Wednesday, October 31, 2012

Tuesday, October 30, 2012

Monday, October 29, 2012

islamic medium school, bukan sekadar subject yg diajar

taken from saifulislam.com
its gonna help parents out there esp me yg choosy sgt nk sekolahkan ank kat mana.

ingat lg masa nk pilihkan adam sekolah tadika last 2 years. tadika je pun. tapi ibunya mencari mcm nk pilih menantu. ha3....

1st we chose yg islamic medium... but the way they're delivered the ilmu adalah x islamic mana pun. ada sikit kecewa lah coz tadika tu secara teorinya sangat bagus. then 2nd tadika, we decided to sent him to Nuri... yg ni mmg betul2 english medium. sampai aku yg x sanggup. last sekali baru aku tergerak hati nk hantar ke tadika nadi permata.... tadika ni mcm biasa2nye tadika. fees pun baru $125/month. but setelah disaiko oleh k.beso... aku g jugaklah jumpa teacher aishah... tanya lbh kurang then terus confirmkan.

alhamdulillah, skang kalu ada org tanya pasal tadika, aku dgn senang hati recommendkan tadika ni. its very good 1st school for our lovely kids.

-----------------------------------------------------------------------------------------

“Sekolah itu ada mengajar Tahfiz. Quran, Hadith, Aqidah, Fekah, semua ada” kata seorang lelaki.
Rakannya mengangguk.
Berpuas hati.
Apabila kita melihat Pendidikan Islam, kita akan menilai pilihan-pilihan yang ada pada dua perkara:
  1. Status sekolah tersebut sama ada ia SMKA, SMA, SMABP, Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Integrasi atau bagaimana (INSTITUSI)
  2. Apa yang diajar di sekolah tersebut, dari segi mata pelajaran, aliran, peperiksaan yang diduduki (SILIBUS)
Sudah tentu, kedua-duanya banyak dibantu pula oleh persekitaran dan pergaulan di sekolah tersebut sama ada baik atau sebaliknya. Mereka yang lebih arif menyebutnya sebagai isu BI’AH (بيئة) sama ada ia solehah atau tidak.
Tetapi kita sering terlepas pandang, bahawa ada satu lagi dasar penting yang menentukan sama ada pendidikan yang ditawarkan itu adalah pendidikan Islam atau tidak. Selain institusi dan silibus, isu pokok yang mesti diberi perhatian adalah BAGAIMANA IA DIAJAR.
Pedagogi!
Sebuah sekolah mungkin dianggap sekolah berpendidikan Islam kerana ia diinstitusikan sebagai sekolah Islam. Silibus yang diajar pula merupakan mata pelajaran pengajian Islam. Tetapi bagaimanakah ia diajar? Apa pendekatan yang dipakai dalam mengajar? Bagaiamana bentuk interaksi guru dengan murid pada mendidik, memotivasi, memberi ganjaran, menegur malah menghukum pelajar yang melakukan kesalahan?
Bisa sahaja sebuah sekolah itu namanya sekolah agama, subjek yang diajar adalah subjek agama, tetapi cara mengajar adalah jahiliah dan bertentangan dengan agama.
Mengaibkan pelajar, membahasakan mereka dengan bahasa sukhriyyah (sarcasm), mengancam, mengherdik, membaling pemadam papan putih, apakah semua itu ada sandarannya pada amalan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam? Apakah ia diamalkan di dalam sistem pendidikan Baginda? Apakah sekolah yang melahirkan al-Ghazali, al-Shafie, Ibnu Sina, al-Farabi, Ibn Taimiyah atau Badiuzzaman Said al-Nursi mengamalkan cara sedemikian rupa?
Ini persoalan yang amat kritikal.
Di dalam metod Khalifah, murid-murid dididik untuk menjayakan tiga matlamat pendidikan iaitu:
  1. Choose to be good (memilih untuk jadi baik)
  2. Help others to be good (membantu orang lain untuk jadi baik)
  3. Keep the physical world good and pleased by Allah (memelihara persekitaran fizikal agar berkeadaan baik dan diredhai Allah)
Dalam tiga matlamat itu, perkataan yang paling mahal adalah CHOOSE.
Memilih untuk jadi baik.
Ramai murid sekolah kita baik semasa di sekolah. Tambahan pula yang persatuan agama dan aktiviti keagamaannya sihat. Mereka terus sihat apabila dikurniakan rezeki selepas tamat SPM, menuntut di universiti yang berada di lokasi yang kuat aktiviti Islam di sekitarnya, sama ada dalam negara atau luar negara, negara Arab atau negara Barat.
Tetapi dalam banyak keadaan, sebaik sahaja tiada persekitaran yang memprogramkan kebaikan itu, anak murid keluaran sekolah baik-baik ini hanyut. Kita menyebutnya bukan dengan bangga atau gembira, malah dengan dukacita dan sedih pada memikirkannya.
Soalnya mengapa?
MEMILIH untuk jadi baik amat berbeza daripada TERPAKSA jadi baik atau DIPAKSA menjadi baik.
Untuk seseorang itu MEMILIH menjadi baik, ia bukan bergantung kepada APA YANG DIAJAR atau DI MANA DIA DIAJAR tetapi amat berkait rapat dengan BAGAIMANA DIA DIAJAR.
Mendidik anak, mendidik anak murid, jangan hanya pada Islamnya apa yang diajar. Tetapi sangat penting untuk menentukan keislaman cara ia diajar.
Di sebuah sekolah agama, yang mengajar subjek agama, mungkin Jahiliahnya ialah pada PEDAGOGI.
Yang memusnahkan segala-galanya.
HASRIZAL
43000 BSP




Saturday, October 27, 2012

jgn nak main 'petik' je....

hows my raya haji? okey2 saje..........

harap je bawak kemera, tp sekeping gambar pun x ambik..this year konon2 wat nasi arab @ mandy chicken c/w accessories.. tp kalu dh tekak melayu, memang melayu lah jugak... tetap ayam masak merah dan sambal goreng yg aku cari. nasib baik k.biah bawak.... menu lain, k.beso 'sediakan' laksa johor... n k.peah buat rendang n kari. ngah pulak bawak ikan sweet sour n lodeh. so memang penuh lah meja mkn dgn makanan yg mcm2 tu.

anyway, bukan nk citer pasal raya pun, but pasal terkenan.
ala.... org tua2 kan selalu kata esp time mengandung jangan benci org sgt2 nanti terkenan kat anak a.k.a. ank tu either akn ikut perangai or muka org yg dibenci tu...

katanya lah....but aku rasa mmg benda ni mengarut. time ngandung dulu punyalah aku nyampah kat siti nurhaliza.... takdelah pulak muka si gendut tu mcm siti.. ha3....

dalam hidup ni aku belum pernah benci org... setakat x suka tu adalah. itupun considered org yg aku x suka tu memang insan terpilih lah coz aku ni bukan pesen x suka org secara berterusan. kejab2 je x suka.... pastu bila org tu dh x wat taik lg... aku akan okey je. eh... ni dah mcm topik lain lak..

hmmm, sambung blk pasal terkenan td.
pendapat aku, perangai seseorg tu tidak diwarisi secara genetik but ditentukan oleh cara didikan dan persekitarannya.. selain kena amik kira pasal takdir, doa dr ibuayah n ikhtiar dr empunya diri. 

contohnya, katalah si A ni ada abah yg pemalas... but emak dia hantar dia belajar hingga ke uni dan dia belajar dlm persekitaran yg positif [A ni dok asrama dr form 1]. alhamdulullah si A ni sedar yg kalu dia jd pemalas mcm si abahnya, dia takkan ada better life.

sebab tu telinga aku ada sket berdesing kalu ada org kuarkan statement mcm kat bwh ni :

  • dia ingat anak dia baik sangat... tunggulah besar nanti, perangai bdk tu akan lebih jahat dr aku... 
  • eleh...... ko ingat ank ko tu bila besar nanti x nyusahkan ko ke.... aku tgk family background ko pun aku dh tau... sure ank ko jd cam diorang jugak
  • amboi3... depan mak bapak pijak semut x mati. blkg mak bapak, entah2 merempit membohjan sana sini..

pergh..... org2 sebegini dh rasa diri tu tuhan kot. main sedap ckp je kan.
takpelah..... bila kita jumpa org2 sebegini, kita ampunkan je la dosa dia.... kalu dh selalu sangat dia ckp mcm tu, kita unfriend ngan dia. but kalu kita ada kekuatan secara fizikal, kasi dia pelempang sedas dua sblm kita blah dr hidup dia.

dan sebagai mak bapak... jgn lah berhenti berdoa yg baik2 untk family tersayang. even myself, currently is working so hard untk bercakap benda2 yg positif aje dpn anak2. kalu dulu, main lepas gak..... tp bila dh kena tegur n dengar pesan2 org tua.. kenalah amik initiative utk berubah. lgpun apa yg 'ibu' ckp kan tu satu doa... jd sendiri mau ingatlah.



Saturday, October 20, 2012

surat utk ayah

dear ayah,

apa khabar ayah kat laut? ok ke...... mabuk2 tak?
kalu mabuk, jgn lupa mkn ubat ye...
aidil kat sini sehat2 saja.... begitu juga dgn abg adam n kakak gendut
aidil skang nih dh pandai macam2 tau
sampai ibu pun kadang2 pening kepala tgk aidil

tujuan aidil menulis ini adalah utk memberitahu ayah
yang ayah dah x perlu risaukan aidil lg bila aidil turun naik/turun katil
skang aidil dh pandai.....
kalu ayah tak caya, aidil siap sediakan tutorial utk ayah camne nak turun katil.......

mesti ayah bangga dgn aidil kan.
dan tadi utk 1st  timenya.....
aidil berjaya berdiri sndr tanpa bantuan....w/pun x sampai seminit
but its a great achievement kan ayah.......
n that's the sign of
x lama lg ayah kena belikan aidil kasut yg ada bunyi2 tu.....
coz aidil dh nk berjalan...... yaaaaaay :)

oklah ayah...
setakat ini dulu la ye.. nanti malam kita b'skype ek...

luv,
anakmu : aidil safwan







notes :
# kat katil je lah yg dia terror..... tmpt lain still kena monitor. hu3.......


resepi | puding roti pelangi [version hana]

skang ni aku tgh operasi menghabiskan susu cair...
so, semalam ptg sempat buat puding roti pelangi.. amik resepi kat SINI
thanks ye tuan punya resepi a.k.a hana memories
as usual, resepi akn di adjust subjet to stok apa yg ada kat dapor... 
but rasanya insyaAllah tetap sedap


Bahan A
  • 1 packet serbuk agar2 [cap swallow gobe]
  • 3 cawan air
  • 3/4 cawan gula
  • masukkan dalam periuk dan masak dgn api sederhana

Bahan B
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 185ml susu cair
  • Blend semua bahan kat atas, then campurkan ke bahan A bersama 1 sudu besar butter . masak sampai mendidih

bahagikan campuran adunan A+B tadi kepada 3 bahagian 
masukkan pewarna to each adunan
sendukkan ke dalam bekas.. selangselikan 3 bhgn td tu sampai habis
then sejukkan kejab sebelum masukkan dlm esbok
after 1 hour dh bleh makan......



anyway, adam n kakak cam x gemar sangat puding ni..
x tau nape.... mungkin lemak sangat kot... or manis sgt..
next time bleh kurangkan gula or tukarkan gula tu pada susu pekat je....


Friday, October 19, 2012

kata emak...

"seorang emak tu berasa marah hanya time dia tgh marah
pastu hilanglah marahnya...
tak mungkin dia marah berpanjangan
apa yg seorang emak itu mahukan...
jika benar dia yg bersalah, tegurlah dgn berkhemah
jika anak yg sebenarnya salah sangka dan kemudiannya dia sedar, 
minta lah maaf dgn ikhlas"


hmmm, sebenarnya aku masih x paham
kenapa ada ank yg sanggup merajuk dgn emak sndr bertahun2 lamanya
aku pun kengkadang merajuk gak.. tp makan minggu je. ha3.....

mungkin kita harus sedar diri 
w/pun syurga bukan lg dibawah kaki emak,
dan emak bukan lg tanggungjawab kita bila kita dh bergelar isteri si suami
but kita still manusia yg tahu kenang budi
betapa susah payahnya emak mengandung, meneran, melahir, kena jahit lg pas beranak, menyusui, membesar dan byk lg me....... sampai x mampu nk tulis semuanya..
[but sndr tau kot sbb merasa smua proses tu]

agaknya, besar sgh salah emak sampai nk dilupakan susah payah & ksh sygnya tu
agaknya, rajukan itu sbg satu kifarah atas emak
agaknya, doa dr jauh itu sudah memadai untk emak m'hilangkn rindu pd ank cucu

apa2pun...seorang emak tu akn ttp m'doakan kesejahteraan anknya
dan doanya tak pernah henti...

bukan setakat emak kot.. sure, seorg abah pun pasti akn buat benda* yg sama [read : mendoakan]
mengharapkan seisi keluarga menjadi penghuni jannah satu hari nanti 


*utk diri sendiri : sila belajar jgn cepat terasa dgn org2 disekitar.... 
lahir itu sndr, mati itu jg sndr.... 


Wednesday, October 17, 2012

focus

good things about kechek that i've discovered are..

focus n confident

apa pun yg dibuat mmg fokus

n confident level harus tinggi

apa2 xtvt as

panjat dan turun katil

or

panjat tangga

or

panjat meja

or yg latest

berdiri atas kerusi sambil lepas2 tangan


wah3..... hebatnya budak ni....kecik2 dh tau apa itu fokus..
mesti genetik ibu dia terlebih ni kan :)
but sometimes kefokusan dan keconfidenan itu buat my darah go upstairs..
tau tak??
but since u minum susu ibu dh dekat setahun, ibu x sanggup nk marah nak oii..
buat lah apa yg patut nakkkk........



kat atas ni contoh betapa focus nya dia.... tgk tv


duckface?

org lain sibuk ngan 'duckface'

ank dara ni pun x terkecuali

but

dia bukan wat duckface

sebaliknya

buat

muka nk mintak

kena gigit n lempang

-

-

sangat bajet cute......

cam ayah dia :p













Monday, October 15, 2012

being a barber

i thought being a barber is easy.... 

yup, memang senang....

tak caya?

ni hasilnya
























sab.... u're FAILED!
ni 2nd time aku 'temenggung jugah' kan ank dara aku ni.

bdk ni x kan komplen apesal rambut dia jadi camtu... 
sbb aku dh saiko, cakap yg dia ttp comel dlm apa jua keadaan. 
ha3.....


Sunday, October 14, 2012

ideas for home deco ~ where to get?

adalah normal kalu kita nk sesuatu tp kt x nk kuar modal [langsung]..
bleh ek? hahaha... mestilah x bleh. 

contoh yg relate ngan aku adalah dlm bab nk mencari idea camne nk mencantik kan rumah. nk kuar g window shopping to ssf, romantika, kk home deco, etc adlh sgt x practical when u have ank kecik yg x reti dok diam cam si kechek ni. buang masa dan buang duit myk je.. so, utk itu biasanya aku guna these 2 methods either google je kat internet or beli magazine yg sepatutnya. it is more cheaper, easy dan bleh tengok berulangkali sampai juling mata.

through googling, i found these website that quite help. antaranya :
  1. http://www.getdecorating.com/
  2. http://www.homedeco2u.com
  3. http://www.myhomedeco.com/

carilah jugak website company yg offered interior design n renovation services. biasanya diorg ada gallery to show their past projects.

kalu magazine lak, byk sgt yg bleh dipilih kat market. but i preferred yg kat bwh ni. most of deco magazine adalah mahal n aku x koser nk beli every issue. pd mana2 individu yg jenis 'berkira' cam aku, magazine 'in design' dan 'RRenovation' are highly recommended. kat dlm mags tu ada bykkkkkk real designs and they're not repeated again n again. n another tip, beli mags from different publisher to avoid mata disajikan dgn design yg sama. 



Saturday, October 13, 2012

ragam yg macam2

en. epol dh blk laut... n tok bak pun dh blk klang.. so kat umh tinggal kami ank beranak. as usual, takdelah ktorg tido kat blk atas. lepas je hanto en epol semalam, aku start the housekeeping dan angkut tilam dan baju bajan ke bawah... nampak gaya jadi ank tiri lah blk2 kat atas tu utk 3 minggu ni. kadang2 tu rasa cam bleh x nk cari umh setingkat je... eh? berangan nk beli umh lg ke.......

petang sket g kipmart carikan adam beg sekolah. cian bujang ni.... dh koyak beg nya. bukan bwk apa pun g sekolah, setakat bekal, botol air, bekas pensil n buku sekeping. itupun beg bleh koyak ke.. 

kat kipmart tu ada 2,3 kedai yg jual beg bdk2.... bdk ni demand sket. beg mesti nk ada gambo kartun. tak nak yg polos..... kalu bleh nk ben-10, power rangers la..... nyampah. ikut ati ibu dia ni nk beli beg yg version bdk beso. bleh tahan 3,4 thn... ha3 [bukan kedekut, tp berjimat cermat :)]. so bila abg dapat beg baru, kakak pun mestilah nk jugak kan. nasib baik aidil x pandai mintak lagi....

last2, pagi td zip2 kat beg baru dia tu semuanya tertanggal. dasar lowya..... hmmm, betul lah kan kata sesetengah org.. barang murah biasanya mmg x de kualiti. drpd nk berjimat, terus kena keluar duit lg. but luckily tadi masa tukar ngan apek tu, dia just replace with new one... even the price sebenarnya lbh sket dr yg semalam. so, just wait n see..... how long the beg will last.

and tonite aku masak paprik for dinner. ni lauk fav bila smua org takde... sedap n senang. adam nye mood makan dh ok skang ni. kakak je yg aku still x paham... when semua org dh settle, tinggal dia sorang je yg terkeseng2.... pastu bleh ckp "tgn kakak dh lembik, kakak x leh nk mkn".... tp bila aku suap, habis je sepinggan nasi tu... ni yg kadang2 rasa cam nk bg mkn pinggan je.. geram tau. its happened every time makan. EVERYTIME!

kalu time mandi lg sakit jiwa..... for me kakak ni kind of yg melamun... berangan... i dnt know. hope she's getting better when she turn 4 ths coming nov. ni tgh nk ajar dia x pakai diapers... ari tu dh cuba but failed.. this time x taulah.. berjaya lah hendaknya.


Tuesday, October 02, 2012

jendulnya jelas ternyata


his fav spot @ home







loves,