan plastik. to feel safe, bawak je kasut tu ke dlm [masukkan dlm beg yg dibwk] dan letakkan kat dpn @ tepi kita bila time solat. mmg nmpk mcm x proper... tp nk hidupkan. aku hilang kasut 2x kat sana. huhuhu... sedih giler kena jln pakai stokin je utk sampai ke kdi2 yg berhampiran.
  • utk yg bawak ank kecil, hati kena cekal selain banyak2 kan berdoa. [this is which i regret the most --- aku x cekal mana. sobsob].. actually bdk2 ok, makpak je yg risau terlbh. dalam masjid tu ok je.. insyaAllah x hilang. dorang akn playing around w the other kids dan selalu dapat jajan. jgn lupa bawakkan extra jajan, diapers, coloring books. etc yg boleh wat dorang ddk diam, at least masa kita tgh solat.


Thursday, March 20, 2014

travelogue umrah 2014 | makkah yg penuh berkah [part 1]


ni masa menunggu bas datang pick-up kitaorg utk pergi ke makkah. mutawwif tu bgtau sesape yg nk terus buat umrah, kena pakai pakaian ihram siap2 dr hotel. mudahkan kerja... perjalanan dr madinah ke makkah roughly around 6~7 jam jugak kalu x silap.
dan bas x berhenti pun kat tempat miqat [bir ali].. niat semuanya dlm bas. 


bg aku... ni benchmark utk ke Masjidilharam. Zamzam Tower. 
dia ada jam yg sgt besar which kitaorg boleh nampak dr bilik penginapan [masjidil haram ~ our hotel : jln kaki dlm 30mnt]
hotel ni betul2 mengadap pintu King A.Aziz a.k.a pintu utama masjid.

kitaorg sampai Makkah dalam kul 10pm. Mutawwif bagi masa 1 jam utk dinner, check-in bilik dan siap2 apa yg patut. So semua jemaah kena berkumpul dalam kul 11pm dan akn dibawa utk melakukan umrah pertama. unluckily, aku ada masalah teknikal yg menyebabkan kitaorg ditinggalkan dan teruslah en.epol naik pangkat jd mutawwif.

actually bdn agak penat [w/pun sepanjang perjalanan tu aku+kechek tido].. tp nasib baik semangat tu kuat.
g masjid je amik roughly 30mnt... sampai sana tgk Ya Allah.... ramainya manusia w/pun masa tu dh dkt kul 12 tgh mlm.. kitaorg msk kat pintu King A.Aziz... solat sunat dan terus menuju tempat tawaf.

1st time dpt tengok kaabah for real... subhanAllah.. speechless.... dan tetiba air mata meleleh... lebih dr masa tgk part sedih citer korea maupun hindustan. 

so before start tawaf tu en.epol dah pesan... andai kata terpisah masa tgh tawaf... just carry on sampai habis. bila dh settle just tunggu kat area blkg lampu hijau @ blkg makam n.ibrahim..
unluckily [2nd time], masa tgh tawaf tu wuduk aku terbatal... sakit perut yg amat... masa tu en.epol bwk adam+kakak. mak dan kechek dgn aku. kitaorg sempat buat 1 pusingan je before aku keluar baris.

perasaan aku?? sedih gila... so utk stabilkan emo, aku considered tu sbg kifarah. dlm hati aku cakap... Allah bagi sikit je.... sabarlah.. mintak ampun byk2.. mintak tlg Allah permudahkan urusan.. lama jugak kot baru aku ok... dan lama jugak kitaorg ddk kat perkarangan masjid. kalu x silap lbh 3x kali aku berulang g toilet. 

disebabkan dah lama sgt.. aku wat decision tunggu en.epol siap tawaf. jumpa dia kat mana2 then aku ngan mak pulak g tawaf. en.epol mcm tau2 je kan.... habis je tawaf dia terus tepon tanya kitaorg kat mana.


lepak gile bdk2 ni.. dorang terus tido sebaik je habis tawaf sampai la aku ngan mak pulak settle.
nasib baik kechek x meragam.




aku ngan mak wat tawaf kat atas.
mencari pintu nk ke atas tu agak lama jugak.. bila tanya security, dia kata yg kat atas tu cuma yg pakai wheelchair saja. then aku cuba nasib tanya org2 kat situ... semuanya x leh communicate in english.. signboard pun semuanya dlm bahasa arab..
ok.... meh le kita tawaf masjid dulu sblm tawaf kaabah..

finally about 1/2 hour jugak baru jumpa jlnnya.. tu pun kebetulan ada cleaner indon bgtau... 
sebenarnya takut2 jugak nk masuk situ sbb ada security jaga.. aku doa byk2 moga security kat situ x tahan sbb mak x pakai wheelchair pun. alhamdulillah..... lepas.

personally, aku prefer tawaf kat atas compared kat bwh sbb kat atas ni kurang crowded. so boleh la aku feel dan baca doa lbh sket. tp ada org ckp, baraqah nya kurang sikit.. tu aku x sure betul ke tdk.
habis tawaf... kitaorg solat sunat dan ddk sekejab [lama jugak kot] pandang kaabah..
berjurai lg air mata... aku rasa sepanjang tawaf tu pun mmg aku menangis.
aku ni dh la cengeng.... kat sana bertambah cengeng jadinya.



penuhkan manusia.
kalu nampak mcm ni, x rasa boleh menyelit ke tdk... tp percaya la... there's a space for everyone.
alhamdulillah.. sepanjang kitaorg tawaf, xde insiden yg mengerikan jadi.. setakat tolak2 manja tu kitaorg mmg dah jangka..



ni contoh situation masa nk solat.. sempit??? ya. nasib baik time tu aku mmg solat duduk. kalu solat mcm biasa, tak tau mana aku nk sujud. 
most of the time kitaorg solat kat tingkat atas. ingatkan dapatlah solat jemaah sambil memandang direct to kaabah.. x dpt rupanya sbb baris2 dpn tu dikhaskan utk lelaki. jadi kena la tunggu waktu2 lain kalu nk ddk kat bhgn dpn tu.



ni tempat solat wanita kat basement. sini cam x sesak sgt.
kerusi kat gambar atas ni sgt byk kat dlm masjid. ada yg masjid sediakan dan ada yg jemaah bwk sndr.


sama mcm kat masjid nabawi... air zamzam disediakan di merata2 tempat.
jadi tak yah risau kalu kehausan.
dan air zamzam sini cam lg sedap rasanya dr kat madinah [bagi aku la]..



ni la pintu msk utk jemaah yg nak tawaf kat tingkat atas.
boleh lalu sini, atau masuk dr pintu no.6 yg ada escalator. x sure la sbnarnya boleh ke tdk yg x pakai wheelchair wat tawaf kat atas. yg aku perasan... boleh. ramai je yg sihat walafiat wat tawaf kat bhgn atas.



kitaorg siap settlekan umrah pertama ni slps waktu solat subuh.
3 pusingan saie sblm solat.. dan 4 lagi selepas solat. total hour yg diambil lbh kurang 8 jam..
serius lama... en.epol kata biasanya kalu semuanya ok, dalam 3~4 jam dah boleh settle.
alhamdulillah, sepanjang kat Makkah, kaki mak ok. kadang2 dia jln lagi laju dr aku.. terror kan. kesihatan dia pun baik w/pun ada masa dia skip amik ubat darah tinggi [ni aku tau bila dh blk umh]


ni saie yg terakhir.. aku dokong kechek 4 pusingan sbb masa tu en.epol bwk adam g toilet.
pastu en.epol sambung dokong dia lg 5 pusingan.
bdk ni x leh nampak ibu dia... menangis nangis mintak aku dokong. en.epol x bg sbb aku kan pregnant, tp ye la... kalu suara dia dh bergema kat tmpt saie tu, maunya aku x amik dia. kesian jemaah lain nk concentrate. 


adam ngan en.epol dapat solat kat roof top. ni masa solat jumaat kalu x silap
masa tgk kat tv... bukan setakat dlm masjid yg penuh... dorang solat sampai ke jln raya.. punyalah ramai.

utk kali ni.. aku mampu buat 3x umrah je. 2x dgn mak.. lg sekali dgn en.epol.
rasa byk perkara yg aku x sempat nk buat... rasa sedih pun ye jugak. sepatutnya, aku paksa diri aku utk fit.. utk sabar.. utk lbh effort sepanjang kat sana. 

kita merancang.. tp Allah yg tentukan. kalu rezekinya mmg banyak tu bersyukurlah.
harap2 Allah sudi lg menjemput aku ke sana.

Sunday, March 02, 2014

travelogue umrah 2014 | madinah yg dirindui


madinah..
kalu tanya org yg dah pernah sampai, jawapan semua org mesti sama.. best, aman, tenang, tenteram, etc..
mmg tu pun apa yg dirasa... tempat yg paling tenang pernah aku jejak.

kitaorg kat madinah cuma 2.1/2 hari. since masing2 mmg lepak yg teramat.. maghrib tu baru start solat di masjid nabawi.. tu pun dapat solat ngam2 kat pintu msk. isyak baru dapat solat kat dalam.. nak kata dtg lmbt tak jugak [kot]... then blk je dr masjid terus aku salin waktu solat. make sure kena kuar at least 45 minit awal kalu nk dapat solat dlm masjid. kat perkarangan tu pun ok gak sebenarnya kalu belah mlm.... berangin je.. tp bila habis solat, tak bleh la nk bertenang2... sbb org akn lalu lalang.

dan mlm masa hari 1st tu sepatutnya ada ziarah dalam. tp ketua group aku kata dia x larat nk bawak...
then aku pun g merayap mana ntah ngan en. epol. bila blk je nampak m.ton tgh join 2nd group kat lobi nk gerak wat ziarah dalam... huhuhu.... sikit pun x tau.

sabar je kan...... mungkin bukan rezeki aku kot msk raudhah time tu. but terkilan sampai skang. masa m.ton ajak tu, aku dgn takde telekungnya.. takde wuduk... dan bila dah msk bilik, belum tentu bleh boloskan diri+mak nk turun semula... so sangatlah x sedap ati nk mintak jemaah lain tunggu aku bersiap. 

nasib baik la siang tadi en.epol dah bwk pusing2 sekitar masjid nabawi. x dapat doa kat depan makam Rasulullah.. dr luar pun jadilah...



the next day kami g ziarah luar. tempat2 nya adalah :

  • Masjid Quba - menurut mutawwif, brg siapa yg berwuduk siap2 dr hotel dan kemudiannya solat 2 rakaat di masjid ni, insyaAllah dia beroleh ganjaran seperti melakukan satu umrah

  • Ladang Kurma - kat sini ada mcm2 jenis kurma, kekacang dan lain2 mknan sunnah. ada jugak disediakan teh o free. kitaorg cuma beli buah zuriat yg dikatakan dpt membantu mengatasi masalah kesuburan lelaki & wanita.

  • Tanah Perkuburan Bukit Uhud




last day di Madinah... aku request dgn mak nk g solat subuh sendiri dgn epol. kebetulan masa kuar tu bdk2 belum bgn tido lagi.. alhamdulillah aku dapat solat kat saf dpn sekali utk bhgn perempuan. actually bhgn perempuan ni ada 2... 1 utk yg bawak ank, satu lagi yg x de ank kecik. 

pas solat tu ingat nk cuba msk raudhah.... penjaga kat situ pun dah srh tunggu kat pintu no. 5 (m.ton kata kalu nk lg dekat tunggu kat pintu 25).. kebetulannya masa tu mmg x ramai org. hati ni mmg cam confident je bleh msk. tp tgk jam dah kul 7 lbh... sebelum tu dah janji ngan en.epol lepas je solat kena terus kuar sbb nk beli kurma dan nk cr minyak habbatus sauda'... 

aku ni berkira2.... kalu nk cuba msk raudhah, aku kena tunggu lg 1/2 jam. sedangkan aku dh janji ngan en.epol yg lepas solat kena terus kuar.... serba salah yg teramat. ikut hati mmg nk stay... last2 aku kuar jugak. janji harus ditepati kan.. punyalah aku mencari dia kat luar masjid, rupa2nya dia dah sampai hotel. tak tahan nk buang air katanya... sungguh cis kan. nasib baik aku tunggu kat luar tu tak lama sgt.. sempatlah dok usha2 shawl dan jubah 30 riyal... (^_^)

so aku make conclusion sndr... rezeki aku nk msk raudhah mmg xde kali ni.. DIA soh doa byk2 + datang lain kali.. insyaAllah, ada rezeki pasti aku sampai.

before zohor tu kami p buat ziarah wida'.... sayu je hati nk tinggalkan madinah. for the last time.... aku doa sebanyak yg mampu. x tau kan bila bleh dpt peluang mcm ni lg. pastu wat solat jamak dan gerak ke hotel. masa tu beg semuanya dh standby kat lobi.. tinggal yg hand carry je masih kat bilik. entah mcm mana kunci blk bleh hilang entah ke mana. nasib baik x kena charge. sampai kat Mekah baru jumpa semula....... dan kunci/kad tu kitaorg bleh guna utk bilik hotel kat mekah.... suka3....





TIPS RINGKAS BILA DI MADINAH :

  • bulan februari ni cuaca di Madinah agak sejuk [berangin].. make sure bdk2 pakai sweater kalu nk g jalan2 sekitar hotel. 

  • sampai je hotel cuba ty staf kat situ ada provide laundry service tak. mcm yg kitaorg kena... iklan ada tampal, tp orgnya x muncul2 bila mintak dtg collect baju. aku x perasan lak ada kedai dobi sepanjang jln dr hotel yg kitaorg stay tu sampai ke masjid. takde rasanya.

  • sila shopping di Madinah. baik kurma maupun souvenir utk family dan kengkawan. kat luar kwsn masjid adalah sgt happening dgn aktiviti jualan. al.quran, jubah, baju bdk, minyak wangi, buah2an, jam tangan, celak, etc.. mmg macam2 ada. sedia je la duit.

  • sebelum g masjid, settlekan buang air + amik wuduk siap2 sbb toilet dia agak jauh. 

  • jgn lupa bwk uncang utk isi kasut. aku letak ribbon siap2 kat uncang tu supaya senang nk direcognize. jgn lupa hafal pintu mana masa msk awal tadi. aku x hafal no pintu, tp aku ingtkn no toilet... serius, no toiletnya mmg ditulis beso dan lbh senang nk diingat. 

  • jgn lupa gak bawak sejadah siap2.. kot2 x dapat solat kat dlm. actually kat dalam tu pun bukan semua area dipasang carpet.

  • kalu bawak budak2, sediakan jajan, mainan yg simple2 dan buku2 coloring. benda2 ni sgt membantu agar dorang ni x boring dan kacau kita nk solat/mengaji. air zam2 byk kat dlm masjid, so takyah risau kehausan. larat dgn tidak le nk minum.

  • let's say kalu ada org mintak sedekah... tgk keliling dulu. kalu rasa ok baru kuarkan duit. sebaiknya standby je duit kat tgn siap2.. apa yg aku kena... ada sorang perempuan approach aku mintak duit. dan aku pun terkial2 bukak beg sandang nk kuarkan duit. sebaik je aku pass duit tu, terus yg lain2 dtg serbu aku serentak... ramai pulak tu. mau aku x terkejut.. terus aku lari. M.Ton citer pernah ada kes, dorang ramai2 kepung si fulan yg nk bg duit ni dan terus samun dia. ngeri kan.. ingatkan kat sini xde org jahat.

  • selain tu, doa lah banyak2. mintak dipermudahkan urusan ibadah kat sana. cuba elakkan fikir benda2 negatif. bak kata erul masa kat airport... apa yg kita fikir, tu lah yg kita akn dpt kat sana. dan kalu nampak benda/kelakuan yg pelik... diam2 je. mungkin Allah tunjukkan perkara tu utk kita fikir2kan ataupun dijadikan pengajaran.