Tuesday, August 27, 2013

andai ku mampu

suara sedihnya masih terngiang2 sampai laa time nk melelapkan mata tadi
serius.. seandainya aku mampu ke sana
mungkin hanya ini yg mampu aku bgtau utk kasi dia sedikit ketenangan
tp biasanya air mata yg mencurah dulu sblm sempat berkata
benda2 mcm ni sensitif sikit
walaupun aku nampak cam sedikit hati kering, tp sebenarnnya bila masuk bab sedih2 ni aku sgt fragile


**************

sabar la ye.... sabar banyak...
kita tau... mungkin ia x semudah yg dicakap
kita tau... berat mata memandang, berat lg bahu memikul.
tp sabar je la ubat yg paling mujarab utk merawat hati

seandainya kat sini sikit pun kebahagian yg tak pernah dikecap..
bertahanlah... mungkin dah tak lama mana
insyaAllah....
bila dah ada di sana
Allah akan bg suami yg paling kacak, paling baik, paling bertoleransi dan paling menghargai
Allah akan bagi seramai mana ank2 yg soleh, dengar kata dan meyenangkan hati

bertahan lah....
insyaAllah, akan ada bahagia yg menunggu di sana

Monday, August 26, 2013

beraya tp cam x beraya... apakah itu?

selamat hari raya aidilfitri.. mohon maaf zahir dan batin.
haha.... raya dah nk masuk 3 minggu baru nak maaf zahir batin... poyo sungguh!

this year punya raya adalah x berapa nk feel sgt. 

mungkin... dah bajet en.epol kena balik laut masa raya kedua.
gigih laki ku itu beli tiket bas... sampai kena g larkin bagai.
last2 en boss kata sila lah bercuti sepuasnya selama 2 minggu lagi.
org tu semangat raya nya dah kureng, walaupun dpt cuti panjang...... tetap mood raya nya x mari
tp dalam xde mood tu, habis gak beraya umh sedara mara...
sempat gak berjimba mandi manda kat tg balau. lalala....

mungkin... thn ni kena raya umh sndr. hmmm, patutnya happy kan. hoho..... happy la kot. cuma x terbiasa kena masak mknan raya sorang2... ops.. masak bersama kechek. boss besar tu mana bleh kasi can ibu dia aman damai kat dapur. biasa kan masak ngan omak atau mak mertua... bila kena msk sndr ni, terasa cam di perantauan pulak. hmmm, perantauan la sgt kan.

masak dgn ank kecik ni agak mencabar. dr lepas sahur aku mula, waktu asar baru siap. slow gila masak.. utk menu last, aku cuma sediakan bahan2.... menumis, campak itu ini... but endingnya en.epol yg settlekan. tu yg bangga gila dia thn ni bila dia mampu buat kakak si gendut itu jatuh cinta pada serunding daging hasil "air tangan" seorang ayah. haha!

rasa aku la.. bila umur dah makin banyak ni, celebration utk raya tu dah x berapa sgt. mungkin lbh menghargai ramadhan gamaknya... harap2 la. bdk2 je lah yg seronok.. seronok sbb dapat kumpul duit. 

adam dah berkira2 nk beli i-pad guna duit raya. hahaha... x dapat ceq! bersungguh2 dia mengira duit... boleh pulak dia ingat berapa note merah n hijau yg dia dapat. kat umh nek munah [raya kali ke 2, sungguh la x segan beraya sampai 2 kali]... dia siap bgtau yg dia nk note warna merah. terkejut aku...... mentang2 g umh sedara, laju nk mintak sepuloh hinggit ek.
bila tanya apesal ckp mcm tu..... jawabnya : mmg la kena kumpul duit merah tu byk2, baru dapat beli i-pad.
wokei........ ye2. mmg make sense utk dia wat benda tu tp dia x  realise yg perbuatannya tu x berapa nk comei..

anyway, ni baru blk dr umh mak. bayar balik utang dah lama x tido sana...
moga raya thn depan x mcm ni. at least, ada la gambo raya family sekeping dua.. drpd xde langsung mcm thn ni.



Friday, August 02, 2013

aku nak masuk syurga

seorang ustaz dalam ceramahnya ada kata

bila masalah datang menimpa
redha .... itulah sikap kita yg perlu ada
dengan begitu baru hati akan jadi lega

dah berbulan rasanya aku mencuba
tp entah kenapa hati ni masih mcm tu juga
susah betul nk memujuk hati yg hiba dan tak tentu rasa

bila difikir yg diri ni nk bersenang2 di syurga
apa bleh buat... kita layankan saja
harap2 esok lusa semuanya berubah seperti biasa

ianya bukanlah derita, cuma kadangkala terasa dunia ni malap seketika
nk menjerit dah hilang suara
nk menangis pun dah nak kering air mata
apa lagi yg mampu dibuat... diam2 dan tutup mata

bersabarlah hati dan ingat yg Allah itu sentasa ada
moga tempat ku confirm di syurga bila dah tinggalkan dunia

cookies | makmur putih melepak

ni first time wat kuih makmur.. kuih traditional yg katanya mudah tp kalu x kena gaya rasanya jadi hampeh.

hmmmm, mungkin la kot. anyway, aku considered resepi ni 'menjadi' sbb textures doh dia lembut, rasa pun ngam2 je. aku x ingat dr mana origin resepi ni... but pada tuan empunya nya.... terima kasih ye. insyaAllah pasni aku wat lg... aku kan style kalu dh dpt resepi yg menjadi, tak ke masa aku nk google resepi lain.

so, ni resepinya

bahan A - 200gm minyak sapi + 500gm tepung gandum yg diSANGAI + 50gm gula halus + sedikit garam halus
[ campurkan semua bahan hingga jadi doh yg lembut ] 

bahan B - 120gm kacang tanah hancur + 50gm gula halus
[ campurkan utk dijadikan inti ]  

[ mula2, sediakan bahan A. aku wat bulat2 je.. guna measurement spoon utk dpt kan standard size. then masukkan inti - bahan B. bakar selama lbh kurang 20 mnt guna 170C ]


[ lps masak, tunggu sampai suam dan salut dengan........ ]
campuran 50gm susu tepung dan 70gm gula aising



Thursday, August 01, 2013

cookies | tart nenas & suji



my version nye tart nenas adalah color merah. 
nape? sbb kuih lain dah guna original color.... so ni kunun2 nk nampak different.
different la sangat kan. last2 masa storage tu lupa nk letak plastik, terus la tart tu melekat bagai. terus hilang mood nk letak dalam bekas kuih.

anyway rasa dia sedap. lemak2 manis dia ngam2 je rasa + inti nenas yg masam manis. intinye dibeli dr bakewell pasir gudang... x sompek den nak buek sendiri. resepi asal.... entah dr sape [gini la dia kalu google byk page]. thanks anyway... thn depan insyaAllah guna lg resepi ni :D

resepi tart..

1 biji telur  A + 115gm butter + 115gm minyak sapi + pewarna merah
[ gaul guna whisk sampai sebati ]

then masukkan campuran

sedikit garam + 450gm tepung gandum
[ uli sampai jadi doh. masukkan dlm esbok around 1/2hour. pastu biarkan adunan tadi balik pd suhu bilik dan bleh diterap/dibentuk sesuka ati. bakar pd suhu 170C @ 10 minit. guna api bawah sahaja ]

p/s : design yg dipilih ni adlh sesuai utk ibu2 yg ada ank kecik yg suka sgt la melekat sepanjang masa. cepat n simple. tp x sesuai utk di commercial kan. huhuhu.....


ni pulak kuih raya turun temurun.. dapat resepi ni dr kakak ipar. 
boleh dibakar setakat masak ataupun nk garing.. suka hati

resepi suji..

bahan A :  900gm tepung gandum + 1 cwn tepung suji + 3 cwan gula pasir + 1 sd besar soda bikarbonat
bahan B : 500gm minyak sapi

[ satukan bahan A dalam mangkuk besar. then masukkan bahan  B. gaul sampai sebati dan bleh digentel bulat2.. pastu letakkan potongan ceri sbg hiasan ]

bakar pd suhu 170C @ 20 minit. kalu nk version garing, bakar 30 minit.