Tuesday, March 26, 2013

a night @ SukaLayar Chalet, Tanjung Resang

last weekend we have spent a night di sukalayar sailing centre. masa g endau beach resort zaman dolu2 tu mmg ada terperasan tempat ni. the place is still same. the beach is nice... landai, bersih dan x ramai manusia. maybe ramai yg tak perasan wujudnya tempat ni (tanjung resang). 

  
budak ni mabuk masa pergi... bukan dia je... abgnya pun sama.
so mmg confirmlah yg bdk2 ni kalu berjalan non.highway, sedialah plastik muntah diorang siap2.


kuar dr umh around kul 9.30am... sampai mersing dlm kul 12. gila santai en.epol bawak kete.
and finally jumpa gak kedai pancing yg bukak.. punyalah kan........ 
dr pasir gudang mencari kat mersing baru jumpa.





ni family room [2 adjoining room]. ratenya $250/night
1st room - katil double decker, almari, side table. 2nd room - queen and single bed, side table. bilik air share.



adam si cucu Tok Bak :D





BBQ pit, open hut, nasi goreng cina dan teh tarik utk 4 org - $45
en latip siap tolong 'besarkn' api nak wat BBQ. thanks to him
[apesal muka en.epol ni dh nampak mcm muka wak din????]

kat bawah ni gambar lepas subuh. en epol dan tok bak g mancing kat jambatan.
sementara bdk2 ni tido aku g pusing2 area situ... snap gambo sana sini.
setengah jam jugak kot baru dgr ada bdk menangis.....



ni la tempat BBQ





ni pun byk...


budak2 chalet sebelah


 

anak yg kehilangan ayah..... menjajau dia mencari kat seluruh kawasan.

overall, its a worth 2D1N. walaupun agak jauh....it still ok. 
bdk2 ni pun syok je main air. ptg tu main air dalam 1 hour ++ then esok paginya main lg another 1 hour ++. 
for those yg boring mandi laut, tempat ni ada jugak provide sukan air like jetski, kayak, land sailing, etc.




Sunday, March 17, 2013

...... a conversation

conversations time balik sekolah ari tu

conversation 1

"hehehehe........."
"apesal gelak x renti ni"
"tadikan bu...... erina cium adam kat pipi"
"habis tu... sukalah tu......"
"mana ada... tadi adam pukul dia pakai nametag........ kecik2 mana bleh cium. dah beso mcm ibu ngn ayah baru bleh kan"

*ibu : speechless*

conversation 2

"ibu tanya sket bleh"
"bleh.. apa dia"
"dalam kelas adam... sape yg paling pandai"
"liyana"
"paling cantik"
"hmmmmmmmmmmm... adam malulah nk jawab"
"jawab je lah"
"apesal ibu tanya soalan mcm tu"
"saje..."
"................ainin. dia cantik, pandai, tulisan dia kecik2 mcm adam...blablabla..."

*ibu : td kata malu, ni panjang pulak elaborationnya* 

conversation 3

"jom makan..... ari ni mkn sendiri2 tau"
".......... x nak"
"ibu suaplah....... kalau ibu suap, cepat sikit. nasi tu pun jd sedap....... [dan pelbagai pujian yg x ikhlas utk elak mkn sendiri]
"ibu suaplah.... tangan kakak kan lembik. nanti kakak mkn lmbt. nanti ibu marah. kakak x suka kena marah......[sambil wat muka sedih]
"ye la................. ibu suap"
"yaaay..."


conversation 4

"ada x homework hari ni?"
"ada, tp adam x pandai buat... ibu tolonglah buatkan"
"eh..ibu pulak. adam g lah cuba dulu. teacher pesan apa"
"ye lah2......... kalu nk pandai, kena siapkan homework sndr. bukan suruh ibuayah....."


Friday, March 08, 2013

quick update for en.epol

result exam adam dh kuar and as follows ye.
overall he's doing ok.. yg salah2 tu pun sbb gambo tu cam confius2 sket and for math subject, i'm the one yg x tekankan benda alah tu dlm exercise. bajet benda tu senang... ala setakat half n quarter.... pe de hal..... hahahaha... amik ko. padan my muka!




********************

early ths week, i bought this thru online.
wish me luck dlm nk mencantik2kn muka ni ye..
gigih pk either nk beli ke tidak..... $78 - 30ml.. hopefully it worth to buy.



Thursday, March 07, 2013

adam turns 6 ~ happy birthday 2 u

yesterday is adam 6th birthday.
just sediakan cake, cuppies and goodie bag utk dia n classmate.

blk tu dok ty dia happy x?
"adam happy.... semua org nyanyi utk adam"
ye la.... ari ni pon xde kena marah kan... so mood dia mmg ok sepanjang hari.
but blk tu start la mcm2 blk... x koser ibu nk layan.
so singgah kipmart, belikan instant pizza.....
habis mkn, mandi terus tido sampai ke petang



  
ckp ngan adam yg budak posing peace [nama dia sofea] tu comel..
dia leh jawab yg budak tu x comel.
comel lg kakak gendut.
ceh..... ibu ko baru nk wat calon menantu.



ni teacher amalina.... teacher sebenar adam x dtg...demam kot.
perasan x yg kelas adam lg ramai pempuan dr lelaki. kalu x silap lelaki cuma ada 3 je.





source : masam manis


source : dayangjack

Monday, March 04, 2013

being abang long

my question : is it hard to be anak sulong?

personally i didnt know coz i'm the youngest in family. generally for me anak sulong is anak harapan. being a harapan, maksudnya u have to be : KUAT SEMANGAT, BERILMU, BERSABAR, RAJIN dan PENUH KASIH SAYANG. let say the parents meninggal dunia, yg sulong la yg akn jadi tmpt bergantung n menjaga adik[s]. 

is adam ready being my expected 'abang long'? 
hahahaha..... tengok masa. but based on my observation, he knew that we will depends on him someday. sebenarnya selalu je bgtau dia.... borak2 camni dgn dia. 

"adam.... bila ibu n ayah xde, adam kena jaga kakak n aidil tau" sambil wat suara sedih
"ibu ayah nk g mana?"
"hmmmm.... ibu ayah dh meninggal. masuk dlm kubur"
"........... tp adam x pandai masak. kalu lapar mcm mana?"
"adam kena lah belajar masak..... so nanti x yah susahkan org lain"
"x nak la....ibu ayah jgn mati lah"

as a mother yg tinggi expectation nye, kecik2 lg dia dh kena trained. and he doing well dalam menjaga/main dgn si aidil.. monitor kakak kat sekolah like 'big taiko', kemas mainan, kemas katil, etc... tp ada jugak time yg mmg xleh nk harap. hahaha.... takpe la. he still 6 years old boy.



Sunday, March 03, 2013

Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak

copy.paste from : http://www.facebook.com/sentuhankasihibu

1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur mereka secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah
* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

diambil dari : Keindahan Ciptaan Allah Taala