Monday, December 23, 2013

saki baki hidup yg x tau berapa lama lagi

pukul 4 pagi dah terjaga... pastu termangu depan meja...

entah kenapa susah tul nk lelap mlm ni
....mungkin sbb hidung tersumbat dan tekak sakit gara2 minum sirap limau sejuk 
....mungkin sbb siang td dah dpt tido se'ilan kot
....mungkin sbb rindu kat en.epol [ni bukan mungkin lg, tp mmg betul]
....mungkin sbb 'Dia' kejut soh buat solat taubat takpun mengaji

hmmmmmm

sejak dua menjak ni sebenarnya kerap terfikir pasal nk move on
move on to new phase of life
bila umur dah masuk 3 series, aku dah x byk lagi nak dikejarkan..
keje dah separuh puas... dapat suami pun elok2 saja... anak2 pun so far alhamdulillah... surrounding pun ok
kejarkan redha Dia je yg x cukup lagi

move on kat sini bukan sekadar spritual... 
fizikal pun nak jugak.. nk buang lemak2 tepu yg ada ni so that bleh pakai baju lawa2.... 
bajet nk jadi wanita anggun lg bersantun.. muahahaha..

org kata kalu dah terdetik dalam hati nk berubah [pd kebaikan]... buat la cepat2..
jgn ditangguh.. takut2 tu seruan yg terakhir utk kita
ish seram pulak tiba2

aku x takut nk berubah.. cuma takut x leh istiqamah
buat sekejab je... pastu blk pada asal
susah tul nak dapat 'kekuatan' bila tang nak wat benda baik2 ni kan...
hai la setan... p kacau org lain la.. jgn kacau aku wei!!

Insan tidak boleh berputus asa dengan hidupnya. Tidak boleh berputus harap terhadap masa depan yang berada di tangan Tuhan. Rahmat Allah itu sangat luas, DIA tidak pernah mensia-siakan sesiapa benar-benar ikhlas ingin kembali kepadaNYA. Allah itu bukan sahaja menerima taubat bahkan memberikan pelbagai anugerah kepada orang-orang yang kembali kepadaNYA dengan pelbagai anugerah yang istimewa. Di samping DIA kadang-kala menguji keikhlasan dan kesungguhan hamba-hambaNYA yang kembali kepadaNYA itu, DIA juga membuka pelbagai pintu yang tidak disangka dan diduga.



hai hati... bertabah lah.. chaiyok2

Friday, December 20, 2013

x mau join that group

kat rumah ni ada 2 tv.. 1 kat living hall... guna hyyp.tv 
another 1 kat family hall, pakai antenna biasa... so gambar x berapa cantik.. dan bdk2 ni x berapa suka nk tgk.
biasalah kan kalu ada 1 tv... semuanya berebut nk tgk channel masing2..
so bergaduh la si adam ni dgn tok baknya
kadang2 aku rasa cam kalakar... kadang2 menyirap jugak..

but lately ni nampaknya 2 org ni dah mcm ada mutual agreement.
pagi.... time for kids. by the time kul 12... tok bak's time.
kakak je tak heran dgn semua tu.
she prefer do her exercise or coloring... [nasib baik, kalu x lg parah]
tp si kechek ni pun bleh tahan gak... ada masa dia soh bukak u.tube.... 
bila kechek yg request.. kalah la semua org..

and me.... of cos x koser nk berebut tv..
currently kalu aku nk tgk apa2, aku tgk kat tonton.. jarang pun tgk drama2 ni kecuali ada org recommend ckp citer tu sedap... 
dr tgk drama melayu, baik aku layan citer korea kat maaduu.com
hollywood pun aku dh tak layan sbb biasanya ada je scene yg 18sx.. bdk2 ni rajin menyelit time aku tgk... malas nk menjawab kalu dorang tanya lbh2..

citer korea so far boleh lagi la.
aku suka citer korea sbb dlm semua citer yg aku pernah tgk, most of them akan terapkan "SAYANGKAN FAMILY ANDA"... bukan setakat cinta2 melankolik.. selain pelakon dia comel2...

ni antara cerita yg aku aku suka tgk
 

perfect routine

i guess the following will be my perfect routine starting next year
gigih la nk bangun kul 5 lbh kan...
nway aku wat schedule yg simple je sbb x nak peningkan kepala.
yg penting samada aku boleh konsisten atau tak...

wish me luck :D

p/s : ni schedule bila en.epol xde kat umh... kalu dia ada, kena wat schedule alternatif

0545 - bangun tido, mandi dan subuh
0615 - sediakan breakfast dan bekal utk adam
0700 - hantar adam g sekolah
0800 - dhuha, "me and kechek time"
1115 - sediakan bekal dan hantar ana ijah g sekolah
1130 - berkemas dan masak utk lunch
1245 - "me time"
1330 - zohor
1510 - amik ana ijah dan adam
1630 - asar dan riadah
1815 - dinner
1900 - maghrib dan ngaji
2000 - bdk2 buat homework, etc
2130 - isyak dan tido

notes :
  • aktiviti ke kipmart, tesco, etc harus dibuat either sabtu/ahad atau masa "me time" yg 45 minit tu
  • bekal adam : air sedap, roti, muffin, apam, simple pizza, sandwich telur, roti john ATAU as a lauk tambahan masa dia lunch [ayam goreng, nugget, etc]
  • bekal ana ijah : air sedap, roti, muffin, apam, simple pizza, sandwich telur, roti john, biskut, koko crunch, honey star, etc 

Thursday, December 19, 2013

darah istihadah

oleh: Husna Hassan
Pada umumnya, darah yang keluar dari rahim wanita dianggap darah haid kerana lazimnya mengalir mengikut putaran bulanan. Namun selain itu terdapat faktor-faktor lain yang menyebabkan darah itu keluar tidak mengikut putarannya, maka ia dianggap darah istihadah.
Apakah itu darah istihadah? Istihadah ialah darah yang keluar bukan pada waktu haid dan juga bukan dalam tempoh nifas. Menurut Syeikh Muhammad bin Saleh al-Uthaimin, istihadah ialah darah yang keluar terus-menerus pada seorang wanita tanpa henti sama sekali atau berhenti sebentar dalam sebulan.
Daripada takrif yang dikemukakan di atas, terdapat dua keadaan istihadah iaitu:
Keadaan pertama: darah yang keluar tanpa henti-henti.
Keadaan kedua: darah tidak keluar berterusan, sebaliknya berhenti seketika dan keluar semula.
Terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah r.ha. bahawa Fatimah binti Abu Hubaisy berkata kepada Rasulullah s.a.w: “Ya Rasulullah, sungguh aku ini tak pernah suci, apakah aku perlu meninggalkan solat?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Tidak, itu adalah darah penyakit. Namun tinggalkan solat sebanyak hari yang biasanya kamu haid sebelum itu, kemudian mandilah dan lakukan solat.” (Riwayat al-Bukhari)
Manakala riwayat daripada Hamnah binti Jahsy, ketika datang kepada Rasulullah s.a.w., dia berkata: “Ya Rasulullah, sungguh aku sedang mengalami istihadah yang deras sekali.” (Riwayat al-Bukhari, Ahmad, Abu Daud dan al-Tirmizi)
Bagaimana Mengenali Istihadah
Masih ramai wanita terutamanya remaja yang masih keliru dalam membezakan antara darah haid dengan istihadah. Jadi, bagaimana hendak membezakan antara kedua-dua jenis darah ini? Berikut adalah empat keadaan istihadah:
1. Darah yang keluar kurang daripada had masa minimum haid iaitu sehari semalam.
2. Darah yang keluar melebihi had masa maksimum haid iaitu 15 hari.
3. Keluar darah sebelum umur minimum haid iaitu sebelum berumur 9 tahun.
4. Darah yang keluar lebih daripada tempoh maksimum nifas iaitu 60 hari.
Keadaan Wanita Mustahadah
Dr. Abdul Karim Zaidan membahagikan keadaan wanita mustahadah kepada empat seperti jadual di bawah (turut disertakan ialah cara-cara menentukan sama ada itu darah haid atau istihadah):

Keadaan
Haid
Kaedah Menentukan Sama Ada Darah yang Keluar Haid Atau Istihadah
Tamyiz (Membezakan)
Adat
Pertama
Dapat membezakan antara darah haid atau bukan.
Tidak ada kebiasaan tertentu bagi waktu haid.
Tamyiz iaitu dengan membezakan warna darah. Darah yang berwarna gelap, pekat dan berbau dianggap darah haid. Sebaliknya darah yang berwarna kekuningan, cair dan tidak berbau dianggap istihadah.
Kedua
Tidak dapat membezakan antara darah haid atau bukan.
Mempunyai kebiasaan waktu tertentu bagi haid.
Mengikut jumhur fuqaha, waktu istihadah dikira menggunakan kaedah adat. Sekiranya kebiasaan haidnya ialah 7 hari, maka hari ke-8 adalah istihadah.
Ketiga
Tidak dapat membezakan antara darah haid atau bukan.
Tidak ada kebiasaan tertentu bagi waktu haid.
Maka cara menentukannya ialah berdasarkan adat kebiasaan wanita lain. Menurut Syeikh Uthaimin, wanita tersebut boleh mengikut kebiasaan haid wanita yang mempunyai fizikal atau umur yang hampir sama dengannya, wanita yang mempunyai hubungan kekeluargaan yang dekat atau lain-lain pertimbangan.
Keempat
Dapat membezakan antara darah haid atau bukan.
Mempunyai kebiasaan waktu tertentu bagi haid.
Mesti menggunakan kedua-dua kaedah iaitu tamyiz dan adat sekiranya darah yang memenuhi ciri-ciri darah haid keluar dalam tempoh biasa haid, sekiranya boleh diguna kedua-dua kaedah tersebut.
Namun sekiranya adat dan kebiasaan tidak selari, maka menurut mazhab Hanbali, ada 2 pendapat:
1. Tamyiz diutamakan.
2. Adat lebih diutamakan.

Hukum-hukum Istihadah
Memandangkan istihadah bukan darah haid dan dianggap darah penyakit, maka hukum istihadah tidak menyamai hukum haid. Wanita yang mengalami istihadah tidak perlu mandi wajib. Mandi hanya perlu setelah tamat tempoh haid.
Bagi wanita yang berada dalam keadaan istihadah juga, mereka tetap wajib menunaikan solat seperti biasa. Namun mereka perlu berwuduk bagi setiap kali solat yang hendak ditunaikan. Ini berdasarkan saranan Rasulullah s.a.w. dalam sabda Baginda yang bermaksud: “Kemudian berwuduklah kamu setiap kali hendak solat.”(Riwayat al-Bukhari)
Perlu diingat bahawa wanita mustahadah perlu berwuduk untuk satu solat, bukan satu wuduk untuk dua solat. Ini bermakna, wanita mustahadah tidak boleh “menyimpan” wuduk bagi solat Maghrib untuk digunakan dalam solat Isyak.
Selain itu, wanita mustahadah juga perlu membersihkan darah istihadah itu setiap kali sebelum berwuduk. Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Hamnah yang bermaksud: “Aku beritahukan kepadamu (agar menggunakan) kapas kerana kapas dapat menyerap darah.” Hamnah berkata: “Darahnya lebih banyak daripada itu.” Baginda bersabda lagi yang bermaksud: “Gunakan kain.” Jawab Hamnah: “Darahnya masih banyak.” Baginda berkata lagi yang bermaksud: “Maka pakailah penahan.” (Riwayat al-Tirmizi)
Dalam konteks zaman kini, penahan yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. itu ialah tuala wanita. Sekiranya telah dibersihkan darah istihadah dan ditukar dengan tuala wanita yang baru, darah tetap mengalir selepas berwuduk, maka wuduk tersebut tetap sah untuk satu solat.
Mungkin bagi wanita yang telah berumah tangga, mereka tertanya-tanya, apakah boleh mereka “bersama” suami? Menurut Syeikh al-Uthaimin, ulama berbeza pendapat dalam masalah ini. Sebahagian mereka berkata elok dielakkan selama mana tidak menyebabkan zina. Namun hakikatnya, tiada sebarang larangan pada zaman Rasulullah s.a.w. dan sahabat dalam hal ini. Jadi, berdasarkan hukum wanita mustahadah dibolehkan solat, maka Syeikh Uthaimin berpendapat bahawa mereka boleh bersama suami.
Rujukan:
Syeikh al-Uthaimin, fi al-Dima’ al-Tibbiyah li al-Nisa’.
Muhammad Athiyah Khumais, Fiqih Wanita.
Dr. Abdul Karim Zaidan, al-Mufassal di Ahkam al-Mar’ah.

Sumber: SOLUSI


other links


Wednesday, December 18, 2013

anak nak masuk darjah 1.... ibu yg terlebih excited

cam dah lama x kuar umah kan..
so hari ni kita berjumba2...
yehhhhhh... g jln ngan bdk2 n nenek

bukan ke mana pun
cuma settlekan apa yg patut

dah tau yg hari ni nk g merayap.....
haruslah gigih pepagi sediakan nasi lemak sambal sotong..
rasanya dh lulus kot msk sambal sotong ni. ngeh3..


pastu p hantar tok bak g klinik, amik obat.
alhamdulillah.. kesihatan nye elok.. ubat pun maintain.
td tanya sekali pasal ubat mak..
doktor kata dia bleh bg similar ubat... dr 3 jenis kepada 1 jenis. pricey sket but ok kot..

then g settlekan yuran dan buku kakak..
sampai2 je tgk ada ramai bdk2.. owh rupa2nya kelas pra-school.. 
dan
masa nk blk tu, ada 2 org bdk (twin), berlari menyeberang jln menuju ke kete emak dorang...
nasib baik jalan tu mmg x byk kete.. 
aisssh!! mesti pening kepala cikgu nk melayan.


thn ni kakak jimat sket.. cuma bayar utk text book, exercise book dan tudung sehelai..
reading book guna yg adam punya... dan uniform pakai last year punya.
huhu.. nampak sgt kakak ni x membesar..

pastu terus g pusat bandar.
ingatkan happening la kat ruang legar bwh tu..
idaknye...
yg jual brg2 sekolah ada satu je kat bwh... yg lain kat tingkat atas.. tu pun x byk choice
but luckily g sana..
sebab
........................................
utk kemeja adam... brand yg sama.. size yg sama..
dapat lg murah dr kat kipmart. beza $3 sehelai. aku beli 3 helai... dah jimat $9
but seluar... maaaahal tak ingat
yg keras kejung tu dapat la $20+.. yg kain molek sket semuanya $30....
takpe... takpe... pelaburan masa akn datang..
lgpun guna utk setahun kan...
harap2 la setahun ye en.adam


dah penat2 g pusing.. singgah kat food court..
tetiba rindu nk minum ais jagung
sedaaap nya.... last minum 3 thn lepas kot


alhamdulillah... lega rasa bila all these things dah settle.
tinggal lagi beli kasut sekolah (paling murah $29.90 sepasang), stationary dan yuran+buku adam.

dan ni... gambar semalam.
nenek belanja cucu2nya mainan.


Monday, December 16, 2013

budak bucuk ayah n his vocab

takde la vocab sangat..
setakat sebut belakang je... but at least nampak gayanya banyak benda yg si kechek ni dah tau.
dan selama ni dia mmg faham apa yg kita beritau kat dia

geTAH | saYANG | serunDING | coMEL | canTIK
maTA | kaKI | peYUT | taNGAN | puCAT | teliNGA | piPI | giGI ~ yg ni cakap sambil tunjuk 
cuBIT | giGIT | manDI | liPASH | ciCAK
ada lagi yg lain tp aku x ingat

sebut abang dan kakak masih pelat
panggil ayah pun dah ada mcm2 style sampai cair ati ayah dia


entah apa digebang kat nenek..


dia tembak org... dia jugak la yg tumbang


sessi mengenal nombor a.k.a menyepah bilik abg

Sunday, December 15, 2013

gout... cian nenek

ni last2 week punya cerita..

mak kena gout
mak kata rasanya sakit yaaaang amat. berdenyut2 dan mmg x leh nk berpijak.
masa turun dr klinik tu pun terpaksa naik wheelchair.
aku ni pun satu... boleh pulak kasi mak mkn nenas mlm sebelumnya.
serius x bajet mak kena gout sbb tau yg dia saaaaangat jaga pemakanan..

hmmm, tu lah kan.
kalu benda nk jadi... pusing mcm mana pun akn tetap kena.

kesian mak.
dah la sakit... kena mkn ubat yg berpacket2 tu lagi.. kena pantang mkn lagi...



ni ada links yg cerita mengenai gout... dan pantang larang nya..

Friday, December 13, 2013

siblings

aku ni ada ramai adik beradik dan aku yg bongsu. bajet paling manja la konon [mak ckp aku yg manjakan diri sndr... dia takde pun manjakan]
gap antara kami semua average 3 thn [kot]... so antara aku dgn yg atas2 tu amat la jauh. bukan mcm adik ngan abg/kakak sgt. since dorang semuanya dah besar2.. aku mmg jarang dapat jumpa yg senior2 ni.. kalu jumpa pun, serius aku x tau nak borak topik apa.. 

until aku kawin.. dan dorang pun memasing dah ada anak2 yg beso.. hubungan kami jadi makin baik. takde lagi issue utk communicate. sesekali jumpa [biasanya time dorang wat majlis kawin], insyaAllah ada je citer..

teringat dulu sape ntah bgtau aku..
masa sebelum kawin, biasanya kita akn lbh rapat dgn kawan. tp bila dah kawin dan ada ank... kita akan blk semula pada family... betul la tu kot..

long - walaupun bleh dikira dgn jari jumpanya.. boleh je kitaorg gelak2 bila jumpa. but still we have a very limited topic.. aku borak ngan k.sitah lagi lama dr borak ngan long
ngah, de, teh, p.anjg, k.peah - jarang jumpa, jarang call... but bila sesekali bukak cerita, byk yg dorang share esp pasal proses membesarkan ank2. sikit byk jadi pengajaran dan sempadan utk aku
k.biah, k.beso - the most siblings yg aku rapat. and surely they're willing to share the probs n burden i have.
main - aku ok je ngan dia ni.. just mengharapkan he have a better life.. dan initiate utk menikmati kehidupan ni.

currently mak ddk ngan aku.. actually aku suka je dok ngan org tua.. at least kalu wat salah ada org tegur.. kalu time mengamuk sampai nk belasah ank... sure kena jeling ngan dia [takut la jugak jadinya].. dan yg paling best... rumah akn jadi meriah sbb ada je adik beradik n ank sedara yg datang melawat mak.. 

dan of coz la bdk2 bertiga tu pun gumbira sebab ada member main. kalu tdk.. asyik2 muka yg sama.. jemu!

so the moral of story???
family is everything. being nice and spread the love to each other..
sbb time susah.. family members jugak yg kita akn cari. eventhough kadang2 ada selisih faham.. takkan ke mana perginya. jumpa gak time raya.. jumpa gak time kenduri kendara.. selama mana nk bermasam muka. ni pesan kat diri sndr la... sbb dah terkena batang hidung kan. hohoho....




aku harap, ank2 aku boleh get along each other very well. facing the good n tough time together.

entah kenapa mlm tadi sblm tertido aku terfikir.
if anything happened to me n en.epol... sape yg aku akn amanahkan utk bela dorang..
serius... aku mmg fikir sampai berjurai2 air mata.

Tuesday, December 03, 2013

a night @ BW Prima Inland PD

meh g jln2 sempena meraikan kuarnya en.epol dr spital..
ayat typikal ...... setiap benda nk diraikan... tak jadi blk laut pun nk diraikan... hahaha..
ni namanya poyo kelapa parut :D

this time considered 2 in 1.

1st day kita hiburkan hati kat best western prima inland sea resort PD.. nama lama dia tiara beach resort.. since skang tgh musim hujan.. takde le aku cari hotel yg pantainya best.. kali ni tukar angin.. kita berendam dlm pool pulak. 

2nd day baru g ziarah chik + p.haris. mak dah ada kat sana awal2 lg.. jd xde la segan sgt.


ni budak yg masih selsema... tido sepanjang perjalanan.
same goes to his mother..
co.pilot kali ni x leh harap... tidoq sepanjang jln. dah tiba exit PD br bangun..


yg dua ni pun x sehat sepenuhnya lagi.
but bila kata nk g jln, memasing menggagahkan diri.. kunun2 sehat.
pastu dlm kete, dua2 cam ayam berak kapor




hotel dia..... boleh la. 2 over 5 star aku bagi.
rate/night : $330 utk 1 katil queen, 2 katil single, 4 wrist band utk water park [2x entrance]
condition hotel ni agak 'usang'... pastu lampu pun malap aje.
dan location nye pun agak jauh ke dalam [lepas drpd teluk kemang]...


bdk takde keje.. main sorok2 dlm almari


our dinner yg sungguuuuuuuuh out
that was the 2nd time kitaorg dtg kedai tu... serius lupa yg masa 1st tu pun kitaorg sebenarnya x suka masakan dia....
ada x sesiapa tau kedai mana yg sediakan mknan sdp kat PD...

mlm tu kami amik... nasi utk 5 org, kerapu sweet sour [minyak byk gile], paprik ayam, sotong goreng tepung [jemput2 sotong yg liat], rojak buah yg pucat lesi dan 1 cikong panas.. chargesnya $60.. 

pastu en.epol g beli king char kuey teow kat kedai sebelah....
hmmm, yg ni pun hampeh gak..
last2 separuh je kot yg msk ke perut... lainnya ke tong sampah. dah x mampu nk paksa perut.




kuat dia peluk ayahnya.... nasib baik x tercekik..
beso sket bleh main air ngan abg ek






dah pandai bwk diri.. cuma perlu di monitor dr jauh je


towel ni kena amik kat game house..
kena isi form dan before blk kena return semula ke sana
takleh tinggal kat blk hotel


en.epol excited tunggu air kat atas tu tercurah



2nd day g umh cik + p.haris...
kalu g sana mmg kenyang perut kitaorg.. sentiasa ada mknan..
kebetulan rumah sebelah ada wat keje kawin... dorang siap tapau nasi beriani n kuih.

actually p.haris lg 2 minggu nk wat operation jantung. moga semuanya selamat dan berjln lancar.